teteman

Umatku, Umatku, Umatku...


dikongsi daripada fb disini



Pagi itu,
RASULULLAH dengan suara terbatas
memberikan khutbah,

“wahai umatku…
kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH
dan cinta kasih-nya.
Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya

“Kuwariskan dua perkara pada kalian,
iaitu, Al-Quran dan sunnahku…”

Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku,
dan kelak orang-orang yang mencintaiku
akan masuk syurga bersama-samaku…”

Khutbah singkat itu diakhiri
dengan pandangan mata Rasulullah
yang tenang dan penuh minat
menatap sahabatnya satu persatu, Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca.

Umar, dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya..

Uthman menghela nafas panjang..

Ali menundukkan kepalanya…

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba…
Rasulullah akan meninggalkan kita semua,
keluh hati semua sahabat kala itu.

AllahuRabbi… bantulah kami, mencintai Rasulullah..
Kuatkanlah cinta kami, suburkan hati kami,
Kuatkan hati kami dalam menongkah arus zaman yang makin melupakan kekasihMu…
Bantu kami ya Allah, jangan pesongkan hati-hati kami, setelah engkau kurniakan petunjuk dan hidayahMu..

Ikhlaskan hati kami ya Rabb, membuat sesuatu, bukan untuk meminta balasanMu apa-apa.. tapi cukupkan kami, hanya kerana, demi UntukMu ya Rabb..demi hanya keranaMu..

Amin..



sama2 kita muhasabah diri.. kearah yang lebih baik =)

5 Response to Umatku, Umatku, Umatku...

  1. Anonymous says:

    Rasulullah itu sgt menyayagi umatnya sehingga nafas terakhirnye..
    betapa mulianya baginda
    :)

  2. selawat serta salam atas baginda.. =)

  3. selawat serta salam atas baginda.. =)

  4. selamat menyambut maulidur rasul semua..


    ENTRY BARU ALIEF-->sape cakap lelaki ber blog itu loser??you are freak..lelaki berblog itu stylo dan cool okay.."

  5. This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...