teteman

Cinta Sorang Pencuri - restage : FullHouse!!!















"Bila hatiku sedang rindu
pada siapa ku mengadu
bila hati bertanya slalu
berlinanglah air mata ku

akan ku cari walau kemana diri aku berkelana

ke ujung dunia akan ku cari"
-gusdul/junaidah






























"Kami pencuri di wilayah ini
dari hujung sana sampai ke sini
tiada yang lebih hebat dari kami
semua yang berharga akan kami curi"

-pencuri



























"sungguh indahnya pagi ini
burung berkicau senang hati
tersergam indah motel molly
motel terhebat dalam wilayah ini "
-molly 

























tulah dia, lagu-lagu utama yang masih terngiang2 dalam kepala ni



PUAS! 
- itu perkataan yang paling tepat pada aku untuk gambarkan pementasan semalam daripada pihak kami para pelakon, dan para penonton. 
syukur mereka terhibur dengan persembahan malam tadi, banyak jugak komen2 positif yang kami dapat.

MASALAH 
- walaupun tak sempat buat rehearsal penuh dengan kostum, rehearsal penuh dengan pentadbiran. tak ada walkie-talkie untuk urusan SM, produksi dan pelakon, dan kekurangan kami sendiri kata sana-sini, pementasan semalam dah selesai dengan sambutan yang amat menggalakkan.

FULLHOUSE! 
- Panggung Seni semalam memang sesak dengan penonton, sampai ramai yang terpaksa berdiri sepanjang show. aku memang tak sangka. thanx member2 dari projekTOR yang datang support kitorang, member-member yang  turun walaupun hujan tak menentu skarang, alumni yang datang tengok show adik-adik ni, TNC Hepa yang sangat supporting, Pak Ayob, dan.. semua penonton yang sudi datang semalam.

KOMEN 
-lepas tamat je show malam tadi, ramai yang bagi komen-komen positif,
"twwo thumbs up!" , "fullhouse! flow smooth, terbaekk" , "dah lama saya tunggu pementasan macam ni", dan banyak lagi ucapan tahniah dari senior-senior dan kawan-kawan. Ada juga yang membandingkan pementasan kali ni dengan MAKUM 2012 dulu, ada jugak yang dah mula tanya bila nak ulang tayang lagi. InsyaAllah, kalau rezeki ada.. amin

TERIMA KASIH- kepada semua pelakon, produksi, pegawai, dan semua yang terlibat dalam pementasan kali ni, terutama sekali pada abang Nuex Rosli(pengarah) yang kekal sabar dengan kerenah kitorang semua. dan tak lupa pada yang sudi sama-sama memeriahkan panggung malam tadi.


antara beberapa kesilapan dan dialog yang tak akan dapat aku lupa, 
-bila victoria melatah. still in character
-bila misai aku tanggal. banyak kali
-kostum aku sangkut, terpaksa koyakkan
-"orang bugil :goyang punggung" -nyonya molly

-"ampunkan mak kasimmmmmm!!!" -victoria
-"aku bukak kipasku, kau bukak kainmu jun" -nyonya mollyapepun, kepada yang tak dapat datang tengok semalam, tunggu ye. 
insyaAllah, along akan upload video tu secepat mungkin. Secepat mungkin! -tiru ayat gusdul



*album gambar penuh Kelab Teater Rimba
*encik photographer Hanif Hamizan





Pencurik ni dah melampau!!



memang melampau!!

dasar pencurik!!,
tak cukup dengan rantai, gelang dengan cincin Kak Siti die kebas,
bende lain pun die nak kebas jugak.

dan kali ni bukan sikit-sikit punya harta yang diorang nak sebat,
habis semua harta Nyonya Molly dengan harta orang2 yang menginap
di Molly Motel Enterprise tu dibalunnye sekali!!

tak boleh jadi!!

korang semua ape lagi!!
jom kita kejar semua pencurik tu!!



















ceh.. intro nak vavavvooomm jer..
*gambar diatas atas ehsan pakcik google. tak ada kena mengena dengan kami.. 

ni ha, sebenarnye.. 


kitorang dari Kelab Teater Rimba UKM akan buat show
sempena meraikan kemenangan kami di MAKUM 2012, TNC nak tengok. :P
oleh yang demikian, korang semua dijemputlah mendatangkan diri boleh??

masuk free jer.. semua boleh datang heheheh..

details ada kat sini : restage Cinta Seorang Pencuri

di Panggung Seni, 
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Ahad, 4 November 2012
jam 8 malam.



gambar2 sesi latihan *klik untukzumzum:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...