teteman

Showing posts with label story mory. Show all posts
Showing posts with label story mory. Show all posts

Bintang Mencari Bintang minggu 1



Hyep! Assalamualaikum semua..

Agak lame jugak along tak membebel dalam blog ni rasenye.
Mungkin ade yang dah tak ikut blog cipisan macam along ni. Berbalik kepada tajuk, along tertearik dengan satu rancangan realiti baru ni, Bintang Mencari Bintang. Kalau dulu ada One In A Million, Akedemi Fantasia, Mentor, Audition, Pilih Kasih, Raja Lawak, Maharaja lawak, semua dengan misi masing-masing mencari bakat untuk diketengahkan dalam bidang nyanyian, lakonan dan sketsa. Tapi yang BMB ni pulak cari yang boleh buat sketsa lawak DAN boleh menyanyi. Susah nak cari orang yang ade pakej macam ni, setakat ni Jozan, dengan Sepah je yang ade semua tu.

Along pun sebenarnye teringin jugak pergi audition skali dengan teman-teman seperjuanga dari program ProjekAktor di Putrajaya dulu, tapi along sedar, suare along tak cukup takat lagi untuk menyanyi, jadi, along terpaksa batalkan hajat tu. Tapi ade la sorang dua kenalan yang lulus ujibakat tu, alhamdulillah. Rezeki diorang. 
Kenapa Senario dipilih jadi Sifu?
Memang tak dinafikan, mereka suatu masa dulu pernah jadi fenomena lawak negara, sampai keluar banyak filem atas nama mereka. Tapi sekarang, kite sendiri boleh tengok prestasi lawak mereka dah 'basi' dan tenggelam dengan pelawak-pelawak baru dan otai-otai lain yang masih berbisa macam Jozan, Sepah, Boboi, Osbon dan lain-lain. Kalau lawak mereka sendiri pun tak laku, macamana mereka nak bimbing orang baru untuk melawak?

Tak bantah FBI jadi Sifu.
Walaupun FBI bukan asalnya dari pelawak, tapi dia punya pakej penghibur yang boleh melawak dan menyanyi. Korang sendiri boleh dengar bagaimana dia mengacarakan majlis dan radio, bagaimana dia parodi kan lagu kan? Tak perlu banyak cerita, kita tau dia mampu.

Sokong Afdlin, Harun Salim Bachik, Sabri Yunus jadi Sifu.
Tak perlu cakap banyak. semua dah tau berapa lama diorang bertapak dalam industri hiburan, betapa hebat dan "otai"nye diorang.
Cadangan Sifu lain?
Tapi kan, kalau ada sifu lain yang sama-sama meriahkan lagi program ni mesti lagi gempak kan? Bayangkan kalau Jozan, Sepah,Osbon, Adlin AR, AR Badul, Abon, dan otai-otai lain turut turun padang.. mesti meletop-letop idea para peserta nanti. Tak rugi pun jemput diorang. Peserta mantap, penonton hadap, rating meluap, penganjur jugak yang sedap. hahah..
Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang:
1. Sifu: Sabri Yunus
M1 Titan: Azizul Ammar Abu Hassan & Fazlisham Mat Hussin
M2
Bog Too: Nor Alif Mohd Mokhtar & Mohamad Shafiq Raside
2. Sifu: Raja Azura
M1 Awok: Filzah Azmi & Nurul Ain Othman
M2
Kelawak: Syed Atiq Wan Long & Muhd Maaruf Zamani
3. Sifu: Afdlin Shauki
M1 Bocik: Mohd Fadlie Mohd Nizam & Syed Umar Mokhtar
M2
Bowl: Mohd Danial Lee & Syed Ali Mubarak
4. Sifu: Faizal Ismail
M1 Tapaw: Mohd Shahrizal Sulaiman & Khairul Faiz Sulaiman
M2
Ajo: Wan Azrul Azizan
5. Sifu: Harun Salim Bachik
M1 Achey: Mohd Nasir Hamzah
M2
Xoxo: Mohd Hazwan Azani & Hazmeer Hassan
6. Sifu: Kumpulan Senario
M1 Tocai: Mohamad Tarmizi Mustafa & Mohd Faizal Mat Saat
M2
Gegau: Mohd Saffuan Samsuddin & Faizal Ibrahim


Along tak sempat tengok live BMB haritu, tengok pon kat tonton.my je, tapi setakat yang along tengok,
TITAN dah agak selesa dengan pentas, lawaknye ade, kadang2 punch tak kuat. tapi nyanyi sedap dah.
AWOK bab lawak die tak kuat, taktau tang mane yang silap. tapi bile nyanyi nauzubillah.. terbang serban pak aji
BOCIK pon dah selesa dengan pentas, lawak ade, punch tak firm.. nyanyi sedap dah..
TAPAW lagi la, pernah masuk raja lawak kan? haha.. cuma jangan selesa sangat la
TOCAI ni pulak macam segan-segan lagi, tapi kite tak tau macamane die perform nanti..
ACHEY memang best! along minat die ni sejak tertengok audition lagi. orang Segamat oke! haha
itu setakat yang along sempat tengok la, lagi separuh peserta akan dipentaskan minggu depan, so, minggu depan la komennye yep.. InsyaALlah.. minggu ni sorang member dah perform, minggu depan member lagi sorang pulak. tak sabar nak tengok sifu teater atas pentas dalam tv nanti.. hahah!



Cinta Sorang Pencuri - restage : FullHouse!!!















"Bila hatiku sedang rindu
pada siapa ku mengadu
bila hati bertanya slalu
berlinanglah air mata ku

akan ku cari walau kemana diri aku berkelana

ke ujung dunia akan ku cari"
-gusdul/junaidah






























"Kami pencuri di wilayah ini
dari hujung sana sampai ke sini
tiada yang lebih hebat dari kami
semua yang berharga akan kami curi"

-pencuri



























"sungguh indahnya pagi ini
burung berkicau senang hati
tersergam indah motel molly
motel terhebat dalam wilayah ini "
-molly 

























tulah dia, lagu-lagu utama yang masih terngiang2 dalam kepala ni



PUAS! 
- itu perkataan yang paling tepat pada aku untuk gambarkan pementasan semalam daripada pihak kami para pelakon, dan para penonton. 
syukur mereka terhibur dengan persembahan malam tadi, banyak jugak komen2 positif yang kami dapat.

MASALAH 
- walaupun tak sempat buat rehearsal penuh dengan kostum, rehearsal penuh dengan pentadbiran. tak ada walkie-talkie untuk urusan SM, produksi dan pelakon, dan kekurangan kami sendiri kata sana-sini, pementasan semalam dah selesai dengan sambutan yang amat menggalakkan.

FULLHOUSE! 
- Panggung Seni semalam memang sesak dengan penonton, sampai ramai yang terpaksa berdiri sepanjang show. aku memang tak sangka. thanx member2 dari projekTOR yang datang support kitorang, member-member yang  turun walaupun hujan tak menentu skarang, alumni yang datang tengok show adik-adik ni, TNC Hepa yang sangat supporting, Pak Ayob, dan.. semua penonton yang sudi datang semalam.

KOMEN 
-lepas tamat je show malam tadi, ramai yang bagi komen-komen positif,
"twwo thumbs up!" , "fullhouse! flow smooth, terbaekk" , "dah lama saya tunggu pementasan macam ni", dan banyak lagi ucapan tahniah dari senior-senior dan kawan-kawan. Ada juga yang membandingkan pementasan kali ni dengan MAKUM 2012 dulu, ada jugak yang dah mula tanya bila nak ulang tayang lagi. InsyaAllah, kalau rezeki ada.. amin

TERIMA KASIH- kepada semua pelakon, produksi, pegawai, dan semua yang terlibat dalam pementasan kali ni, terutama sekali pada abang Nuex Rosli(pengarah) yang kekal sabar dengan kerenah kitorang semua. dan tak lupa pada yang sudi sama-sama memeriahkan panggung malam tadi.


antara beberapa kesilapan dan dialog yang tak akan dapat aku lupa, 
-bila victoria melatah. still in character
-bila misai aku tanggal. banyak kali
-kostum aku sangkut, terpaksa koyakkan
-"orang bugil :goyang punggung" -nyonya molly

-"ampunkan mak kasimmmmmm!!!" -victoria
-"aku bukak kipasku, kau bukak kainmu jun" -nyonya mollyapepun, kepada yang tak dapat datang tengok semalam, tunggu ye. 
insyaAllah, along akan upload video tu secepat mungkin. Secepat mungkin! -tiru ayat gusdul



*album gambar penuh Kelab Teater Rimba
*encik photographer Hanif Hamizan





Raya : tonton Expandibles2 dengan Baju Melayu


hahaha baca tajuk entry kat atas,
apa korang bayangkan?

meronggeng? berkaraoke? main guli? main congkak? 

atau 

ketuk pintu jiran jemiran yang tak kenal sambil terjerit-jerit 
" Assalamualaikum!!, kami datang nak duit rayerrr!!! "

bukan...








kitorang tengok wayang.. 





Expandibles 2





pakai baju melayu!!


sebelum masuk panggung sempat gak snap gambar. 

raya kedua lepas, along bosan kat rumah dah abes jalan raya
along ajak blogger-bloger jantan yang dekat dengan along beraya.
bloggerKacak, bloggerManis, bloggerChubby.
tapi dek kesuntukan masa + banyak program mengejut yang along kene pergi,

kitorang pon terpakse gerak malam keesokannya -raya ketiga.

plan asal along nak g umah Norden@bloggerManis, 
raye umah die cam taon lepas,
lepastu culik die bawak pergi raye kat rumah Sufian@bloggerKacak, 
lepastu baru gerak jalan raye kat umah Faizal@bloggerChubby kat Segamat.
*agak2 kalau ade blogger yang nak join selit-selit tu lagi best.
tapi ujan pulak malam tu, pagi esoknye pulak mak along ajak ziarah tok Uda kat HKL, 
petang nye pergi umah paklang kat seremban
so, raye malam ke tiga baru kitorang dapat kumpul kat gemas terus g umah faizal.

alang-alang dah namenye jalan beraya, 
along pon ajakla diorang pakai baju melayu. 
tapi tup2 along sorang je pakai full siap sampin dengan songkok.
aaaahh.. lantaklah.. alang2 dah sarung, ape nak segan kan?..

rumah kitorang dekat je masing-masing dalam Gemas lagi,
so, dari gemas kitorang ke Segamat membebel dalam kereta
sampaila rumah Faizal, cam hape je tunjuk jalan yang die bagi.
pening gak cari, nasib baik sampai jugak. kat celah pekan nun umah die.
masuk je rumah die baru jumpe air, kuih raye dengan ayam goreng!!
make, melahapla kitorang hahaha..

lepas makan kat umah faizal, kitorang blur kejap nak pergi mane.
lantas dengan kespontanan naluri jantan kitorang nekad nak tengok Expandibles2
dengan baju melayu nye siap. orang keliling dok tengok je.
berbekalkan muke tebal memasing yang dah tak lut ke-malu-an,
kitorang pun buat selamber je kat kaunter n tempat menunggu tu

dompet along time tu ilang pulak dah. menggelabah cari tak jumpe.
sedapkan hati, mungkin tertinggal umah faizal.


masuk je panggung, kitorang terdengar ade sorang awek ni bisik kat member die
"
ni la team Marhaban yang aku cakap tadi tu! "
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH
gelak kitorang dalam hati, plan mencapub berjaya

bak kate 9gaggers "because wearing casually to movies are too mainstream"

alang-alang along dah terlangsung tengok crite tuh 
*(dah macam pembelit lidah pulak)
nak review sket lah, 
kalau korang harapkan filem epik dengan cerita gaya baru, korang akan kuciwa.
cerita ni cuma target untuk tengok suka-suka je. anol susahnak eja pon dah kayu nak blakon.
caknoris punye scene pulak stakat nak selit2 je (suare die paling tak macho dlm movie ni).
banyak bende biase2 kitar semula je dalam cerita ni + lawak buat2.
apepun, ni pendapat subjektif. orang lain punya penerimaan mungkin berbeza. kan?

abes je movie kitorang dah takde idea nak pergi mane.
masuk je kereta, faizal jumpe dompet along kat pintu kereta.
misteri.
along memang tak letak kat situ pon. apepun, mujurla jumpe.
kalau tak, along dah kene naik imigresen kene soal siasat.

tu lah die raya Jantan Style kitorang
padahal satu rumah je yang kitorang beraya nye pun.
si sufian ni pulak, lepas je hantar faizal balik, die pun terus lentok lena.
siap pakai tali pinggang keledar lagi kat belakang, demi safety norden kat depan la konon..hahaha

taon depan punye raye macamane la agak-agak yep?.. hmmm


balik raya di pagi raya


Salam aidilfitri
maaf zahir batin..

mood raya skarang masih lagi meluap-luap, walaupun belum ziarah mana-mana rumah saudara mara pun.
raya taon ni memang lain, sebab along tak sempat solat raya dengan famly. cuti raya along taon ni mula raya pertama sampai raya keempat, lepastu sambung kerja tempat biasa.

sedih gak la sebab malam raya still kene keje, tapi sebab nak drag cuti punye pasal, terpakse la. 
mujur la partner jaga kedai malam tu ngam dengan along, tak la sunyi melampau-lampau.. 
yela, *(tariknafaspanjang) orang lain tengah sibuk duduk rumah bergembira bersama sanak saudara yang datang berkumpul menanti pengumuman raya di kaca televisyen bersama-sama manakala pakcik-pakcik dan brader-brader di masjid bersama bersiap untuk melaungkan takbir raya mengikut imam..fuuuuuuuuuuhhhh.. 
sedangkan yang masih bkerje ni duduk melangut kat tempat kerja menghitung saat dan ketika sebelum pulang beraya.. 

balik kerja dah pukul 12 tengah malam, online jap cek fb(tabiat nih)..
happy dah boleh balik, tapi mengantuk melampau.. yela, balik kerja pukul 8 pagi, siap2 cari tshirt raya adik-adik, barang yang mak pesan, pukul tiga petang masuk kerja semula sampai pukul 12 tengah malam. member dah risau je bile along kate nak rempit balik malam tu jugak. so, untuk mengelakkan ape2 yang tak baik terjadi sekali lagi, along tido la kejap bagi cerah mate ni nak merempit ke rumah nanti.
-along pernah tertido atas motor on the way balik then eksiden sebab termasuk lane sebelah

sedar tak sedar dah terlajak, jam dah pukul 9.45 subuh pun koboi je..tengok hp dah 9 misscall dari abah..
kol balik,
abah : bile nak gerak nih?
along : ni nak gerak la ni (suare baru bangun tido)
abah : yelah tu, tido la tu..
adeh, tak bleh dah nak blakon sebab abah mmg tau sore anak bujang die ni kalau bgun tido cemane. adeh..
bangun2 terus mandi, siap2 pakai baju melayu siap amek gambar snap letak fb haha..

alamak.. gambar ade kabur sket.. camera 2mp sajorr.. haha..

aksi berani eksiden; jangan tiru aksi ini

alhamdulillah, walaupun dah Zohor baru sampai rumah,
along selamat sampai..

Salam Aidilfitri,
maafkan salah silap
keterlanjuran segala bagai
moga kita sejahtera selalu
di dunia dan akhirat..






belalai part 2


haip.. korang..
ingat lagi tak entry lepas pasal godek belalai DSLR tuh?..
takpe tak ingat pon.. ade je bawah nih..


gambar2 kat bawah ni part 2..
antara yg terpilih untuk diperkosa pakcik potosop lalu dipaparkan kat >>sini<<










stakat ni, tu jela yang along larat edit..
kalau jumpe lagi stok2 yang boleh tahan, along up lagi..
sifu2 skalian.. mintak tunjuk ajar.. :)

bile along pegang belalai besar


Assalamualaikum dan selamat pagi.

sebelum bersawang blog ni along tinggalkan, 
ni along nak share la sket bende yang along buat minggu lepas.
Along ade sorang member ni datang ukm nak jalan2 skitar sini,
katenye nak tengok tempat2 best kat sini. 

Memandangkan along pon tak abes geledah lagi UKM ni, 
along pon bawak la die lepak kat "Tasik Kejut" - name glamer tasek tuh, 
dinamakan sebab tasek tuh dalam fakulti kejuruteraan.



Sampai je kat situ, die bawak keluar belalai die..gulpp!!





























nah!!





















Nikon D3100 sebijik 

amboii.. 
kemain lagi belalai die.. siap bagi along godek abes2 lagi..

*klik gambar untuk penggemukan

mencari rezeki

sepi

teman

si tua

ni lah antara mangsa penangkapan yang telah dikumpulkan dan diperkosa oleh encik potosop.
hehehe.. agak2 boleh jadi profesional photographer tak?? 


sifu sifu sekalian.. mintak tunjuk ajar kalau ada silap salah.. 

ps : sebenarnye banyak lagi gambar, tapi belum siap edit.. nanti along masukkan dalam album fb kat >>sini<<



Dompetku hilang di Ulu Yam part 1


Imbas semula kisah aku kehilangan dompet baru-baru ni.
nak tau kisah tapi malas bace crite panjang?.. klik >>sini<< dan >>sini<<



em, setibanya kami di Kolej Pendeta Za'ba, UKM Bangi pada jam lima petang selepas mengharungi satu jam setengah tempoh perjalanan dari Ulu Yam, aku pon dengan kemamaian tahap nyawa2 cicak mengatur langkah untuk menuju ke bilik mendapatkan rehat a.k.a TIDO. Mana tak nye, kerja dari pukul 11 mlm sampai 7 pagi tadi pastu terus siap2 nak pergi berjimba dengan geng-geng kelab teater Citra kolej pukul 8.30 pagi nye. Maka bersuka ria lah kami di sana sampai ke petang.




Dalam kemamaian + mate sembab mintak selam bawah slimut doplohpatjam tuh, tiba2 tangan aku tergerak nak raba bontot kanan aku. Er.. nak check dompet ade ke tak, dan seperti yang korang boleh jangka, mase tu dompet aku tak hadir seperti biase, bukan sebab demam, cirit birit, apetah lagi pulang ke kampung sebab bini nak bersalin, tapi sebab aku dah tercicirkan kat mana2 tempat yang aku pergi sepanjang hari ni.


Mula lah aku gelabah macam tunggu bini bsalin, fuh3... mane nak carik nih?? IC aku tu dah lima kali, ulang suara, LIMA kali hilang ye kawan2.. dan ic terbaru aku nih belum pon sampai enam bulan digantikan. Maka, mula lah aku membayangkan duduk mengadap kat pegawai imigresen/pendaftaran negara nanti untuk siasatan. yang lagi pedih, nak keluarkan duit rm300 untuk bayar denda hilangkan ic tu! PERRGHHH!! memang rabak la aku.. gaji keje sambilan ni pon keciput jer.. tolak dende ic, duit ganti lesen, buat tu buat ni kang paling ciput mesti nak rabal dalam rm400 kan? Takkan nak mintak mak abah tolong byar? Dah besar panjang dah, kate orang tua, kalau kawen, anak dah doblas, errr..


nampak tak no 05 tu


Memikirkan implikasi yang bakal aku tempuhi takkan menyelesaikan ketidakhadiran dompet aku tuh, maka aku cuba me'rewind' kembali kejadah perlakuan aku yang mungkin jadi punce dompetku pergi meninggalkan aku sendiri. Suspek kejadian yang pertama adalah posisi tidorku dalam bas tadi yang sangat cumel macam baby dalam buaian.. weeehuu >.< korang dipersilakan muntah kat tempat memasing, aku tanak bertanggungjawab. Mungkin masa tidor tu dompet tu senyap2 meloloskan diri dari poket aku untuk balik kampung bersiap2 sambut deepavali?.. hm..


Pada saat aku tengah sibuk fikir macamana nak hubungi pakcik driver bas tadi, baru lah aku teringat suspek paling utama lagi sahih! Iaitu semasa kami bersiap2 nak pulang ke UKM, kiorang pakat kumpul reramai kat tepi bas nak amek gambar kat bawah ni. Yela, nak mengabadikan ke happy dan an kitorang lepas penat berjimba-jimbu dalam sungai yg sejuk tadi. Oleh yang demikian, member aku si Lieyna mulalah bersiap untuk mengeshoot gegambar kitorang posing ala-ala duta bas Kiffah tu, tapi sebab nak sume orang masuk frame termasuk la tuan punye belalai DSLR tuh, maka, die buat la timer pastu aku pon dengan selambe nye pegi letakkan dompet aku alaskan belalai DSLR tadi tuh bagi kamera seimbang atas bumbung kete sape tah kat situ. Tambah mengharukan, adalah bila aku, Lieyna, mahupun semua yg ade kat situ tak ingat pon si dompet nih diletakkan situ. dek terlalu galak berposing bagai menyenap gambar, aku pun terlupa dompetku belum diambil. =.=


dompet masih di atas kereta
gambar cilok dari fb mokcik ni

dompet dah diabaikan.. tanpa belas kasihan.. =.=

gambar cilok fb org lain

akan bersambung...




Krisis air TAK akan selesai kalau..


Assalamualaikum..


okeh, korang dah bace tajuk?.. dah tau tujuan entry ni kan..
ha.. ni aku nak cerita kat korg nih..




sekarang ni kolej yang amat kukasihi ni berada dalam krisis air..
biase lah tu.. mmg selalu dah jadi macam ni.. kolej lain pon kene jugak..
so, bile air dah tak ade nih.. mule lah student2 ni mencari sumber alternatif..

dengan yang terpaksa ke kolej lain menumpang mandi..
bergegas ke fakulti berdekatan semate-mate nak terkencing terberak..
pegi kelas tak mandi sebab bangun lambat..
macam2 lagi la implikasi die bile aer tak ade..


maka berduyun-duyun lah rakyat jelata memaki hamun memarahkan pengurusan
sebab tak sediakan bekalan tambahan secukupnya..

bla bla bla... bebel punye bebel..

korg perasan tak.. kewujudan makhluk yang buat keje tak fikir kurang peka mase depan?

hah.. makhluk tu manusia lah.. orang..sihat.. ade kaki.. ade tangan.. tapi macam takde otak..
makhluk macam mane yang tergolong dalam kategori ni korg tau?..

ha, meh sini aku nak cerite..
ni lah die antare mereka yang dah tau air tak ade.. tapi dok pi pulas pili paip tu bukak sampai abes..
lepas tu nak spesifik kan lagi kriteria makhluk kurang peka mase depan nih.. 
die pi bia je pili tu terbukak seluas-luasnye macam tu.. diorg tak boleh fikir ke ape yang akan jadi?
andai kate saliran air dah sambung(aer dah ade) nnti.. tak ke membazir namenye tuh?..
kalau ade org yang perasan boleh la die pergi tutupkan.. kalau tak ade?.. 
sampai bile tangki air yang tak sebesar mane tu takkan penuh.. 
make akan berlanjutan lah catuan air tu untuk tempoh yang lagi lame.. bile catuan air makin lame.. 
make berlanjutan lah tempoh budak2 yang malas cari tempat mandi tu bermasaman.. 
hahahaha..oleh itu.. kite yang dah agak peka ni.. ingatlah.. rajin2 cek pili aer tu.. 
kalau terbukak, tolonglah tutupkan ye.. 

hm.. dengar cerite ade lori air dihantar.. berpusu2 lah bebudak ni pi amek.. =)

*sekadar bebelan seorg yg tak sempurna.. salah silap mintak maaf awal2 ye.. =)

Giliran Goku dan Chichi pulak..


Salam, antara korg mungkin ada yg pernah trbaca kisah Nobita dgn Shizuka
versi nasihat bab kapel2 ni kot..(sila login fb ntuk bace) 
kali ni ak nak share satu dialog antara Goku dgn Chichi pulak dari blog Izzy 
(tapi die gune Goku ngn Bulma.. =P) 

==================================================================

Cuti sem baru bermula…Chichi dibenarkan keluar rumah oleh ibunya.
Setibanya di taman…

Goku : Hai sayang..maaf B lambat..
Chichi : Huhu..da janji pukul berapa..sekarang pukul berapa??
Goku : Alaaa..relaks la..lambat sikit je pun..
Chichi : Sikit apa 15 minit ni b?
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia..kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Chichi : Err..huhu~

Goku : Sayang kenapa pakai baju macam ni?

Chichi : Untuk B la..kita kan dah lama tak jumpa..
Goku : Eh..kalau B yang pakai baju fit mungkin r ada rasional sebab badan B 6 pack..hehe tapi tak nak la pakai ketat-ketat..sesak nafas..
Chichi : Orang pakai macam ni pun untuk dia laa..sayang masih pakai tudung tau..
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang, tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuknya. Stokin pakai. Aurat tu mahkota wanita khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat B. Belum masanya lagi sayang..


Chichi
 
: Err..huhu~

Goku : B ingat nak bawa adik B tadi..dapat dia teman kita & jumpa bakal kak  ipar dia ni..
Chichi : Alaaa..dah lama kita tak jumpa pun B masih nak bawa orang lain join kita kan?huhu
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..tak manis kita berdua je..sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita..sayang tak segan ke?
Chichi : Err..huhu~

Goku : Family sayang tak marah ke sayang keluar jumpa B ni?
Chichi : Dorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..
Goku : Takkan tegur sikit pun takde? Yela..kita asyik jumpa je..
Chichi : Kalau B dah bosan dengan sayang, cakap je..tak perlu guna alasan family sayang k?!
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : B tak beri alasan. Kita dah lama bersama tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa B dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala..agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berdua kat taman ni diberi apa ye?huhu
Chichi : Err..huhu~

Chichi : B..cukup! B dah banyak berubah..kenapa ni? Dah tak sayang sayang ke? Dah ada perempuan lain ke? Jawablah!

[Goku membetulkan duduknya…menundukkan padangan ego lelakinya ke tanah…]

Goku : B memang dah banyak berubah…B sering lalai ingat pada Allah…Allah beri macam-macam nikmat pada B tapi B buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau sayang tak balas mesej B sebab merajuk dengan B, B dah gelabah da..tapi bila B dapat rasa yang B jauh dari Allah, B buat biasa je…Allah masih lagi sayangkan B…Allah beri nikmat kasih & sayang dari sayang. B bersyukur dapat kenal sayang tapi malangnya B tak menjaga sayang sebaiknya. B tak sepatutnya mulakan semua ni dulu..huu B nak kembali kepada fitrah B sebab  dah banyak berubah.

B memang ada perempuan lain. Dah lama B ada perempuan lain tapi B baru perasan kehadiran perempuan yang amat B sayangi tu. B amat sayang mereka.

Chichi : Mereka??? Sampai hati B! [Mula bergenang air mata Chichi…]

Goku : B memang ada perempuan lain. Ibu B yang lahirkan B. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada B. DIa jaga B dengan sebaiknya. Tapi bila B dah besar, B tak jaga dia pun. B sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan B & nak jumpa sayang. Ibu selalu pesan macam-macam tapi B xdengar pun. B dengar cakap sayang je. Bila sayang merajuk dengan B, B pujuk beriya-iya tapi bila ibu terasa hati dengan B, B cakap “entah pape la ibu ni”.. kalau dengan adik & kakak B, lagi teruk B layan..huhu

B sayang sayang…B…

Chichi : Tak payah nak tipu! [Chichi terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Goku pada dirinya…]

Goku : B sayang sayang…disebabkan B sayang sayang, B nak lepaskan sayang. B tak nak sayang terus hanyut dengan B. Kita buat lah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. B nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut…

Chichi : B!! Kenapa sekarang??? [Air mata Chichi mula menitis di pipinya..]

Goku : Kerana Hidayat dari Allah tak datang selalu & hanya datang pada orang yang dipilihNya. B tak nak nanti Allah tarik balik hidayatNya ni…

Chichi : Sayang sayang sangat kat B.. [Chichi mula mengesat air matanya…]

Goku : Allah lebih sayangkan sayang…amat sayang pada kita…

Chichi : B..xkesian kat sayang ke? [Tidak dapat ditahan lagi air mata Chichi…]


Goku : B lebih kesian pada sayang jika sayang diseksa di akhirat nanti kerana B & B xmampu nak tolong sayang waktu itu..B minta maaf teramat sangat..B terpaksa lepaskan sayang kerana Allah…Biarpun sekarang sayang tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, sayang akan faham juga nanti…terima kasih untuk segalanya..jaga diri sayang sebaiknya untuk Allah…Assalamualaikum awak~
[Goku melangkah pergi…sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Chichi yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata lelaki Goku akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT…]

Wallahu’alam~


*perkongsian cerita ni semata2 untuk mengingatkan diri sendiri dan teman2 yg lain.. =)
*nama dan watak rekaan semata-mata tiada kene mengena dgn cerita siri DragonBall..
*gambar hiasan..digunakan semata2 mnambah mood penceritaan..
*jadi, goku + kawen ngan shizuka = bahgia =) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...