teteman

Raya : tonton Expandibles2 dengan Baju Melayu


hahaha baca tajuk entry kat atas,
apa korang bayangkan?

meronggeng? berkaraoke? main guli? main congkak? 

atau 

ketuk pintu jiran jemiran yang tak kenal sambil terjerit-jerit 
" Assalamualaikum!!, kami datang nak duit rayerrr!!! "

bukan...








kitorang tengok wayang.. 





Expandibles 2





pakai baju melayu!!


sebelum masuk panggung sempat gak snap gambar. 

raya kedua lepas, along bosan kat rumah dah abes jalan raya
along ajak blogger-bloger jantan yang dekat dengan along beraya.
bloggerKacak, bloggerManis, bloggerChubby.
tapi dek kesuntukan masa + banyak program mengejut yang along kene pergi,

kitorang pon terpakse gerak malam keesokannya -raya ketiga.

plan asal along nak g umah Norden@bloggerManis, 
raye umah die cam taon lepas,
lepastu culik die bawak pergi raye kat rumah Sufian@bloggerKacak, 
lepastu baru gerak jalan raye kat umah Faizal@bloggerChubby kat Segamat.
*agak2 kalau ade blogger yang nak join selit-selit tu lagi best.
tapi ujan pulak malam tu, pagi esoknye pulak mak along ajak ziarah tok Uda kat HKL, 
petang nye pergi umah paklang kat seremban
so, raye malam ke tiga baru kitorang dapat kumpul kat gemas terus g umah faizal.

alang-alang dah namenye jalan beraya, 
along pon ajakla diorang pakai baju melayu. 
tapi tup2 along sorang je pakai full siap sampin dengan songkok.
aaaahh.. lantaklah.. alang2 dah sarung, ape nak segan kan?..

rumah kitorang dekat je masing-masing dalam Gemas lagi,
so, dari gemas kitorang ke Segamat membebel dalam kereta
sampaila rumah Faizal, cam hape je tunjuk jalan yang die bagi.
pening gak cari, nasib baik sampai jugak. kat celah pekan nun umah die.
masuk je rumah die baru jumpe air, kuih raye dengan ayam goreng!!
make, melahapla kitorang hahaha..

lepas makan kat umah faizal, kitorang blur kejap nak pergi mane.
lantas dengan kespontanan naluri jantan kitorang nekad nak tengok Expandibles2
dengan baju melayu nye siap. orang keliling dok tengok je.
berbekalkan muke tebal memasing yang dah tak lut ke-malu-an,
kitorang pun buat selamber je kat kaunter n tempat menunggu tu

dompet along time tu ilang pulak dah. menggelabah cari tak jumpe.
sedapkan hati, mungkin tertinggal umah faizal.


masuk je panggung, kitorang terdengar ade sorang awek ni bisik kat member die
"
ni la team Marhaban yang aku cakap tadi tu! "
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH
gelak kitorang dalam hati, plan mencapub berjaya

bak kate 9gaggers "because wearing casually to movies are too mainstream"

alang-alang along dah terlangsung tengok crite tuh 
*(dah macam pembelit lidah pulak)
nak review sket lah, 
kalau korang harapkan filem epik dengan cerita gaya baru, korang akan kuciwa.
cerita ni cuma target untuk tengok suka-suka je. anol susahnak eja pon dah kayu nak blakon.
caknoris punye scene pulak stakat nak selit2 je (suare die paling tak macho dlm movie ni).
banyak bende biase2 kitar semula je dalam cerita ni + lawak buat2.
apepun, ni pendapat subjektif. orang lain punya penerimaan mungkin berbeza. kan?

abes je movie kitorang dah takde idea nak pergi mane.
masuk je kereta, faizal jumpe dompet along kat pintu kereta.
misteri.
along memang tak letak kat situ pon. apepun, mujurla jumpe.
kalau tak, along dah kene naik imigresen kene soal siasat.

tu lah die raya Jantan Style kitorang
padahal satu rumah je yang kitorang beraya nye pun.
si sufian ni pulak, lepas je hantar faizal balik, die pun terus lentok lena.
siap pakai tali pinggang keledar lagi kat belakang, demi safety norden kat depan la konon..hahaha

taon depan punye raye macamane la agak-agak yep?.. hmmm


6 Response to Raya : tonton Expandibles2 dengan Baju Melayu

  1. aizamia3 says:

    tak pernah lagi berbaju raya layan movie kat panggung..

    kihkihkih.. team marhaban dorang cakap.. comel apa.. ;)

    psstt: selamat hari raya aidilfitri along..

  2. Mcm best jer... x penah pulak Cek Ya buat time raya tgk movi. Nk tryla... tp takut kne plankong dgn ayah.hehehe

  3. Rain says:

    award teruna melayu terakhir memang dapat kat hang la along!

    :D

  4. haahahaha... ade sape2 brani??? :P

  5. http://aniqbukhary.blogspot.com/2012/09/senarai-100-blog-paling-berjaya-sejak.html Chek list.. blog anda tersenarai

  6. along baju melayu siap sampin tak menahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...