teteman

Skrip Monodrama : Itu Dosa Aku



Assalamualaikum,

Untuk sekian kali along tak isi ruang taip dalam laman ni, jadi along kongsikan skrip ini untuk mengisi kekosongan blog ni. 
Buat pertama kali along diberi kepercayaan untuk tulis skrip sendiri. Maafkan kekurangan yang ada dalam penulisan ini.  Segala komen dan teguran dialu-alukan. 




--------------------------------- Itu Dosa Aku ---------------------------------



Ayah :
Mana pergi akal kau? Mana pergi otak kau? Mana pergi iman kau? Kau cakap kat bapak, Sejak bila kau jadi macam ni hah? Kau dah tak reti ke nak bezakan yang mane satu baik, yang mana satu buruk?... Bapak malu kau tau tak? Bapak malu! mane bapak nak letak muka? cuba kau cakap dengan bapak! Anak tak sedar diuntung!! Kau melawan? Kurang ajar betul! Nah! Ni ubat untuk penyakit kau ni! “
(mula melibas tali pinggang memukul Asyraf.. asyraf meraung kesakitan merayu-rayu ayahnya supaya berhenti memukulnya..)

Asyraf
“Sakit bapak!! Sakit.. bapak!! Sakit..  Acap mintak maaf bapak!! Acap mintak maaf!! Acap tau acap salah!.. acap mintak maaf bapak!.. acap salahh!!...”
(asyraf meraung dari kesakitan pukulan bapanya..semakin lama semakin perlahan suaranya kepenatan dalam kesakitan)..

(asyraf duduk termenung memandang sekeliling.. bayangan ayahnya sudah tiada..asyraf mula bercerita)
“Apa salah aku? Bukannya aku pergi bunuh orang! Bukannya aku rogol anak dara orang! Bukannya aku curi harta orang!.. Aku cuma berkawan dengan orang yang aku suka? Salah ke? Takkanlah sebab bapak, aku kene tinggalkan dia? Aku tak peduli! Biarlah bapak nak marah aku macamana pun, biarlah bapak nak blasah aku macamana sekalipun, aku takkan tinggalkan dia...
Dia cantik, lemah lembut, faham isi hati aku, dan yang paling penting, dia jujur sebagai diri dia sendiri.. tak macam perempuan lain, sibuk nak mekap sorok muka sendiri pakai cantik-cantik seksi-seksi tayang badan.. ishh.. geli aku! Menyampah tengok perempuan macam tu.. benci!!
(terlihat emak masuk)
“eh.. mak.. ada apa mak? Dah pukul berapa tak tidur lagi ni?..”

Emak
“Asyraf, betul ke ape yang mak dengar ni? Kau berkawan dengan laki-laki, siapa nama dia? Fairuz?Asyraf! tahu tak apa yang kau buat ni hukumnya haram nak! Dilaknat tuhan!.. 
Kalau tahu kenapa buat nak? Kau sorang je anak yang mak ade nak.. Astaghfirullahalazim asyraf.. cinta? Apa ni semua? bertaubatla.. kaula satu-satunya anak mak.. mak harapkan kau sorang je nak… alahai.. apalah nasib aku ni Ya Allah...Apa lah salah aku besarkan anak jadi macamni ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa anakku ni yaAllah… “
(suara makin tersekat, nafas makin lemah emak pengsan)

Asyraf
“Makk!.. Makkkk!!! Bapak! Bapak!! Mak pengsan!! Bapakk!!....

Aku tersentak.. aku takut.. aku takut mak akan pergi selama-lamanya.. disebabkan kedegilan aku, mak masuk hospital sampai skarang.. strok.. Mak!! Acap mintak maaf mak!! Acap  mintak maaf!! Acap tau acap salah! Acap insaf mak! Acap cuba berubah…”
 (asyraf menangis…)
Fairuz
 “Stress!!! Eyyyyyy!! You!... Busyuk!! You cakap dengan I,  you bergurau je kan? Tak.. tak… I tau mak you sakit. Tapi takkan sebab tu kita nak berpisah? Kenapa kita yang jadi mangsa? Busyuk.. I sayangkan you tau! I cintakan you!!. I dah serah kan segala-galanya pada you..you dah janji nak hidup dengan I!!..Fine!!.. Kita putus!!.. disebabkan orang macam you lah, nama LELAKI jadi buruk tau!.. Gitu lah jantan!"

“Bapak, asyraf nekad bapak, asyraf nak berubah.. bapak tolong asyraf ye bapak.. betul bapak.. Apa? Bapak nak hantar asyraf masuk sekolah pondok? Em.. asyraf tak tau ngaji bapak.. dah lama asyraf tinggal Al-quran.. asyraf segan bapak..  Nakk!! Asyraf nak berubah!! Asyraf nak mak senyum semula.. baiklah.. asyraf ikut..”

Asyraf memakai jubah

Di sini, aku sering bergaul dengan ustaz-ustaz, sheikh-sheikh dari merata tempat, banyak yang aku belajar di sini..Lima bulan aku di sini, hidup aku memang berubah, semuanya berubah! Kalau dulu bagi aku, dalam setahun aku solat cuma dua kali; raya puasa dan raya haji... tapi sekarang ni solat fardhu, solat sunat, solat jenazah semua aku boleh buat! dan sekarang ni aku dah mengaji masuk juzuk lima tahu! Hebat tak aku? Astaghfirullahalazim... tak baik riak... dan untuk semua ni, aku berterima kasih kepada Ustaz Haikal! Ustaz paling muda kat madrasah ni. Kami di sini panggil dia ‘Akhi’; atau dalam bahasa melayunya ‘Abang’. Dialah yang banyak mengajar aku tentang agama, tentang hukum tentang hidup... sampai semua orang kat sini panggil kami belangkas... kat mana dia pergi aku pergi, kat mana aku ada, dia ada... memang betul kami rapat... rapat sangat...dah nama pun abang... ‘Akhi’... 

Satu malam tu hujan lebat... lebat sangat... masa itu aku belajar di rumah Akhi, kalau aku nak balik bilik, memang aku akan basah lencun... jadi Akhi ajak aku tidur sahaja di rumah dia... maklumlah risau adik dia ni demam nanti...

Asyraf:
“Baiklah akhi, ana tidur dulu ya... Assalamualaikum”

Sendang aku cuba tidur dalam kesejukan malam yang hujan lebat tu. Tiba-tiba aku rasakan satu kehangatan yang menghampiri dari belakangku. Aku biarkan. Kemudian aku dapat rasakan satu batang tangan memeluk tubuhku dari belakang. Tangan siapa lagi? Kalau bukan akhi? Aku tak tahu nak buat apa. Degup jantungku semakin kencang. Tiba-tiba tangannya memelukku dengan lebih erat, lalu memusingkan badanku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku faham pandangan itu. Dan aku rasa aku tak perlu ceritakan apa yang berlaku seterusnya. Kamu semua boleh faham sendiri lah apa yang berlaku.

Apa yang aku dah buat ni? Apa yang aku lakukan ni? Aku dah buat dosa yang pernah aku buat satu ketika dulu! Aku dah mungkir janji aku pada mak! Aku dah mungkir janji aku pada bapak! Dan yang paling penting, aku dah mungkir janjiku pada diri aku sendiri!.... Apa semua ni? Apa yang aku buat ni? Dengan ustaz aku sendiri? Dengan akhi! Apa semua ni? Sumpah! Aku tak salahkan akhi, aku tak marahkan akhi sikit pun. Sebab aku tahu, naluri orang, tak boleh dipaksa... aku faham apa yang akhi rasa... korang semua faham tak?... macam mana nak cakap ya? Begini, aku selalu dengar. Tak semua perempuan bertudung itu baik, dan tak semua perempuan yang tidak bertudung itu jahat. Dari situ aku sedar... yang aku berubah sebelum ini adalah kerana mak, kerana bapak! Bukan dari dalam ni!...

Jadi, sekarang aku nekad. Aku perlu berubah...

Bapak:
Betul ke apa yang bapak dengar ni Asyraf? Betul ke Asyraf betul-betul dah berubah? Alhamdulillah nak, Alhamdulillah... akhirnya kau pulang ke jalan yang benar... maknya!! Ooo maknya!! Anak kita ni dah berubah!!

Alhamdulillah, kini aku sudah berkerjaya dan dikahwinkan dengan pilihan keluarga Siti Maizura, dan kami dikurniakan dengan tiga putera dan seorang puteri. Syukur...
Eh, dah masuk waktu dah ni.

"Sayang, panggilkan anak-anak kita, suruh bersiap-siap, kita nak ke surau ni. Abang tunggu depan rumah ya.."

Ke surau dulu ya, Assalamualaikum.



9 Response to Skrip Monodrama : Itu Dosa Aku

  1. Unknown says:

    Along...best!!
    wow...congrate berjaya buat skrip sndri...hehe...
    Tp cam tergantung sikit tgh2 cerita...mcm byk kne pkir sndri..huhu...
    Tape....along da wat yg terbaek! Keep it up friend! ^_^

  2. Unknown says:

    Along...best!!
    wow...congrate berjaya buat skrip sndri...hehe...
    Tp cam tergantung sikit tgh2 cerita...mcm byk kne pkir sndri..huhu...
    Tape....along da wat yg terbaek! Keep it up friend! ^_^

  3. tergantung belah yang mane tu? part tido dgn akhi tu ke? huhu

  4. Cik Nor says:

    bw cni

  5. sendiri punya ke....???

  6. thanx normi nieza :)

    yeap, sendiri punye. dan atas tunjuk ajar senior. :)

  7. Anonymous says:

    assalamulaikum bang, saya student uitm
    puncak perdana, izinkan saya gunakan skrip abg boleh utk exam saya nnti

  8. Anonymous says:

    Salam bang saya student upsi niat nak guna skrip abang untuk assignment saya nanti

  9. Anonymous says:

    Mohon keizinan abang untuk guna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...