teteman

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tukar Favicon


Salam.

lama tak edit blog.. dah berkurun gituu jugak ghopenye haha..
bosan jugak ek? tapi tu la.. saje malas..



tapi, tadi tengok dekat bawah post entry ada banyak backlink.. adeh.. trus hide.. semak..
so, time godek2 editor tadi nampak pulak tempat "favicon" nih.

ape ek favicon ni?.. favicon ni lah icon yang keluar bile kite bukak link blog/website kite.
kalau tak caye tengok kat link2 blog yang ade seblah kanan tuh.. 

kan ade blog kawan2 along yang ade icon tersendiri. along pon baru je discover nih 
*jakun jap, padahal orang lain lame giler dah tukar hahaha..


care die senang je.
g kat dashboard>>layout.

kat belah atas kiri tu akan nampak kotak favicon.



klik la edit. akan kuar kotak ni.


klik choose file pulak dan pilih gambar yang korang suka.
along pilih gambar ni. hehe

dah pilih gambar nanti klik save kat kotak tadi. siap!
akan jadi macam ni.

amacam? best tak?.. hahaha oke tu jer tutorial nan hado kali ni. salam! 

letak lagu dalam blog ni ibarat kentut...


alamak..... ade lagi la..
memang tak akan putus golongan blogger baru yang letak widget background song kat blog masing-masing ni..


em.. sini along nak pesan..kalau sebelum ni along buat etry halus, senaraikan syarat-syarat nak letakkan lagu dalam blog, kali ni along nak bagi terus terang sikit, kenapa BLOG BERLAGU AUTOPLAY TIDAK DIGALAKKAN.


antara sebab2 TAK DIALAKKAN pasang widget background song/music apatah lagi video. LABIH-LEBIH LAGI kalau AUTOPLAY.. pastu TAK ADA button PAUSE, STOP..



  1. tak semua orang sama taste music dengan kita
  2. blogger blogwalking untuk baca entry, bukan dengar lagu
  3. lagu background yang tak sesuai akan mengganggu mood dan konsentrasi pembacaan.
  4. kalau bukak tab banyak2 dalam browser, tahap kemenyampahan PASTI akan berlipatkaliganda; jenuh nak cari blog mana punya angkara.
  5. proses loading lagu dalam blog korang akan membebankan lagi bandwith pengguna broadband pakej telur puyuh.
  6. dan banyak lagi.....korang nak tambah.. silakan.. ruangan komen sentiasa terbuka.. 

letak lagu dalam blog ni ibarat kentut...
ada yang suka kongsi dengan orang lain dengan bangganya..
sedangkan tiada siapa yang sukakan baunya..
dahtu bila duduk ramai2.... pastu 2 3 orang kentut...
maka bertempiaran lah semua yang hadir...
melarikan diri sambil menuduh dan memakihamun pengkentut yang berkenaan...


sama lah macam pasang lagu autoplay dalam blog..
ada yang suka pasang lagu kegemaran dia kuat-kuat siap playlist lagi dengan AUTOPLAY..
sedangkan lagu tu sangatlah dibenci dan tak disenangi oleh orang lain..
daht bila bukak blog kat newtab banyak2... pastu 2 3 blog ade lagu play...
maka menggelabah la mengklik button pangkah..
sambil memakihamun blog yang membuat onar pencemaran bunyi yang berkenaan...


*tapi.. kentut itu nikmat... ahhh.......... 

Cara-cara meletakkan button like dan send pada entry blog


Assalamualaikum..

haa.. harini along jumpe satu lagi tutorial yang sangat best untuk korang buat pada blog korang supaya para pembaca boleh like DAN SEND entry korang untuk diorang share pada kawan2 facebook diorang skali!..

like : kat wall orang yang like akan keluar notification like entry kite
send : kat inbox org/contact yang kite send akan keluar link entry kite

menarik kan3!!?? haa.. malas nak lengah2 masa.. so, ni step by step yang along buat berdasarkan tutorial yang along jumpa kat >>sini<< cuma along tunjukkan dengan snapshot skali la supaya korang faham kat mana nak taip nak search nak copypaste.. haha... okeh.. malas nak bebel.. kang korang tekan pangkah kat atas tu kang.. along rugi pembaca, korang rugi info.. jom!..
  1. bukak Dashboard>>Design>>EditHtml>> expand widget templates
  2. tekan ctrl+f dan kat bucu browser korang akan keluar kotak carian macam kat dalam gambar tuh..
    dan taipkan data:post.body dan tekan enter
  3. betul2 bawah tulisan yang korang jumpa dalam template korang tu paste kan code kat bawah nicode boleh ambil kat sini : code like & send
    **along tak reti letak code dalam entry.. sape nak ajar??.. =.=
  4. dah??.. jadi tak macam gambar yang along tunjukkan kat bawah ni? Kalau jadi, tekan preview
  5. tengok entry korang, ada tak button like +send ? kalau ada, maka save la template korang... siap!! kalau tak.... undo la laju2.. =p

Selamat mencuba!!



Email vs Facebook : mudah sahaja!


Tahukah anda, bahawa Facebook system memang dah lama membenarkan para pengguna mereka berbalas komen melalui emel?

Ya! setelah tiga orang teman along bertanyakan perkara yang sama, along rasa, masih ramai yang tidak tahu tentang fungsi facebook notification dalam emel masing-masing.

Mesti ramai menyangka facebook notification emel ni menyusahkan, mengganggu, merimaskan dan sebagainya. Lagi-lagi kalau dah daftar dalam pelbagai group(kumpulan)  dalam Facebook tu. Tak mengapa, along ada beberapa tips nak kongsi dengan kamu semua.

Pertama sekali, tentang cara membalas komen melalui emel, begini caranya:
  1. Buka emel facebook yang berkenaan, dan tekan reply :

  2.  kemudian, tulis komen balasan anda pada ruangan " >>komen balasan anda di sini<< "


    dan tanpa perlu mengubah apa-apa, reply sahaja secara terus dengan menekan butang send. Selesai!
Dengan cara ini, anda tidak perlu membuka post yang sama berulangkali. Cuma balas melalui emel anda sahaja. Jimat bandwith nak loadin(muatturun) post yang berkenaan.

Bagi mengurangkan emel notification Facebook pula, anda hanya perlu ubah setting seperti yang di bawah :
  1. pergi ke bahagian butang "edit setting" semasa di halaman group yang kamu sertai
  2. pada ruangan "Notify me when :"  pilih "Only posts I'm subscribed to"
    jadi anda hanya akan mendapat emel pemberitahuan apabila anda ditag, dan pada post yang anda telah turut berbalas komen di dalamnya. 
  3. pada bahagian "Send me group chat message" : tandakan HANYA jika anda ingin melihat kotak chat (berbual) pada group tersebut. Jika tidak, batalkan tanda itu. 
Sekarang, anda boleh bersosial di laman facebook dengan aman tanpa emel pemberitahuan tidak perlu yang terlalu banyak. Selamat mencuba!


*psstt....pergh.. pertama kali buat post skema.. heheh.. =p

Pasang lagu dalam blog : syarat-syaratnya


yeay!! aku dah ade blog!! yess3!!!!.. dah ramai tengok blog aku nih.. hm...
eh2.. lagu nih best! letak kat blog lah! buleh share ngan diorang buat penyedap telinge mase dorang singgah blog aku kan3?.. heheh.. okeh2.. cane ek nak bubuh lagu lam blog nih?.. hm.... hm... kne pakai widget eh??..
nak pakai widget ape ek?.. eh3.. gratisan music nih ramai je gune.. try lah! heheheh..

STOOPPPPPPP!!!!!

okeh.. ramainye lah rakan2 blogger baru yang bubuh widget pasang lagu autoplay kat blog diorang.. em..
bukan tak buleh.. tapi, kalau salah care.. jadi mengganggu rakan2 blogger baca entry kat blog lain(kalau die bukak tab banyak2).. malah kalau bace kat blog korang sendiri pon boleh terganggu ye kawan2.. hm..
er.. tanak bebel.. tapi nak bagi info siket ye.. kat bawah ni along dah listkan syarat2 untuk pasang lagu kat blog korang..



  1. jangan letak AUTOPLAY 
    • ni adalah isu paling utama. sila ambil perhatian.
      andai korang punye lagu tu autoplay..!!
      melainkan.. korang rela button pangkah kat blog korang ditekan.. =.=
  2. jangan letak volume tinggi
    • sejurus lagu tu play je, emosi pembaca akan terganggu, mud menjadi marah, kadangkala lappy akan di silentkan tros, atau paling mudah, button pangkah menjadi pilihan..kalau blog anda shj yang dipangkah takpe kot.. tapi kalau skali dgn browser trus kan ke naye.. tak pepasal je blog2 lain rugi viewer.. isk.. =.=
  3. lagu tu ISTRUMENTAL SAHAJA
    • okeh, in case blog korang memang sarat dengan entry berat2 yang memerlukan mud yang tertentu untuk menghayati penceritaan dalam entry korang.. silelah gunakan lagu berunsur instrumental(tiada suara penyanyi).. so, bile bace entry.. takde la terikut2 dengan lirik lagu.. then mood pon senang nak mari.. 
  4. lagu tu RARE dan BEST
    • in case korang memang tetap nak pasang gak lagu dalam blog korang,
      pastikan lagu tu memang jarang2 dipasang kat radio, jarang disimpan dalam blog orang lain, dan jarang dipromosi. dengan kate lain, orang tak penah dengar lagu tu..
      kalau lagu tu dah slalu ade kat media lain.. peratus muak dalam telinga pembaca mungkin meningkat lalu melahirkan rasa bosan yang kemudian menjadi menyampah.. hukk.. korang tanak kan3??
  5. hanya blog anda yang dibuka
    • kalau lah pembaca cuma bukak internet semata-mata nak bukak blog anda,
      tapi selalunya, bila surfing internet / blogwalking.. tab yang terpasang kat browser mesti banyak kan?.. bayangkan kalau dalam sepuluh blog yang dibuka, 4 daripadanya pasang lagu... fuh!!! bayangkan!!... memang pangkah trus browser.. =.=
  6. jangan gune Gratisan music
    • ni adalah player music yang paling annoying tapi tetap ramai yang guna kat blog..
      em.. sebabnye.. button pause/stop sume takde.. bukak2 je load, trus play.. memang tak mesra pengunjung sungguh.. adeyy..
      kalau nak jugak pasang lagu, cubalah cari player yang ade button tu sume..atleast, kalau pendengar sanggup cari untuk pause, diorang still boleh sambung pembacaan entry korang.. =)
  7. hati kering*updated
    • korang kene pasrah dengan segala mki hamun pengunjung-pengunjung yang panas baran. kat komen bawah ni pon dah ade 2 yang tak bagi letak terus.. baru kat sini.. yang kat luar tu berapa ramai lagi?..haha.. so, sebenarnye nak cakap.. seboleh2nye, tak perlu la letak.. tapi kalau nak jugak letak.. terpulang pada korang...=)
em.. stakat ni, tu jelah syarat2 utama yang along mampu listkan untuk korang.. sebenarnya, dah ramai merungut pasal ni.. tapi kewujudan lagu dalam blog ni tetap ada.. harap korang boleh faham yer empunye blog dengan autoplay song tu...
along just kongsi isi luahan hati.. kalau ada penambah baikan.. bantahan.. ruangan komen kat bawah ni sentiasa terbuka untuk korang.. salam.. =)

Tips blogger baru : Kotak komen lebih mudah


Salam..

okeh.. buat pertama kalinya along nak share dengan korg tentang 
bende yang nampak remeh dalam blogging ni..
tapi banyak jugak mempengaruhi emosi pengunjung blog kite nanti..

ok.. korg semua dah tau kan fungsi komen adalah supaya pengunjung 
dapat berkongsi pandangan
mengenai artikel dengan penulis blog..

along tau dah ramai blogger yang dah terer bab2 ni semua.. 
tapi along masih lagi jumpe ramai adik2 blogger baru yang masih 
belum memaksimumkan kebolehcapaian para pengunjung blog korang 
untuk mengomen dalam entry-entry korang yang best-best belaka tu. 
*giler canggih perkataan kat atas ni =)

so, kalau kite dah dapat permudahkan proses untuk komen entri kita,
means pengunjung pun senang hati nak jengah dan komen selalu..
faham?.. bile diorang dah jengah selalu.. means naek la trafik korg..
insyaAllah..


Ok.. antara tips yang along nak share kat sini ialah..
*semua point kat bawah tu cadangan along je..tak wajib ikut pon.. 
  1. Comments show
    • Show : kalau hide nanti mcam mane org nak komen kan.. =P
  2. Who can comment?
    • Anyone : bia je sesiape pon nak komen..teruk mcmane pon kite boleh padam..
  3. Comment form placement
    • Pop-up window : masa nak komen nanti takde la blog korg refresh satu web page banyak kali. So, baca komen kat pop-up kecik tu je senang. 
  4. Comments Defaul for Posts
    • New posts have comments : faham2 sendiri la ye.. =)
  5. Comment moderation
    • Never : biar je, senang pengunjung nak discuss sesama diorg in case kite tak sempat moderate
    • Always : kalau korang risau ade komen2 yang korang nak tapis dulu.. buatla.. takde masalah pon.. biase nye blog2 femes je kene buat ni sebab byk sangat komen... bahaye biar tak bertapis.. =p
  6. Show word verification for comments
    • Never : bende ni kadang2 melecehkan.. org dah semangat nak komen kadang2 boleh hilang mood nak komen.
  7. Show profile images on comments
    • Yes : senang nak tengok siapa yg komen, ensem ke..comel ke..=p  incase dah ramai komen, pastu boleh lost pulak tengah nak komen dengan siapa kan.
  8. Comment Notification Email
    • emel korg la.. nanti tiap2 kali ade komen masuk die akan antar notification.
  9. Save setting
    • kalau korg dah ubah setting macam mane pon tapi tak save.. tak jadi jugak.. hahah.. =)
  10. Follow up(*just kalau korg omen entry blogger lain)
    • kalau bile dah komen entri tu, kalau perlukan respon, tick kat kotak yang tulis  "Email follow-up comments to.. " senang nak sambung perbincangan kemudian..


em.. tu je kot.. eh..lagi satu, kalau boleh, elakkanlah penggunaan sistem komen selain daripada blogspot punya.. bukan apa, kadang2 ada yang lagi menyusahkan org untuk komen..
ada yang nak kene subscribe dulu, pastu nak verificate kat emel pejadah lagi.. 
padahal org nak taep "saya sokong!" je.. hm.. rase nye cukup kot bab komen.. 
tu je yg along tau.. kalau ade yg along silap atau terlepas pandang.. bagitau k.. =)

Besarkan kepala dengan Adobe Photoshop


























haa.. tulah die.. step2 by step.. 
xjadi pon cam katun.. janji xde la nmpak 
kesan/bekas edit tu..kan3?..=P
memane yg korg tak paham.. sile2 lah bertanye ye..
kat bwah ni lak ak nak share antare
 masterpiece ak lam teknik yg same.. hohoho..





ps: memane terkurang terlebey tu.. bgtaw ye.. 
demi memudahkan projek tutorial dimase depan..IA..

ak taw. ramai yg dah terer bab2 nih.. 
just nak ajarkan kpd yg baru nk blajar.. 
=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...