teteman

letak lagu dalam blog ni ibarat kentut...


alamak..... ade lagi la..
memang tak akan putus golongan blogger baru yang letak widget background song kat blog masing-masing ni..


em.. sini along nak pesan..kalau sebelum ni along buat etry halus, senaraikan syarat-syarat nak letakkan lagu dalam blog, kali ni along nak bagi terus terang sikit, kenapa BLOG BERLAGU AUTOPLAY TIDAK DIGALAKKAN.


antara sebab2 TAK DIALAKKAN pasang widget background song/music apatah lagi video. LABIH-LEBIH LAGI kalau AUTOPLAY.. pastu TAK ADA button PAUSE, STOP..



  1. tak semua orang sama taste music dengan kita
  2. blogger blogwalking untuk baca entry, bukan dengar lagu
  3. lagu background yang tak sesuai akan mengganggu mood dan konsentrasi pembacaan.
  4. kalau bukak tab banyak2 dalam browser, tahap kemenyampahan PASTI akan berlipatkaliganda; jenuh nak cari blog mana punya angkara.
  5. proses loading lagu dalam blog korang akan membebankan lagi bandwith pengguna broadband pakej telur puyuh.
  6. dan banyak lagi.....korang nak tambah.. silakan.. ruangan komen sentiasa terbuka.. 

letak lagu dalam blog ni ibarat kentut...
ada yang suka kongsi dengan orang lain dengan bangganya..
sedangkan tiada siapa yang sukakan baunya..
dahtu bila duduk ramai2.... pastu 2 3 orang kentut...
maka bertempiaran lah semua yang hadir...
melarikan diri sambil menuduh dan memakihamun pengkentut yang berkenaan...


sama lah macam pasang lagu autoplay dalam blog..
ada yang suka pasang lagu kegemaran dia kuat-kuat siap playlist lagi dengan AUTOPLAY..
sedangkan lagu tu sangatlah dibenci dan tak disenangi oleh orang lain..
daht bila bukak blog kat newtab banyak2... pastu 2 3 blog ade lagu play...
maka menggelabah la mengklik button pangkah..
sambil memakihamun blog yang membuat onar pencemaran bunyi yang berkenaan...


*tapi.. kentut itu nikmat... ahhh.......... 

16 Response to letak lagu dalam blog ni ibarat kentut...

  1. Raden says:

    angah bw mute sound je along...hehe..sebab ramai org wat camni. tak leh nk watpe..

  2. Shaherah says:

    bler dh bnyk2 tu.. kengkadang dah macam remix.. macam2 lagu..

  3. taw takpe. nak bukak tab jer.tp penuh lagu berkumandang..tengah seronok BW.dapat lak bunyi2 yang memacam. rasa terus tkde mood nak BW.

  4. yana,, says:

    oh yeah,, sgt stuju,,
    mcm kntut yg bikin semak jerk,, sje nk upgrade tahi telinga org lain,,

  5. haha
    kenapa mesti samakan dengan kentut?




    http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2011/07/gagal-ke-jepun-x.html

  6. taip kali zana bw ,. zana mesti bukak banyak tab ,. kalau ad jar dengar lagu ,. teros tutop speaker ,. kadang menyampah teros tutop sume ,. heee

    moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana =)

    http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/bentuk-badan.html

  7. zuwaidah says:

    haaaaaaaaaaaaaaaaaa...semputtttt....
    dulu pun masa zaman jahiliah, kak zu letak gak lagu2 nih..pastu rasa mcm bising lak...terus buang...fuhhhh lega rasanya

  8. farra says:

    busuknya entry ni..bau kentut!!haahha

  9. meaw says:

    auwwwwwww, tapi meaw kadang loqlaq,dah tau lagu tu org nymph nak masuk blog kita tapi nak jugak letak lagu,tapi tu dulu,sekarang tak main la letak lagu kat blog, pasang kat lptp sudaaa...


    kentut sekali,preeeetttttt :P

  10. sangat setuju.memang annoying bila kita duk nikmat dengar lagu feveret,tetibe bukak satu blog,lagu lain plak keluar.memang nak kena maki kan.



    p/s raja typo menulis memang tahap dewa.penuh ketypoan dia.

  11. perghhh tinggi betul metaforanya!haha

  12. AbgferOz says:

    laen org laen minatnya :)
    ske blogwalking pastu dngar lagu2 yang menarik dari blog... kdang2 tercari2 tajuk lagu blog tuh :)

    tak semua org suka ape yang kita suka dan tak semua orang benci apa yang kita benci :)

    chill :)

  13. tu ar kadang2 ade yg lagu
    mengejut kn kita..
    pastu tak jumpe
    blog mane satu..
    hahahaha

  14. yatyat says:

    ha~~~~betol2....orng tu leh pasng lagu dia sendiri la kalu dia nak degr lagu....heheheheh

  15. lagi typo
    antara sebab2 TAK DIALAKKAN pasang widget background song/music apatah lagi video. LABIH-LEBIH LAGI kalau AUTOPLAY.. pastu TAK ADA button PAUSE, STOP..

  16. aku setuju sangat dengan kempen kau ni!!!!

    aku benci blog ada lagu autoplay dari dulu lagi...

    meluat meluat meluat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...