teteman

Typo; satu fenomena baru


Typo; bukan lah sejenis karipap istimewa, kalkulator saintifik, jenama spender ataupun sejenis organ dalaman manusia, tapi ia adalah satu perkataan daripada bahasa Inggeris yang  menyifatkan suatu kejadian apabila kesilapan dalam penaipan/penulisan berlaku. 


okeh, dah tau la kan ape maksud typo tu kan? Haa.. sekarang ni along nak cerita pasal satu group yang ditubuhkan baru-baru ni betul2 untuk kaki typo dan pencari typo berkumpul.. heheh.. dan kat situ.. tak ade nak tacing2 pasal follower blog sikit lah.. pasal tak ade orang datang jengk entry lah... blog tak femes la.. newbie otai laa... semua tu tak akan dilayan KECUALI... 
ade typo.. hahahaha!.. 


Sejak penubuhan group ni pulak, along dah disedut masuk oleh Isteri Encik Bard dan Adish Shida.. haha.. pastu, dengan tak malunye, along pon terus melantik diri sendiri sebagai Jeneral Typon kat situ.. heheh.. oh.. kat sini along nak jelaskan..

  • "Typon" adalah satu panggilan kepada semua ahli group typo, orang yang membuat typo, mahupon pencari typo. manakala
  • Pentypo pulak merujuk kepada pelaku sesuatu typo yang dibuat..

sejak beberapa hari group ni beroperasi, typon kat sini dah makin mantap, tepat, tangkas dan prihatin..
maka dengan ini, along nak senaraikan beberapa syarat-syarat menjadi typon yang comel, dan kacak macam along.. hehehehe..

  1. Semua ahli Geng Bala Tentera Typo akan digelar Typon
  2. Typo yang dibuat-buat amatlah jijik dan tidak comel; takbest
  3. Typo yang dibuat sendiri tak payahla padam; takbest
  4. Typo yang ditemui sila printscreen jika rajin; best!
  5. Typo yang ditemui sila ulang tayang dengan CAPSLOCK; best!
  6. Selepas menangkap ketypoan si typon, sila post kat wall group dan tag nama beliau. best!
  7. Selepas menangkap ketypoan si typon, sila post kat wall pentypo tersebut; best!
  8. Lepas taip, terus tekan share dengan kadar segera. tak perlu buag masa nak check. nanti lambat.. heheh..
dan demi memeriahkan operasi pencarian typon, along telah mencadangkan beberapa aktiviti luar kelas. 
*memanglah.. kalau korang buat dalam kelas, memang mintak lecturer patahkan lappy la gamaknye.. ;p
  1. Setiap minggu, akan ada kiraan yang dibuat, antaranya adalah
    1. pentypo terbanyak
    2. penangkap typo paling banyak
  2. Pemenang akan dihadiahkan dengan.. err.... takde adiah pon.. hahahaha
*
typo itu satu seni
andai ia hadir dengan sendiri.

dalam group semua memerhati
mencari typo yang mungkin tersembunyi
tak perlu buat2, biar orang yang jumpa cari,
baru lah best nak bahan kat dalam group nanti

no hard feeling tacing-tacing benci-benci
semua pembahanan cuma penghibur hati
tapi kala ada yang terasa hati
ampun maaf kami dahului


11 Response to Typo; satu fenomena baru

  1. hahhahahhah sila cek bebtul raja typoon nie buat entry.. hahhahahahha

  2. hahaha.. letih dok mencari typo.. tak de pulokss.. ngeeee... ni kompem cek lapan kali nieh.. hahahaha

  3. yanamib says:

    skrg ni bc entry pun teliti jek..hahaha =P

    eh klu nk tacing² xyah la join group typo..kan kan..hihi~ ^_^

  4. kjhsakjshb gxytxbd typo tak tu haha ..cabuttt

  5. alia pun typo jugak :))

  6. IEB :
    hahahahaha memasing dah makin tajam mencarik.. :P

    yad'z :
    ade satu.. tapi tak best pon.. biarlah.. ;p

    yanaMIB :
    tau takpe.. :)

    kak Qaseh :
    er.. tu bukan typo.. tu sengaje.. hahhahaha.. :P

    alia :
    ape lagi.. pi la join.. hahahaha..

  7. sometimes malas sangat nak pandang skrin or tab so wujud typo geeeee :D

  8. tau take.. ngeee.. :P

  9. cik bulan says:

    saye terkena..haha..

  10. Unknown says:

    ada contoh typo tak?
    tak paham la

  11. along typo ke di entry ini..
    BUAG.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...