teteman

Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Bergerak atas


Aku dah gerak atas
Mudah lidah mengucap tangkas
Saat hati masih berbekas
Memori lama melekat keras

Aku dah gerak atas
Ayat diungkap mohon dilepas
Soalan teman datang melemas
Bila terungkit tentang si bekas

Namun diriku terasa kebas
Tika berdepan dengan si bekas
Entah bila dapat kulepas
Rasa yang pernah hatiku ramas

Bagaimana ingin bergerak atas?
Kalau bayangnya berlegar bebas
Datang dan pergi buatku rimas
Rindu padanya buatku lemas

Mana arahku bergerak atas?
Tanpa dahan berpaut kemas
Tanganku licin tiada beralas
Melurut turun ke dahan berbekas

Aku ingin bergerak atas
Namun perlahan aku tertewas
Tersepit dalam deduri ganas
Sampai bila terusku tumpas?

Mampukah aku bergerak atas?
Atau aku tak perlu ke atas?
Namun tak mudah aku memangkas
Dedahan lepas yang tumbuh keras

Duhai dikau yang sudah di atas
Mohon diizin tangan dilepas
Mungkin puncakku bukan di atas
Pohon yang lama harusku lepas

Walau tangan masih berbekas
Dengan memori genggaman kemas
Semoga terpadam garisan jelas
Di pohon baru ku gerak atas

Pohon baru masih bertunas
Akan ku tunggu tumbuhmu keras
Akan ku latih genggamku kemas
Agar capaiku nanti tak lepas

Saat itu, aku di atas

Penulis kata

guru, jangan jadi pelita yang tertutup


PELITA GELAP

lampu pelita bertutup legap
mata melihat ditutup rapat
dah la sombong tak boleh harap
murid belajar ape pun tak dapat



guru

mulia tugasmu 
menyusun corak baris warna dunia
untuk tatapan insan penagih ilmu

agar kenal garis bengkok dan lurus
agar kenal warna gelap dan terang
agar kenal fitnah dan sahih

pilihannya pada acuan yang kau bentukkan

insan muda ini
mungkin jadi pelukis
mungkin juga jadi kudis
mungkin jadi guru
mungkin juga jadi peniru
mungkin jadi pemimpin
mungkin juga jadi macai kempen

pilihannya pada acuan yang kau bentukkan

siapa guru

adakah hanya layak digelar kepada 
pencoret papan dengan kapur putih?
penghadap murid tak kenal letih?
atau siapa-siapa yang kita rasa boleh?

siapa pun kau

tugasmu jelas
cuma kadang tercemar rasa malas
niatmu ikhlas
cuma kadang ditutup tindak keras
ajarmu melimpah
cuma kadang ditutup nafsu amarah

dan sepertimana pisang setandan
ada buruk ada cantik
golonganmu tak semua ikhlas mendidik

jadi pelita bertutup gelap
mata melihat kau tutup rapat

jangan jadi ketam
anakmu kan jalan mengiring
jadilah hering
anakmu kan jadi pejuang pesaing




penulis kata

bagaimana aku yang salah?


cuba kau jawab
bagaimana aku yang salah?

kuakui ramai yang singgah
tapi belum sempat terbina rumah
perlahan pergi kaki melangkah
apakah, dimanakah, bagaimanakah aku salah?

mungkinkah tanpa harta
gayaku tak ikut semasa
caraku tak padan mereka
tingkahku memalukan dia?

saat awal tumbuh perasaan
mesra hubungan senyum menawan
makan mandi tidur berangan
menanti tarikh bila disatukan

kalau cinta itu sejati
kalau cinta itu pasti
kalau cinta itu mesti
mengapa tidak dibawa mati?

bosan itu alasan
sunyi juga alasan
sedang dulu kau boleh layan
gayut berejam tak ingat makan

sedang aku resah gelisah
ingin bertegur kau buat tak endah
bila bertegur kau cepat nak sudah
lalu ku senyap kau kata aku salah

cuba kau jawab
bagaimana aku yang salah?

saat kata putus kau pinta
hati remuk dihentam berita
sedang tangan ku bawa bunga
hancur berderai ku genggam jua

lama ku fikir mana silapku
akhirnya balik tertuju padamu
lama ku ambil melupakanmu
mujur ada teman sediakan bahu

dan bila aku bahagia sendiri
sibukkan diri ke sana ke mari
limpahkan minat seni pada yang sudi
tiba-tiba kau tegur hiriskan duri

apa mahumu aku tak tahu
rosakkan hidupku itu kesukaanmu?
apa salahku pada dirimu?
sehingga kau kejam menghina diriku

cuba kau jawab
bagaimana aku yang salah?


Penulis kata

Kekasihku kaca



Segumpal daging bernama hati
mencari teman pengibur diri
dikala sedih bahu diberi
dikala suka sama berkongsi

Saat suka mula berbalas
hati berbunga senyumnya jelas
masa terluang bayang melintas
asyik terkenang tak mahu lepas

Semakin lama semakin rapat
hati bertaut semakin erat
cinta bersemi semakin pekat
terasa syurga semakin dekat

Sedang asmara kian membara
ribut mendatang menghempas jiwa
timbang dan rasa bertukar gempa
tangan dan kaki ringan ke muka

Di mana janji kasih setia
berkongsi sedih suka dan duka
belum pun nikah sudah tersiksa
korban ditabur semuanya lupa

Di mana letak nilai dirimu
kekasih kaca atau permata
kalau permata harga tetapmu
jangan berlagak seperti kaca

Kekasih kaca atau permata
engkau yang pilih engkau yang rasa
untung dikongsi bersama-sama
cela dicanai padam semua


Penulis kata

TARIQ AS-SADIQ




TARIQ AS-SADIQ 


Bingung , aku bingung 

Dimana silapnya cintaku padamu 

Bertahun aku mencarimu 

Sejak celik mataku 

melihat kuasa cintamu 

pada alam yang kau ciptakan 

pada makhluk yang kau hidupkan 

pada rezeki yang kau limpahkan 

pada segala yang kau tetapkan. 



Aku hanyut mencintaimu 

Tanpa soal, aku turut perintahmu 

Tanpa guru, aku belajar mengenalimu 

Tanpa ragu, aku kejar kasih sayangmu 



Hingga sekarang 

Aku terdampar di pulau yang kosong 

Tak berpenghuni. 



Kini aku merasakan kau seolah-olah bersembunyi dariku 

Namun aku tetap tegar mencarimu 

Dan perlahan-lahan 

Mindaku berkecamuk 

Bingung , geram , resah , gelisah 

Sunyi, 

kerana erti hidupku ini terlalu kosong 

Kosong 

seperti orang buta 

Yang cuba mencari arah 

Di tengah-tengah pulau nan sepi 

Ke mana hendak ku pergi?

Apa perluku di sini?

bagaimana ingin ku teruskan hidup begini? 

Segala macam persoalan membiak menyesakkan mindaku. 


Dimana kau 

Saat aku memerlukan cahaya 

Dalam hitam pekat kekosonganku ini 




Matinya hati



melalui hujung-hujung waktu
aku bangkit dari hidup
melihat karenah manusia
hingar bingar

pekak menebali hidup
menonton manusia sugul
mencari arah entah kemana
selamanya entah kemana

kerana bungkusan hati busuk
meluruh menjadi hati senja

menanti terbit mentari pagi
ah! manusia kini bukan manusia

ada tangan tetapi kudung
ada kaki tetapi tempang
ada mulut tetapi bisu
ada telinga tetapi tuli
ada mata tetapi buta
ada hati tetapi mati

tololnya berlari memijak duri
tetapi sombong berkaki ayam
lantas luka semakin dalam
bisa membiak memakan diri




penulis kata



Yahudi dan sup matzonya.


Aku di rumah tonton siaran FoodNetwork-Unwrapped: Matzo Soup.

Sup matzo ni macam bakso orang yahudi. Katanya sup ni macam penisilin org yahudi. Kat sana ada syarikat yang dah buat kilang untuk buat sup ni.

Dalam episod ni terang2 die tunjuk yang orang yahudi ni orang yang paling tinggi darjatnya.
Masak dalam kilang pun rabai yang pantau, nak jaga standard org yahudi katenye.
Wow.

Jadi sebab darjat die tggi sangat, orang lain boleh dibuat sesuka hatilah kan?
Tu mindset yang diorang tanam dalam diri diorang.
Jadilah ape yang jadi skarang.

Diorang bijak. Perancangan rapi dari zaman nabi lagi. Dari tak ada tanah, sekarang dah ada dalam peta. Dari golongan minoriti, sekarang dah ramai jadi artis masuk tv.

Dalam Quran dah sebut tentang diorang.
Hitler pun ada sebut ttg diorang.
Memang terang diorang ni bangsa yang bukan calang-calang.
Sebab tu die serang negara orang senang-senang. Kemudian putar cerita kat semua orang.
Dunia pun telan bulat-bulat cerita yang diorang karang.

Jadi kita perlu buat apa?

Duduk tunggu kiamat?

Apa kita mampu?

Tidur sampai kiamat?

Allahuakbar..

Bulan dingin tak berpenghuni




Semakin hari semakin jauh
apakah sebab apakah punca

mahukan emas aku tak mampu
tercarik nyawa perak ku hulur

dingin terasa angin dari sana
bak bulan yang sepi tak berpenghuni

jadi dimana harusku bertapak
bagai pungguk tersengguk duduk

mungkin aku buta hati
dia terguris atas tingkahku

aku dah cuba semampu kudrat
walau diriku nak putus urat

mana tariku yang silap bencong
yang buat engkau marah tersinggung?

semakin hari semakin jauh
pungguk menanti kan sampai mati



penulis kata

Syair si Raja Haji



Dengar sini rakyat jelata
Syair hamba gurindam rasa
Syair tentang seorang raja
Raja Haji panglima tua.

...

Terendak berjari-jari
Sikejang bunga sa pagi
Inilah perbuatan si Raja Haji
Seperti anjing dengan babi

Sikejang bunga sa pagi
Tetak batang dalam padi
Fa'il bagai anjing dan babi
Tidak berani masuk negeri

#Arka

berharap


berharap itu satu keinginan
dapatkah tidak itu soalnya
berjanji itu satu jaminan
tertunaikah tidak Dia penentunya

jangan cuma memberi harapan
tetapi tidak menunaikannya
kerana perit menunggu jawapan
terkadang hingga menarik nyawa

jangan kita terlalu mengharap
pada sesuatu yang tidak pasti
andai tak dapat yang engkau harap
boleh berbalah teman sejati

apa yang mampu kita harapkan
pada insan tak punya kuasa
kalau Dia tak mahu izinkan
rezeki di mulut terluah semula

Penulis kata

Hukum merokok kini jelas



 SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!




Tazkirah Jumaat kita pada hari ini. Along ada terbaca dekat fb seorang sahabat.
mengenai
hadis palsu kat bawah ni


Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : 
“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: 
“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : 
“ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : 
“Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
*ingatlah sebelum terlambat* -Zafirah Zaharin

-------------------------------------------------





jadi? kalau hadis kat atas tu palsu, maknanya hukum rokok tu harus/dibolehkan ke?

tak! hukumnya tetap haram, 






Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keterangan/Hujah: 

HUJJAH PERTAMA 

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotin dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

HUJJAH KE DUA.

Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

HUJJAH KE TIGA.

Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

HUJJAH KE EMPAT.

Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

HUJJAH KE LIMA.

Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkannas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukandaripada mencari kemaslahatan




----------------------------------------------


jadi, anda rasa, merokok tu harus kah? halalkah? haram kah?





yang halal haram kian bercampur
dosa pahala semakin kabur
sebelum ajal bawa ke kubur

marilah taubat, selagi ada umur


semasa rokok diragu hukumnya
ramai pertikai mana dalilnya
bila disebut sumber hadisnya
harap tiada dalih olehnya


sekadar mengingatkan.
sebarang keraguan harap dibincang bersama.



dicarik-carik rasanya hati



dicarik-carik rasanya hati
bila ku kenang apa terjadi
dicarik-carik rasanya hati
saat menunggu benda tak pasti

dicarik-carik rasanya hati
mengenang apa mungkin terjadi
dicarik-carik rasanya hati
entah kan bila akan berhenti

apa kubuat semua tak jadi
terkenang-kenang segala mimpi
alangkah indah saat terjadi
kini tinggal sebagai memori

kini bersua tak mampu lagi
takutkan benda yang mungkin terjadi
risaukan bibir menyembur api
tatkala bunga yang ingin diberi

mungkinkah tiba saat dinanti
yang tlah dipahat bersama janji
andai berterus-terusan begini
kasih bertaut dihurung benci

tanda koma kini diberi
sebagai ruang baiki hati
yang terus retak sekian hari
semoga sembuh, kuundur diri

dicarik-carik rasanya hati
mengenang salah dan silap diri
dicarik-carik rasanya hati
harap tak pecah akhirnya nanti

penulis kata

lalang


manusia
mudah mengikut


yang ramai ikut yang kuat
yang kuat semakin kuat
atur tindak terus dibuat
kadang-kadang terlupa apa akibat


mungkin betul apa dihasrat
walau yang salahnya lebih berat
sebab nak menang undi rakyat
halal haram terbalik tempat


betullah kiamat sudah dekat
ambil peluang nak rasa nikmat
selagi umur ni masih sempat
dah tua nanti baru lah taubat


macamlah kau tau bilakah saat
nyawa diberi ditarik malaikat
jangan kau lupa satunya Zat
maha mengetahui maha melihat


penulis kata

jalan mati


dalam perjalanan ini
kini sampai ke jalan mati
sedang yang lain memecut ke destinasi
kau sesat seorang diri
dalam laluan yang kau buat sendiri
apa kau nak buat kini?
jalan lain baru kau nak cari?
tapi siapa yang sudi?
tolong orang sesat yang tinggi diri?
bodoh sombong tak sedar diri.
kau ingat orang nak peduli?
dulu orang nasihat, kau tuli
jangan buat itu ini 
tapi tu jugak yang kau cari
sekarang kau dah sesat sampai sini
baru lah kau sedar, tinggi rendah langit bumi.

kawan, mari sini,
aku nak pesan, tu pon kalau kau sudi
carilah simpang yang baru biarpun berjalan kaki
perjalanan kau bukan setakat disini
pasti akan ada jalan baru, tuhan akan bagi
tapi kau kena lah sedar diri
jangan benda lama kau buat lagi
kalau tak ubah nanti,
bagi jalan mane pon, mesti sesat lagi.
jadikan semua ni pengingat diri
ubah pemikiran, cuba kawal diri
guna akal iman yang tuhan dah beri
insyaAllah, semuanya akan baik kemudian hari
kalau kau ikhlas nak ubah nak kembali
kena lah bersungguh-sungguh jangan mudah berhenti
jangan cepat mengeluh, itu bukan solusi
usaha kena jalan, doa ibadat tak boleh berhenti
doa usaha ikhtiar tawakal, tu 'duit' tambang ke destinasi

semoga berjaya mencari
walau jauh mana destinasi
walau jalan mana yang dah kau tempuhi
walau banyak mana pun masa yang kau dah rugi
ingatlah Allah sentiasa di sisi
Raqib Atid ada kanan kiri
mak ayah dah banyak korban itu ini
ingatlah.. jangan sesat lagi..


penulis kata

hipokrit


dulu lidah manis janji manifesto seteguh kokrit
nak kongsi suka duka pedih perit
kasih sejati abadi walaupon takde duit
tak kisah ape orang kate walaupon semuanya pahit
oh dem.. kata-katamu sungguh sweet
terhayun kejap dengan setiap bait
tak lama kau tahan ikrar janji... chaiitttt
godaan datang kiri kanan semua kau nak kait
hukum tuhan halal haram kau campak dalam parit
memang........ hipokrit


*gambar hiasan dari sini


*sekadar memeriahkan topik perbualan
bukan luahan hati perasaan

Jom Jualbeli pantun - Gejala Sosial


ini sticky post!! entry baru ade kat bawah


Salam semua.. along ade stok baru pantun nak jual ni. harap-harap ada yang sudi nak beli.
em.. tapi kalau ada yang nak beli pantun ibu, boleh rujuk sini. cuma kali ni along nak sentuh isu berat sikit. oke.. pendekkan intro, terus ke isi.. 

Selamat Hari Bapa, Abah..


dia ayahku suami ibuku
pendidik agama jalan hidupku
waktu bergurau tak henti tawaku
berbalas geletek nak menang tak mampu


hidup tak mewah bersederhana
tinggallah kami di Felda sahaja
aman di kampung berjiran tetangga
kerjamu "Jaga" kau tetap raja


hujung minggu semua kau kerah
bergotong royong bersihkan rumah
perabot rumah habis dipindah
rumah berseri terbalas lelah


rajin dirimu minat bertukang
besarnya reban kau bina di belakang
ayam itik arnab duduk bersarang
angsa dan merpati pon pernah bertandang


belum pun kami bersekolah rendah
diajar mukadam oleh mak abah
terkenang si angah diajar abah
menangis berhingus tak sudah-sudah


jauh kau bawa di cuti sekolah
Port dickson, Melaka, Sagil pon pernah
bahagia terasa kenangan indah
rindu terasa zaman yang sudah


teringat sekolah di darjah enamku
tinggi harapmu pada diriku
sasar lima 'A' hadiah dah tunggu
tapi kecewa sebab kurang satu


waktu keputusan ku tunduk malu
balik ke rumah hatiku pilu
kau cuma diam terus membisu
kau keluar rumah, nak ikut ku malu


tinggallah aku bersama emak
mengadu nasib, takutkan abah
hadiah dijanji aku dah tak nak
tak duduk diam, hatiku gundah


lewat petangnya kau tiba dirumah
kulihat angah tersenyum girang
baru kutahu kau bawa hadiah
lembut hatimu walaupun garang


sulit hidupmu sebagai Abah
pada diriku adik dan angah
keras perihmu kau tetap tabah
kental jiwamu menangis tak pernah


besar bebanmu sebagai abah
mendidik menyara kami serumah
sayang kasihmu takkan berubah
ampunkan aku atas silap salah


Selamat Hari Bapa, Abah..




duhai gadis permata dunia..


pagi tadi.. tengah sibuk2 ping entry kat group blog, terbace salah satu puisi yang baru di ping kan oleh
seorang kakak, sahabat, guru, ustazah yang tak pernah sunyi dengan usaha beliau mengajar adik2 
dalam bentuk dan cara beliau sendiri. Puisi, dan drama yang beliau selitkan kat blog beliau tak pernah sunyi daripada teguran dan didikan halus yang berkesan. dan yang baru ni, puisi beliau. selamat berkongsi :)




Satu dalam berjuta


Wahai wanita
Jadikan dirimu
Yang terindah
Antara yang terindah


Santun akhlakmu biar terjaga
Tutur bicaramu biar terpelihara
Aurat mahkotamu biar tersimpan rapi
Peribadi dirimu biar terhias iman


Walaupun mungkin
Kau akan jadi yang terasing
Berbeza dan tidak sama
Namun dirimu bernilai
Sebutir mutiara indah
Satu dalam berjuta


laman asal


kak sunah menegur, lembut dalam puisi
teman sejantina, muga dapat kongsi
ilmu takkan gugur, takkan juga basi
manfaat akal iman, yang dah Tuhan beri


ringkas tapi padu, dalam mengingatkan
kata nasihatmu, untuk teman-teman
jangan kamu malu, untuk memulakan
sama ganding bahu, buat perubahan






**kalau korang perasan, seloka along baru2 ni ayat die panjang2 kan.. tu sebab along buat gaye dikir barat

Zine Satu Malam : Kartun


Menyahut cabaran geng Zine Satu Malam untuk buat artikel tentang kartun kegemaran, maka  aku pon buat lah seloka pendek ni. Mua-mula macam malas nak buat tapi, tiba-tiba terrajin pulak. Sorrylah kalau tak best. Tapi, dah alang-alang korang terbuka bahagian ni, baca je la sampai habis ye... sile2..


Jepun ada Otromen, Kamen raider, Sailormoon
Amarika ada Superman, Batman, sebutkan
Kita ada Adiwira, tak gentar dikerumun
depan belakang kiri kanan, musuh dikalahkan


duduk rumah sakit jiwa, makan suap berak cangkung
malam-malam dia keluar, jaga kota bandaraya
dalam sengal-sengal ubi, gila mintak pelangkung
tapi hati ada taman, air pancut bungaraya


standard cerita ada hero, sidekick mesti ada
nak bagi cerita best, tak bosan orang tengok
datang sorang tawar diri, nak ikut meronda
hati sama-sama murni, kepala pon tak bongok


itu dia hero kita, Borhan si Keluangman
dengan sidekick gila dia, itu Tiongman
name skema tahap dewa, nak canggih tambah je "-man"
tapi hati murni gila, kalahkan yang siuman


cakap lebih pon tak guna, jom layan lagu tema
korang search lah sendiri, kat youtube kan ada
aku bagi lirik saje, boleh nyanyi sama-sama
piching lari pon tak apa, kiri kanan orang takda


--Lirik OST KeluangMan--


--Keluang Man - Krisya--


Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yg tiada upaya


Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara
Dialah satria


Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia


Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera


Keluang man 3x




*oh.. poster ni sangat ohsemmm...... 
*oh aku gune ejaan penuh ka?.. =p

Antara pemenang segmen seloka - CikDuyung


Segmen berpantun pernah ku buka 
tak lama dulu untuk semua
pantun dibuatnya amat ku suka
antara lima terpilih jua



Cik Duyung itu nama fantasi
nama pena di alam maya
siap fan page blog ada kat sini
kalau sudi sile lah "like" ya


terjah CikDuyung berpantun seloka
diajak daku berlawan bicara
antara butir dan tutur kata
alam blogger punya ceritera


Dua bulan kutangguh janji
seloka khusus untuk pemenang
maafkan along terlalu bizi
perbagai program tak henti datang

internet slow loading blog berat

review dibuat tergaru-garu
comel sungguh header dibuat
along pon jeles tak terer nak tiru


nak tempek header along tak dapat
dah kene kunci dengan cik duyung
nak printscreen kang upload pulak lambat
salahkan brokbeng lembab ngalahkan dugung


setakat ini review ku mampu
malas nak cerita panjang berjela
kalau korang teringin sangat nak tahu
link along dah bagi dah tekan jela 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...