teteman

Zine Satu Malam : Kartun


Menyahut cabaran geng Zine Satu Malam untuk buat artikel tentang kartun kegemaran, maka  aku pon buat lah seloka pendek ni. Mua-mula macam malas nak buat tapi, tiba-tiba terrajin pulak. Sorrylah kalau tak best. Tapi, dah alang-alang korang terbuka bahagian ni, baca je la sampai habis ye... sile2..


Jepun ada Otromen, Kamen raider, Sailormoon
Amarika ada Superman, Batman, sebutkan
Kita ada Adiwira, tak gentar dikerumun
depan belakang kiri kanan, musuh dikalahkan


duduk rumah sakit jiwa, makan suap berak cangkung
malam-malam dia keluar, jaga kota bandaraya
dalam sengal-sengal ubi, gila mintak pelangkung
tapi hati ada taman, air pancut bungaraya


standard cerita ada hero, sidekick mesti ada
nak bagi cerita best, tak bosan orang tengok
datang sorang tawar diri, nak ikut meronda
hati sama-sama murni, kepala pon tak bongok


itu dia hero kita, Borhan si Keluangman
dengan sidekick gila dia, itu Tiongman
name skema tahap dewa, nak canggih tambah je "-man"
tapi hati murni gila, kalahkan yang siuman


cakap lebih pon tak guna, jom layan lagu tema
korang search lah sendiri, kat youtube kan ada
aku bagi lirik saje, boleh nyanyi sama-sama
piching lari pon tak apa, kiri kanan orang takda


--Lirik OST KeluangMan--


--Keluang Man - Krisya--


Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yg tiada upaya


Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara
Dialah satria


Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia


Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera


Keluang man 3x




*oh.. poster ni sangat ohsemmm...... 
*oh aku gune ejaan penuh ka?.. =p

9 Response to Zine Satu Malam : Kartun

  1. ahahaha..

    aku minat gila keluang man ni..

  2. lagi best ko guna ejaan penuh ngan tatabahasa betul (acceptable)... nampak blog educated sikit :)

  3. haha! nice!
    keluangman memang cool...
    cicak-man?

  4. yang komen ni peminat keluangman!

  5. erk ,. susah nak bace ,. adesss ,. tapi masih boleh d fahami ^^

    *zana perlu kan pertolongan ,. click sini ,.
    http://syazanasani88.blogspot.com/2011/06/mohon-kerjasame-blogger-sekalian.html

  6. ramai jugak yang minat keluang man nih.. heheheh









    *ps : seloka kali ni along buat dengan gaya dikir barat..
    mungkin sebab tu rase pelik bile bace gaya biasa... :)

  7. @zulfikar :

    eheheh.. pelan-pelan kayuh..
    belom ade idea nak buat entry yang super skema lagi nih.. ngueheheheh.. =p

  8. Lagend dow mamat ni.haha
    Gogo keluangman.tp aku rase die da kuar dari tampoi la,tu pasal x dengar da cite die

  9. Azmie says:

    yes yes... saya lah 'kluang' man itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...