teteman

Rosakkah kita?


sekadar ingin membuka mata
terhadap perkara dan isu semasa
kian menjadi di sekeliling kita
membendung ia adakah cara?


lihatlah anak-anak muda kita
semakin liar bersuka-ria
muda lagi dah mula bercinta
sampai berani berbuat zina


terlajak berzina mengandunglah dia
nak tutup malu dibuang anaknya
mana letaknya perimanusia
janin nan suci dibunuh mengapa?


kalau dahulu seksi ditegah
tetapi kini terbiasa sudah
hingga terbuat video lucah 
semata mencari publisiti murah


alasan kau beri sangatlah mudah
"bukan untuk pasaran sini lah"
mana kau letak pegangan akidah
yang halal dan haram kau lupa sudah


bila ditegur engkau melatah
kau lepas carutan kata binasa
tidakkah timbul rasa bersalah
terang-terangan kau halalkan dosa


bukan nak cari salah siapa
cuma mengajak berfikir bersama
dari manakah ia bermula
sehingga kini kita terbiasa


mana peranan ibu dan bapa
mendidik anak sebagai keluarga
bila terlalu dibiar dimanja
ibu dan bapa dipijak kepala


dahulu guru disayang dipuja
tetapi kini disaman dicerca
manakah salah mana silapnya
guru? murid? atau ibubapa?


polis peguam menteri dan sebagainya
pagar tempat si padi mengharap
padi lemah terbelakah nasibnya?
kalau rasuah semakin kerap


bila nafsu terlalu diikut
bagaikan tuhan semua diturut
pahala dosa semua luput
habis jahanam semua hanyut


adapun aku bukanlah malaikat
sempurna terhindar berbuat dosa
cuma kumahu menegur yang sempat
sekadar termampu kuluahkan rasa


penulis kata

6 Response to Rosakkah kita?

  1. Unknown says:

    wah along bersuara

    kretip

    tak mampu lawan

  2. good.

  3. MerLe says:

    emmm. tu la..tkut tgk budak2 skg ni..

  4. terbaeklah along!

  5. terbaekkkk !! *bak kata boboboyyy ^^

  6. Unknown says:

    padan muka gambit saifullah... konon2 hollywood sangat...


    videoklip mcm sampah... hollywood.....caaaiittttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...