teteman

Aku kini penulis kata




Oke.. along nak tukar angin kalini boleh?..
alang2 korang dah terklik tajuk entry kalini kan..
so, jemput2lah bace ye.. tak panjang pon.. 
5 minit sekali harung dah selesai kot..
mukadimah ni je yang meleret2.. tah knape tah.. hahah..
along share sbb mmg rangkap tu untuk blogger2 baru cam along ni..
so.. cukupla mukadimah... terus kpd rankap kata dibawah..






Aku kini penulis kata

andai ada buah fikiran
andai ada titik persoalan
andai ada ilmu kehidupan
disinilah tempat aku luahkan


Aku kini penulis kata

berkongsi wacana kepada pembaca
datang singgah tak tentu masa
menyelam rasa membalas bicara
menyulam rangkaian penulis pembaca


Aku cuma penulis muda

masih mentah ingin bercerita
mengetuk papan di depan mata
dengan harapan diterima pembaca
apa yang kurang ditegur sila


Aku cuma penulis muda

diriku hamba Allah yang Esa
setahun jagung berjiwa muda
kadang terlepas kata binasa
ampun dan maaf diri meminta


Aku cuma penulis muda

tidak bebas dikejar dosa
tidak lepas dosa sengketa
andai terlihat salah bicara
sama menegur sama menerima


Aku cuma penulis sahaja

jika bicaraku tidak bermakna
hanya bisikan lalu sahaja
ampuni aku mencuri masa
para pembaca yang amat berharga

hasil tulisan:
Penulis Kata

28 Response to Aku kini penulis kata

  1. Hebat berpuisi rupenya...

  2. MR. SYAH says:

    wah.. alon pandai berkata2 yerk.. menarik2.. best2..

  3. teruskan menulis duhai penulis

  4. oh buley kopi pes wat masuk dalam esaimen penglahiran bakat kreatif :P

  5. wan : boleh la sikit2.. =)

  6. mr syah : sekadar berkongsi.. =)

  7. keli oh keli : thnx atas sokongan.. =)

  8. whitelover : eheh??.. terharunye..=)
    boleh2..silekan2..

  9. ynn says:

    yana dtg poloww sini...;d/wah..kata2 yg sangat menarik..;d

  10. syufaa says:

    anda anda..hari jadi anda ye hari niii..

    "Happy birthdayyyyy Along!"

    May Allah SWT bless youuu :)

  11. sangat puitis ni along!!!
    cayalah...
    bahasa menunjuk kan bangsa...
    ('',)

    p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
    1. New Entry "SEGMEN SENYUM X NAMPAK GIGI"

  12. Unknown says:

    :)

  13. Unknown says:

    wa respek aah! memang power beb.

  14. rieyana : thnx =)

  15. syufaa : beday along smalam.. tp thnx..=)

  16. Bro Monday : thnx..sama2 berkongsi rasa..=)

  17. Heidi : =)

  18. nub : tkdelah..byk lagi karya hebat kat luar tu..btw.. thnx.. =)

  19. terbaik :D ameiy suka , btw kita penulis muda , along muda ea :P

  20. nice poem...

  21. Anonymous says:

    karya yang menarik
    like it
    =))

  22. amiey : along penulis awet muda..=p

  23. nazriey : thnx =)

  24. starlight : tenkiu.. =)

  25. Dol says:

    Along: Aku surrender bro! haha. cayalah memang ini yang aku tunggu nak baaca!

    kau sahabat penulis kata,
    hebat berbicara,
    cepat jua petah,
    pandai bermadah,

    Kau sahabat penulis kata,
    bakat terpendam datang tiba,
    tereliak mata,
    sang pembaca,

    kau sahabat penulis kata,
    kata-katamu tidak kosong semata,
    tersirat indah disebalik kata,
    Tidak lupa Sang Pencipta,

    kau sahabat penulis kata,
    selalu buat aku gembira,
    kunjungan menjenguk aku,
    membuat aku rasa terharu,

    hehe. nice bro! cayalah bro!

  26. Sungguh lama ku menanti
    kehadiranmu ditapak ini
    datang untuk menunaikan janji
    membaca tulisan yang daku kongsi

    akhirnya muncul suatu makluman
    engkau tiba dengan senyuman
    puas dengan hasil karangan
    puisi dibalas dengan lembaran

    *sangat terharu aku bile ko siap
    buat sajak lagi unutk komen..
    thnx bro.. muge terus kekal berkarya sampai bila2.. =)

  27. Dol says:

    takde la bro dah memang dah kire sahabat arib aku kat blog ni~ hehe. tak kira lambat atau cepat aku akan jenguk blog ko ni jugak, da macam rumah aku dah! haha. tapi memamng lah sedeyh sebaba tak dapat jadi pengomen pertama. huhuhu.

  28. takpe2 nanti bile2 ade update kire roger2 la..
    tak kisah la komen ke brapa kan.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...