teteman

kata cinta



cinta itu dikatakan buta
terkadang tak kenal umur dan rupa
pangkat darjat mahupun harta
bila bersama semua lupa


cinta itu dikatakan bisa
bisa yg paling pedih di dunia
pabila cemburu datang menerpa
pabila diri terabai dirasa


cinta itu dikatakan gula
lebih manis dari segala
walau bersama hanya seketika
mencipta memori indah bersama


lumrah manusia lelaki wanita
inginkan pasangan peneman setia
tetap di sisi suka dan duka
menjalin hubungan ke akhir dunia


namun terkadang kita terlupa
bahawa kita makhluk ciptaanNYa
silap memilih cinta utama
yang patut diberi pada yang Esa


duhai tuhan yang Maha kuasa
kepada Engkau kupohon doa
agar terhindar daripada dosa
angkara hasutan nafsu dan cinta


peringatan ini untuk semua
aku engkau mahupun dia
beringatlah kita dalam bercinta
jagalah kita batasan agama




penulis kata

20 Response to kata cinta

  1. Unknown says:

    pembaca tak terkata =)

  2. mendalam maksudnyer tu... :)

  3. miouwwww! *kenyit2 mata. :D

    best!

  4. syukmira says:

    emm....cemburu 2 sdah lumrah manusia...sgt stuju dgn puisi ni..menarik n bley amik iktibar...:)

  5. Miss Ran : heheh.. baca pon dah cukup.. =)

  6. cik Yuz : thnx.. =)

  7. padie : rawr... wink2.. =p
    tiber kucen datang.. hahah..

  8. mirA_syuk : byak ragam dalam berkasih..tapi.. itu yang mewarnainya..tiber..=)

  9. hii nice blog..visit here,, and ask for exchange link.. thank

  10. along dah semakin banyak berkata-kata begini..wehuuu~

  11. heheh.. rindu tak entry2 along yang lain?.. =p

    *lam draft bsepah2 entry tak siap.. nguu.. yang cenggini senang2 je keluar.. =p

  12. heheh.. rindu tak entry2 along yang lain?.. =p

    *lam draft bsepah2 entry tak siap.. nguu.. yang cenggini senang2 je keluar.. =p

  13. Like this..
    Huhuhu..


    Entry Terbaru 1 : "Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids"
    Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Ramai Followers Dari Blog Ben Ashaari"
    Entry Terbaru 3 : "Saya Mahu Mengaplikasikan Ilmu Tutorial Dari Blog Maribinablog"

  14. thnx =)

  15. Myung Dae says:

    Indah khabar dari rupa .
    Untung rugi dikira bersama .
    Bila ditanya dipilih rupa .
    Segala janji entah kemana .
    HEHE (^_^) .

    Jemput datang
    http://myungdae92.blogspot.com/2011/02/tahniah-follower-yang-ke-400.html

  16. wah.. pandai gak myung dae berpantun nih.. =p

    tahniah dah 400 follower!.. =)

  17. nice one =)

  18. thnx brader.. =)

  19. oouh.. pandai ko berpUisi.. *jeles

  20. Unknown says:

    kalau runtuh kota melaka..

    papan dijawa hamba dirikan..

    kalau sungguh bagai dikata...

    badan dan nyawa jadi taruhan...

    perghhh ade beran?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...