teteman

Showing posts with label karotanku... Show all posts
Showing posts with label karotanku... Show all posts

Raya : tonton Expandibles2 dengan Baju Melayu


hahaha baca tajuk entry kat atas,
apa korang bayangkan?

meronggeng? berkaraoke? main guli? main congkak? 

atau 

ketuk pintu jiran jemiran yang tak kenal sambil terjerit-jerit 
" Assalamualaikum!!, kami datang nak duit rayerrr!!! "

bukan...








kitorang tengok wayang.. 





Expandibles 2





pakai baju melayu!!


sebelum masuk panggung sempat gak snap gambar. 

raya kedua lepas, along bosan kat rumah dah abes jalan raya
along ajak blogger-bloger jantan yang dekat dengan along beraya.
bloggerKacak, bloggerManis, bloggerChubby.
tapi dek kesuntukan masa + banyak program mengejut yang along kene pergi,

kitorang pon terpakse gerak malam keesokannya -raya ketiga.

plan asal along nak g umah Norden@bloggerManis, 
raye umah die cam taon lepas,
lepastu culik die bawak pergi raye kat rumah Sufian@bloggerKacak, 
lepastu baru gerak jalan raye kat umah Faizal@bloggerChubby kat Segamat.
*agak2 kalau ade blogger yang nak join selit-selit tu lagi best.
tapi ujan pulak malam tu, pagi esoknye pulak mak along ajak ziarah tok Uda kat HKL, 
petang nye pergi umah paklang kat seremban
so, raye malam ke tiga baru kitorang dapat kumpul kat gemas terus g umah faizal.

alang-alang dah namenye jalan beraya, 
along pon ajakla diorang pakai baju melayu. 
tapi tup2 along sorang je pakai full siap sampin dengan songkok.
aaaahh.. lantaklah.. alang2 dah sarung, ape nak segan kan?..

rumah kitorang dekat je masing-masing dalam Gemas lagi,
so, dari gemas kitorang ke Segamat membebel dalam kereta
sampaila rumah Faizal, cam hape je tunjuk jalan yang die bagi.
pening gak cari, nasib baik sampai jugak. kat celah pekan nun umah die.
masuk je rumah die baru jumpe air, kuih raye dengan ayam goreng!!
make, melahapla kitorang hahaha..

lepas makan kat umah faizal, kitorang blur kejap nak pergi mane.
lantas dengan kespontanan naluri jantan kitorang nekad nak tengok Expandibles2
dengan baju melayu nye siap. orang keliling dok tengok je.
berbekalkan muke tebal memasing yang dah tak lut ke-malu-an,
kitorang pun buat selamber je kat kaunter n tempat menunggu tu

dompet along time tu ilang pulak dah. menggelabah cari tak jumpe.
sedapkan hati, mungkin tertinggal umah faizal.


masuk je panggung, kitorang terdengar ade sorang awek ni bisik kat member die
"
ni la team Marhaban yang aku cakap tadi tu! "
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH
gelak kitorang dalam hati, plan mencapub berjaya

bak kate 9gaggers "because wearing casually to movies are too mainstream"

alang-alang along dah terlangsung tengok crite tuh 
*(dah macam pembelit lidah pulak)
nak review sket lah, 
kalau korang harapkan filem epik dengan cerita gaya baru, korang akan kuciwa.
cerita ni cuma target untuk tengok suka-suka je. anol susahnak eja pon dah kayu nak blakon.
caknoris punye scene pulak stakat nak selit2 je (suare die paling tak macho dlm movie ni).
banyak bende biase2 kitar semula je dalam cerita ni + lawak buat2.
apepun, ni pendapat subjektif. orang lain punya penerimaan mungkin berbeza. kan?

abes je movie kitorang dah takde idea nak pergi mane.
masuk je kereta, faizal jumpe dompet along kat pintu kereta.
misteri.
along memang tak letak kat situ pon. apepun, mujurla jumpe.
kalau tak, along dah kene naik imigresen kene soal siasat.

tu lah die raya Jantan Style kitorang
padahal satu rumah je yang kitorang beraya nye pun.
si sufian ni pulak, lepas je hantar faizal balik, die pun terus lentok lena.
siap pakai tali pinggang keledar lagi kat belakang, demi safety norden kat depan la konon..hahaha

taon depan punye raye macamane la agak-agak yep?.. hmmm


balik raya di pagi raya


Salam aidilfitri
maaf zahir batin..

mood raya skarang masih lagi meluap-luap, walaupun belum ziarah mana-mana rumah saudara mara pun.
raya taon ni memang lain, sebab along tak sempat solat raya dengan famly. cuti raya along taon ni mula raya pertama sampai raya keempat, lepastu sambung kerja tempat biasa.

sedih gak la sebab malam raya still kene keje, tapi sebab nak drag cuti punye pasal, terpakse la. 
mujur la partner jaga kedai malam tu ngam dengan along, tak la sunyi melampau-lampau.. 
yela, *(tariknafaspanjang) orang lain tengah sibuk duduk rumah bergembira bersama sanak saudara yang datang berkumpul menanti pengumuman raya di kaca televisyen bersama-sama manakala pakcik-pakcik dan brader-brader di masjid bersama bersiap untuk melaungkan takbir raya mengikut imam..fuuuuuuuuuuhhhh.. 
sedangkan yang masih bkerje ni duduk melangut kat tempat kerja menghitung saat dan ketika sebelum pulang beraya.. 

balik kerja dah pukul 12 tengah malam, online jap cek fb(tabiat nih)..
happy dah boleh balik, tapi mengantuk melampau.. yela, balik kerja pukul 8 pagi, siap2 cari tshirt raya adik-adik, barang yang mak pesan, pukul tiga petang masuk kerja semula sampai pukul 12 tengah malam. member dah risau je bile along kate nak rempit balik malam tu jugak. so, untuk mengelakkan ape2 yang tak baik terjadi sekali lagi, along tido la kejap bagi cerah mate ni nak merempit ke rumah nanti.
-along pernah tertido atas motor on the way balik then eksiden sebab termasuk lane sebelah

sedar tak sedar dah terlajak, jam dah pukul 9.45 subuh pun koboi je..tengok hp dah 9 misscall dari abah..
kol balik,
abah : bile nak gerak nih?
along : ni nak gerak la ni (suare baru bangun tido)
abah : yelah tu, tido la tu..
adeh, tak bleh dah nak blakon sebab abah mmg tau sore anak bujang die ni kalau bgun tido cemane. adeh..
bangun2 terus mandi, siap2 pakai baju melayu siap amek gambar snap letak fb haha..

alamak.. gambar ade kabur sket.. camera 2mp sajorr.. haha..

aksi berani eksiden; jangan tiru aksi ini

alhamdulillah, walaupun dah Zohor baru sampai rumah,
along selamat sampai..

Salam Aidilfitri,
maafkan salah silap
keterlanjuran segala bagai
moga kita sejahtera selalu
di dunia dan akhirat..






Dompetku hilang di Ulu Yam part 1


Imbas semula kisah aku kehilangan dompet baru-baru ni.
nak tau kisah tapi malas bace crite panjang?.. klik >>sini<< dan >>sini<<



em, setibanya kami di Kolej Pendeta Za'ba, UKM Bangi pada jam lima petang selepas mengharungi satu jam setengah tempoh perjalanan dari Ulu Yam, aku pon dengan kemamaian tahap nyawa2 cicak mengatur langkah untuk menuju ke bilik mendapatkan rehat a.k.a TIDO. Mana tak nye, kerja dari pukul 11 mlm sampai 7 pagi tadi pastu terus siap2 nak pergi berjimba dengan geng-geng kelab teater Citra kolej pukul 8.30 pagi nye. Maka bersuka ria lah kami di sana sampai ke petang.




Dalam kemamaian + mate sembab mintak selam bawah slimut doplohpatjam tuh, tiba2 tangan aku tergerak nak raba bontot kanan aku. Er.. nak check dompet ade ke tak, dan seperti yang korang boleh jangka, mase tu dompet aku tak hadir seperti biase, bukan sebab demam, cirit birit, apetah lagi pulang ke kampung sebab bini nak bersalin, tapi sebab aku dah tercicirkan kat mana2 tempat yang aku pergi sepanjang hari ni.


Mula lah aku gelabah macam tunggu bini bsalin, fuh3... mane nak carik nih?? IC aku tu dah lima kali, ulang suara, LIMA kali hilang ye kawan2.. dan ic terbaru aku nih belum pon sampai enam bulan digantikan. Maka, mula lah aku membayangkan duduk mengadap kat pegawai imigresen/pendaftaran negara nanti untuk siasatan. yang lagi pedih, nak keluarkan duit rm300 untuk bayar denda hilangkan ic tu! PERRGHHH!! memang rabak la aku.. gaji keje sambilan ni pon keciput jer.. tolak dende ic, duit ganti lesen, buat tu buat ni kang paling ciput mesti nak rabal dalam rm400 kan? Takkan nak mintak mak abah tolong byar? Dah besar panjang dah, kate orang tua, kalau kawen, anak dah doblas, errr..


nampak tak no 05 tu


Memikirkan implikasi yang bakal aku tempuhi takkan menyelesaikan ketidakhadiran dompet aku tuh, maka aku cuba me'rewind' kembali kejadah perlakuan aku yang mungkin jadi punce dompetku pergi meninggalkan aku sendiri. Suspek kejadian yang pertama adalah posisi tidorku dalam bas tadi yang sangat cumel macam baby dalam buaian.. weeehuu >.< korang dipersilakan muntah kat tempat memasing, aku tanak bertanggungjawab. Mungkin masa tidor tu dompet tu senyap2 meloloskan diri dari poket aku untuk balik kampung bersiap2 sambut deepavali?.. hm..


Pada saat aku tengah sibuk fikir macamana nak hubungi pakcik driver bas tadi, baru lah aku teringat suspek paling utama lagi sahih! Iaitu semasa kami bersiap2 nak pulang ke UKM, kiorang pakat kumpul reramai kat tepi bas nak amek gambar kat bawah ni. Yela, nak mengabadikan ke happy dan an kitorang lepas penat berjimba-jimbu dalam sungai yg sejuk tadi. Oleh yang demikian, member aku si Lieyna mulalah bersiap untuk mengeshoot gegambar kitorang posing ala-ala duta bas Kiffah tu, tapi sebab nak sume orang masuk frame termasuk la tuan punye belalai DSLR tuh, maka, die buat la timer pastu aku pon dengan selambe nye pegi letakkan dompet aku alaskan belalai DSLR tadi tuh bagi kamera seimbang atas bumbung kete sape tah kat situ. Tambah mengharukan, adalah bila aku, Lieyna, mahupun semua yg ade kat situ tak ingat pon si dompet nih diletakkan situ. dek terlalu galak berposing bagai menyenap gambar, aku pun terlupa dompetku belum diambil. =.=


dompet masih di atas kereta
gambar cilok dari fb mokcik ni

dompet dah diabaikan.. tanpa belas kasihan.. =.=

gambar cilok fb org lain

akan bersambung...




nak update.. tapi....


emm.... 


dari minggu lepas... 
nafsu mnulis entry membuak2.. 
tapi dok sekerat je siap...

aiiiighhh......
nah lah... 

video latihan kelab teater kolej kitorang..
3 hari lagi nak bertanding baru skrip dengan lirik siap.
esok nak bertanding baru dapat fullrehearsal..

tapi alhamdulillah.. tempat ke tiga milik kami..

video latihan bermula pada saat ke 31

tipikal kerajaan


terlalu membebankan! berambus!!

kucing : keuntungan rakyat miskin tak bekerja
buaya : cukai kerajaan untuk yang kaya
sampan karam : defisit kerajaan tua

dalam satu tahun


dalam satu tahun..
macam-macam boleh jadi..
banyak perkara telah dirasai..
banyak dugan telah ditempuhi..

dalam satu tahun..
pahit manis tak terkira lagi..
teman musuh datang dan pergi..
mengajar erti kehidupan ini..

dalam satu tahun..
masa berlalu tak mungkin kembali..

setakat ni.. 

  • menduda kali pertama
  • hilang dompet 2 kali
    • bermakna..
      • -hilang ic kali ke dua
      • -hilang kad matrik kali ke dua
      • -hilang kad bank kali ke dua
      • -kena buat report polis kali ke dua..
      • bla3....lesen memandu... bla3... jpn...
      • aaaaaaaaaaarrrgghhh!!!
  • hilang handphone 2 kali
    • bermakna..
      • -kena beli hp nokia cikai kali ke dua
      • -kena tuntut simcard baru kali ke dua
      • -kena salin no kontek kali ke dua
  • jatoh muto 2 kali
    • bermakna..
      • -bengkel..
      • -sakit?.. sikit jarhh..
ape lagi ek?...

dugaan..
datang dalam pelbagai bentuk
ada dalam kesenangan, menduga tahap kesyukuran kita.
ada dalam kesusahan, menduga tahap kesabaran kita.
bagaimana kita melaluinya? mengatasinya?
itu yang mengajar kita untuk terus tabah menempuh hidup.

orang nampak kita senang
orang nampak kita gembira
orang nampak kita suka

tapi hakikatnya hanya kita yang tahu, apa yang kita rasa.

penyokong Liverpool yang melampau


masih ingat perlawanan persahabatan antara Harimau Muda Malaysia menentang pasukan Arsenal baru-baru ni?
Perlawanan persahabatan yang akan dihadapi oleh pasukan Harimau Muda Malaysia selepas ini adalah menentang pasukan Liverpool. Tetapi, belum pun perlawanan berlangsung, para peminat pasukan Liverpool dah membanjiri stadium untuk memberi sokongan dan sorakan kepada pasukan tersebut pada sesi latihan mereka.

Kuat semangat mereka, namun apa yang melampau dilakukan adalah tindakan yang diambil oleh segolongan mereka yang tidak segan silu memalukan orang lain. Semua ini dapat dilihat dalam video di bawah.







Dalam kelompok penyokong pasukan Liverpool, terdapat seorang pemuda yang memakai jersi MU turut serta bersama-sama mereka untuk menonton sesi latihan tersebut.
Tapi apa yang memalukannya adalah, apabila muncul nya golongan yang bersorak mengajak penyokong lain memerli pemuda tersebut dan memaksa dia menanggalkan jersi MU yang sedang dipakainya. 

Memalukan. Perlukah memalukan orang lain sampai begitu sekali? 
Ini kah semangak penyokong yang kita nak banggakan?

kau lantang dalam kelompok
memekik mekik mengutuk yang lain
sampai kau lupa kau nampak bongok
bila dirakan dilihat yang lain

aib orang suka kau hebah
baju dipakai kau suruh tanggalkan
malu dirinya tidak kau endah
asal kau puas menyalak sakan


Mat Gebu mengamuk! pecah batu die tumbuk


hah ngko hamek.. 
ade sape sape brani kacau PCM?.. nak try kuat tak kuat nye die nih, sampai pecah batu die tumbuk tadi..
perghh.. memang urat dawai otot konkrit jela mampu tumbuk batu sampai pecah ni kan..
kesian aku tengok kat batu tu.. abes terkeluar isik2 die kene tumbuk dengan PCM...


gambar mangsa...




oh... tu metafora je... gambar sebenar ade kat bawah...






































































ish3... kesian batu tu...jadi mangsa keganasan PCM... =.=


*cepat2 la PCM pegi beli baru ye..  :P

tak dipedulikan?


Penat dah. penat aku nengok kat wall group blogger kat fb nuh, punye la ramai kawan2 yang ade kat situ,
pastu post buat ayat2 nada sedih, tacing

"bile orang femes post, sume nak layan, newbie cam aku ni sape nak layan??"

"yelah, aku newbie, sape la aku kan.."
"aku bukan sape-sape, takde orang kenal.. "
"takbest la kat sini, korang sombong!tak layan aku pon!"


makin ramai yang rae tersisih pastu buat ayat tacing pasal orang tak layan... ni contoh kecik je ni, aku sendiri pon slalu je kene..

  • buat post orang tak komen
  • geng lame buat gath tak roger
  • member lame ade topik best, tapi tak ajak borak

tapi tu sume bende biase la dalam hidup..kite ada kehidupan masing-masing
bukan nak mengadap kawan kite yang satu ni je..masing2 ade famly, ade kawan2 lain nak dilayan..ade kroni-kroni dari cabang lain nak ditegur.. kan??


jadi, kalau terlepas pandang tak terlayan member tu memang adat la..
cume mase kite ingat kat membe kite, tegur la, tayah sombong ngan orang..
sama-sama ingat kawan, tak boleh la asyik nak harap orang tegur kita.. k?
rasa macam dah buat entry pasal nih banyak kali dah... latest pasal Along di SB kot...hmm...



kuatkan hati jangan mengeluh
bila sendiri tidak ditegur
kawan bersuka berpuluh-puluh
teman sejati tak pernah gugur

dalam berkawan sesama insan
kita tak lari dari kesilapan
andai terabai tolong ingatkan
sekadar sibuk bukan melupakan


selagi boleh cuba elakkan
meminggir diri daripada teman
rajinkan diri melayan rakan
kalau teringin sangat dilayan


yang bulat tak datang bergolek
yang pipih tak datang melayang
tak ditegur jangan kau pelik
kalau sendiri tak tegur orang


dalam sendiri bila terabai
luangkan masa muhasabah diri
Dia di sana tak pernah lalai
panjatkan doa bersihkan diri




*cukuplah tu kot.. bebel panjang pon... 
bukan semua bace ape aku tulis nih.. kan?.. hmm..

Zine Satu Malam : Kartun


Menyahut cabaran geng Zine Satu Malam untuk buat artikel tentang kartun kegemaran, maka  aku pon buat lah seloka pendek ni. Mua-mula macam malas nak buat tapi, tiba-tiba terrajin pulak. Sorrylah kalau tak best. Tapi, dah alang-alang korang terbuka bahagian ni, baca je la sampai habis ye... sile2..


Jepun ada Otromen, Kamen raider, Sailormoon
Amarika ada Superman, Batman, sebutkan
Kita ada Adiwira, tak gentar dikerumun
depan belakang kiri kanan, musuh dikalahkan


duduk rumah sakit jiwa, makan suap berak cangkung
malam-malam dia keluar, jaga kota bandaraya
dalam sengal-sengal ubi, gila mintak pelangkung
tapi hati ada taman, air pancut bungaraya


standard cerita ada hero, sidekick mesti ada
nak bagi cerita best, tak bosan orang tengok
datang sorang tawar diri, nak ikut meronda
hati sama-sama murni, kepala pon tak bongok


itu dia hero kita, Borhan si Keluangman
dengan sidekick gila dia, itu Tiongman
name skema tahap dewa, nak canggih tambah je "-man"
tapi hati murni gila, kalahkan yang siuman


cakap lebih pon tak guna, jom layan lagu tema
korang search lah sendiri, kat youtube kan ada
aku bagi lirik saje, boleh nyanyi sama-sama
piching lari pon tak apa, kiri kanan orang takda


--Lirik OST KeluangMan--


--Keluang Man - Krisya--


Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yg tiada upaya


Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara
Dialah satria


Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia


Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera


Keluang man 3x




*oh.. poster ni sangat ohsemmm...... 
*oh aku gune ejaan penuh ka?.. =p

mengapa kau ragu


mengapa kau ragu
kasihku untukmu
mengapa kau ragu
setiaku untukmu
mengapa kau ragu
ku tunggu dirimu
mengapa kau ragu
kumahu hanya kamu


mereka tahu
aku beritahu
engkau tahu
semua akan tahu


itu impian aku





*shhhhhhhhhhh... kite-kite aje...

Damia. Sroott Sroottt..


hukk.. dalam kalut2 nak packing2 ni.. aku gigihkan jugak nak update entry... nguu... 
kesian kat blog ni.. lengang takde bende baru..nak ping entry pon segan dah.. ngee..
em.. mungkin ada yang dah tau.. tapi bagi yang belum tau tu.. 
mintak maaf ye.. sekarang along sibuk latihan untuk pertandingan teater Dekon(Deklamasi Lakon) kat UMS nanti.. jadi.. peluang nak singgah menyinggah ke blog2 korang tak dapat dilaksanakan sesedap rase yang along selalu buat selama ni..
*padahal watak tepi-tepi je pon.. =p


em.. sikit sebanyak details tentang teater yang akan kami pertaruhkan nanti..
(klik untuk pembesaran gambar)


Damia
poster kitorang

pamplet die

ni pulak cadangan rekaan untuk baju produksi.. tapi tak sempat nak antar kedai aritu.. sob2...
woaaa!!!...


*harini flight kitorang g sabah... 
*mak pulak g terengganu...
***pengalaman pertama naik kapal terbang bakal terjadi tengahari ni... ngooaaaa...

video Kumpulan Gula Gula - Suka Gitu (K-Pop Malaysia)


ahahah... aritu punye video yang along share kat sini dah kene delete dengan tukang upload..
ni along jumpe pulak video baru die.. hahah.. wiwit.. suka gitu!..
korang tengok.. nilai sendiri la ye..





hahaha.. dah tengok??..
along tak berani la nak kate pape.. 
komen2 kat youtube pon dah tunjukkan pandangan majoriti pada kumpulan diorang ni..

Skandal panass!! 2 blogger femes!!


pergghh... sebelum ni along dok nampak Pakcik Mat Gebu yang dok sebut-sebut..
tapi along taktau pulak macamane cerite sebenar die.. so, along tak berani la nak tegur..
tapi.. tadi along ternampak satu post nih.. dan.. fuhh.. giler sweet la dorang.. hahaha
hahah.. amalina, arini along dah printscreenkan wallpost die kat wall die ni.. ape lagi.. jom kite sebarkan!!.. muahahahahah!!..


eh2.. korang nak tengok ape yang panass??.. meh sini..




dah nampak??.. dah nampak???.. hahaha.. dah berawak awak dah sekarang.. nanti ber sayang-sayang... 
pastu ber abang-abang.. weeehu!.. sikit pantun ntuk korang..


kalau padi katakan padi
senang mak korang nak masak nasi
kalau jadi katakan jadi
senang kitorang nak buat spekulasi


tetttt!! =p


**siyes along still ragu2 ngan status diorang nih.. tapi... komen2 kat atas tu nampak sungguh meyakinkan.. hahahahahahahh... :P
**tingkatkan prestasi, selitkan kontrovesi.. lalalla

HOTTT!!!! Kumpulan 24:7 dah ade saingan! Kini Kumpulan SebenEleben dah muncul!!


pergghhh... tak cukup dengan kumpulan kpop malaysia perempuan Gula-gula, 
datang kumpulan kpop lelaki 24:7.. yang Gula-gula ni, boleh tahan gak ramai penyokong die..
ish2.. tapi lagi ramai haters..hmm.. macamane tu?.. takpe2, kate orang, ramai haters ni
maksudnye fofuler la kan.. *tangandidadamatakeatas..


untuk tak menghampekan korang yang gigih search kat gugel pastu sudi klik link yang 
bawak ke sini.. nah.. gambar hot kumpulan 24:7..




eh eh.. nyaris2 terbabas ke lembah gosip hangat.. meh sini along nak habaq mai kat angpa semua meh.. kroang nak tau tak?.. semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni.. 
dah banyak sangat usaha-usaha "tiru meniru tak sedar tak mampu" yang giat dibuat oleh manusia-manusia kat sekeliling kita ni.. ish3.. ape nak jadi lah.. 


"Mampu" yang along maksudkan tu menyeluruh la kirenye, tak kire la dalam pengurusan ke, teknik ke, kemampuan fizikal ke, penerimaan orang lain ke... macam2 boleh.. sampaikan sekarang.. ha..
ade lagi satu kumpulan yang tiba-tiba melonjak naik.. tapi masalahnye kumpulan ni satu je.. name kumpulan diorang tak taulah yang mane btul..sebab sumber yang menyampaikan ade sebut macam2 nama, 


  • CikEpal kate nama kumpulan die DOPLOHEMPATJAM
  • CikBulat kate nama kumpulan ni Original MPop
  • EmanHalia kate name die UBM pop
  • TaufiqHelios kate name die EskremPop
  • Aku nak kate name die SebenEleben..
hah.. korang rase ape ek name grup dorang ni?? hmm...eh?.. jap.. along blom bagi gambar
diorang lagi ea??.. laa.. nape tak cakap... ish,,, nasib baik along ingat.. kalau tak... 
melepas korang nak print buat poster tampal kat dinding bilik.. hahah.. ni dia kumpulan 
B-Pop(BloggerPop) korang... name kumpulan dah bnyak sangat.. tatau nak petik yang mane satu..


bawah ni gambar die...












kasi suspen siket..












saspen lagi....














haaaa....







nilah die SebenEleben!!


hah.. amacam??.. ade rase nak muntah berjemaah tak??..
cepat2 amek saff... ikut imam... hahahah..


lame2 tengok macam ade evolusi ekspresi daripada aku>Eman>Tetopek..
Hasip je pelik sket..ngeeeaaa.... =p





ADA BLOGGER NAK KAWEN LARI KE SIAM!


Petang tadi ada perjumpaan singkat antara blogger kat putrajaya, dan along secara tak langsung terlibat dalam perjumpaan tu. hm.. tau2 ade segmen santai Vlog bersama Ben Ashaari dibuat kat Taman Seri Empangan.
Along nak cerite panjang2, nanti korang bosan.. so, sape nak tau pasal perjumpaan tu pergi la bace kat >>sini<<.


Perkara utama yang along nak sampaikan adalah kes yang merujuk tajuk kat atas tu. Siapa tak terkejut??
kawen lari?? kat Siam pulak tu?? antara blogger??.. pergghh panaassss.... ni lah die kisah yang terjadi mase kitorang menunggu blogger2 lain membuat rakaman vlog bersama krew-krew 1tube.my.. 


Cerita die gini.. along tengah sembang2 dengan si Mas Joko ni, sebab die dok kalot tanye along teknik2 nak kekalkan awet muda macam along ni.. yela.. along kan.. still sweet sebentin.. mude remaje sentiase.. hahah.. so, along pon mule la cerita.. tengah along syiok bagi petua nak kekal muda ni.. tiba-tiba mamat ni senyap.. ish!.. sudah...
apehal lak mamat nih?... kene rasuk ke hape?? risau pulak aku... tadi die yang dok beriye mintak teknik2 awet muda kat aku.. skarang senyap pulak... esyhhh....


Along dengan serba salah pi la tanye kat die... oit Mas Joko!.. apekeheynye ngko dok tenung muke jambu aku ni lelame??? kang si Yana Nenaske mule ragu keinginan ko kang.. melepas.. haa... 


**psstt... haa.. ni along nak story.. diorang berdue ni.. tengah panas lagi ber"ehem2"... 
padahal baru jumpe mase gath kat alamanda kelmarin.. 


cehh..melalut ke kisah lama pulak..kang cerite tak sampai, korang dah tekan pangkah kat atas tu.. okeh sambung cerite..bile die dengar je along cakap macam tu.. terus si Mas ni sedar.. lalu berlakulah dialog pendek seperti yang berikut :

**untuk menggambarkan betapa terkejutnye along mase tu, 
ni lah die, gambar yang sempat di snap oleh cik bayu mase tu.. 

Mas Jokoaku ingat, aku nak kawen lari la kat siam..


Along : ... erkkk... aaaa.... aku salah dengar ke ni??? weyh!! ko migau ke hape Mas???? eyt Yana!! korang ni btol ke tidak ni??? ceciter?? ceciter??.....


Mas JokoBukan ape long, malas la nak cari duet setup pelamin buat kenduri karaoke bagai.. kitorang plan nak kawen lari je senang..tak payah pelamin.. tak payah sewa kemah buat kenduri bagai.. haa.. kan jimat tu... hmm... 


**********************************tammat**********************************

maka dengan itu..tamatlah cerita dongeng pendek daripada alongkakiklentong... lalalala... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...