teteman

Email vs Facebook : mudah sahaja!


Tahukah anda, bahawa Facebook system memang dah lama membenarkan para pengguna mereka berbalas komen melalui emel?

Ya! setelah tiga orang teman along bertanyakan perkara yang sama, along rasa, masih ramai yang tidak tahu tentang fungsi facebook notification dalam emel masing-masing.

Mesti ramai menyangka facebook notification emel ni menyusahkan, mengganggu, merimaskan dan sebagainya. Lagi-lagi kalau dah daftar dalam pelbagai group(kumpulan)  dalam Facebook tu. Tak mengapa, along ada beberapa tips nak kongsi dengan kamu semua.

Pertama sekali, tentang cara membalas komen melalui emel, begini caranya:
  1. Buka emel facebook yang berkenaan, dan tekan reply :

  2.  kemudian, tulis komen balasan anda pada ruangan " >>komen balasan anda di sini<< "


    dan tanpa perlu mengubah apa-apa, reply sahaja secara terus dengan menekan butang send. Selesai!
Dengan cara ini, anda tidak perlu membuka post yang sama berulangkali. Cuma balas melalui emel anda sahaja. Jimat bandwith nak loadin(muatturun) post yang berkenaan.

Bagi mengurangkan emel notification Facebook pula, anda hanya perlu ubah setting seperti yang di bawah :
  1. pergi ke bahagian butang "edit setting" semasa di halaman group yang kamu sertai
  2. pada ruangan "Notify me when :"  pilih "Only posts I'm subscribed to"
    jadi anda hanya akan mendapat emel pemberitahuan apabila anda ditag, dan pada post yang anda telah turut berbalas komen di dalamnya. 
  3. pada bahagian "Send me group chat message" : tandakan HANYA jika anda ingin melihat kotak chat (berbual) pada group tersebut. Jika tidak, batalkan tanda itu. 
Sekarang, anda boleh bersosial di laman facebook dengan aman tanpa emel pemberitahuan tidak perlu yang terlalu banyak. Selamat mencuba!


*psstt....pergh.. pertama kali buat post skema.. heheh.. =p

3 Response to Email vs Facebook : mudah sahaja!

  1. eeee...takde kepuasan la guna kat email XD

  2. aliarosli says:

    bek email yahoo cam yase je

    long, add la ym

  3. Syed :

    hahah.. nak puas tapi kene loading page lebih la.. =p

    kalau dari emel, tak payah log in fb pon boleh reply.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...