teteman

Mengapa sembah Kaabah?




Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky.
lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.


‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."



maka terjawablah persoalan Jacky selama ini. 


dikongsi daripada fan page ini :


jangan mudah hatimu goyah
bila soalan datang menerjah
Tuhan yang satu Dialah Allah
sempurna alam dicipta sudah



20 Response to Mengapa sembah Kaabah?

  1. betul tu along.. org kafir anggap kita ni menyembah bangunan hitam.. tiap tahu kita menyembah kaabah.. rasanya kena buat diolog macam ni kat diorang bagi fikir sejenak..











    rasa marah tgok fb makcik puaka tu !

  2. good explaination!

    ^__^

    terima kasih..


    kaabah hanya sbagai tempat penyatuan umat islam, malah kaabah juga pernah di pijak bumbungnya oleh Bilal Rabah.

  3. aliarosli says:

    bijak, aku suke kalau orang expalain macam nie tanpa maki hamun

    dan aku suka bila orang explain dengan contoh yang lain biar kita berfikir

  4. nurkaloi says:

    wahh menarik
    tq kongsi

  5. Ain Shdn says:

    Wahh ! ilmu yg mnarik utk dkongsi. hehe

  6. aslann says:

    wahhh LIKE..! kenape xde button LIKE..aku nak LIKE..Grr!

  7. Unknown says:

    nice sharing!

  8. Unknown says:

    betul tu along.setuju sgt,,satu analogi bgus untuk bgtahu org bukan islam kenapa kita sembah kaabah

  9. Alia Justea :

    siyes geram ngan makcik tu.. =.=

  10. F_H says:

    terbaik la usop... like

  11. KyêrulL says:

    Perhhhh... terbaik.. terbaik :D

  12. MutiaraBernilai :

    btul tu!..

    em.. along baru tau pasal bumbung tu.. thnx share.. =)

  13. AliaRosli :

    along pon suke..=)

    sebab kite dikurniakn akal untuk berfikir.. bukan mempertikai.. =)

  14. Aslann :

    ade la.. tekan kat tajuk entry nih... blah atas...

    *aku tak reti nak letak kat bawah... =.=

  15. thanks along atas perkongsian

  16. Myung Dae says:

    WAA!! Betol2 bermakna maksodnya. memang mendalam. Terima kasih atas perkongsian ye along (^_^)

  17. cara yg bagus nak bagi dorang paham...




    panas hati pasal makcik tu..
    xde rase takut ke..

  18. setuju! analogi pun logik. kita kena tahu jawab jugak kalau orang bukan islam tanya soalan2 gini

  19. along....
    entry yang sangat2 bagus dan berguna
    simple tp jelas

  20. Unknown says:

    suke entry ni long

    mmbuatkan terfikir untuk buat entry=)

    along mmg best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...