teteman

Cubaan Menjadi Dajjal


Akhir-akhir ni semakin banyak kumpulan-kumpulan manusia yang tak putus-putus menghina, mengeji,
memfitnah, malah cuba menghasut muslim supaya meninggalkan Islam, Agama yang benar, sempurna,
lengkap dan sempurna ini. Allah dah berikan tanda-tanda akhir zaman yang antaranya menyebut kedatangan Dajjal memujuk kaum manusia ke jalan kesesatan, dan inilah dia antara golongan-golongan yang cuba menjadi Dajjal dengan tindakan mereka membuat gambar-gambar provokasi, tafsiran ayat Al-Quran yang tidak sempurna, serta putar belit hadis dan sunah yang sangat bercelaru dengan keindahan Islam ajaran Nabi Muhammad SAW kesayangan dan sanjungan para mu'min dan muslim seluruh dunia.

antara post yang sempat along tangkap yang terbaru along jumpa tadi adalah dari halaman facebook di sini.



Begitu kuat semangat mereka cuba memporak-porandakan iman saudara muslim kita dengan cara yang
begitu keji sebegini. Marilah kita mendoakan mereka hidayah dan petunjuk dari Allah agar mereka 
ditunjukkan kepada jalan yang sebenar-benar lurus.


antara post lain yang agak provokatif tapi sebenarnya mampu mengingatkan kita 
pada azab siksa kubur adalah di sini


gambar ini yang dipertikaikan
jangan buka link yang diberi jika anda tidak cukup kuat semangat
untuk melihat gambar penuh mayat tersebut. Nauzubillah.


9 Response to Cubaan Menjadi Dajjal

  1. ... says:
    This comment has been removed by the author.
  2. ... says:

    as salam..
    hm..mana yang sempat kita selamatkan, jangan kita tinggalkan.
    sesungguhnya mereka yang berada dalam kesesatan ni sangatlah hina. wallahu'alam..

    menjadi tanggungjawab kita yang masih ingat ni, mengingati kepada mereka.hidup ni memberi dan menerima.

    Allah itu bersifat lemah lembut.mereka yang bertindak dengan sekeras-keras hati, hendaklah kita tentang mereka dengan lemah lembut terlebih dahulu.

    Rasulullah SAW bersabda,bermaksud:

    "Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."

    maksudnya kat sini, macam kat gambo2 print screen ni. makcik ni, menggunakan cara yang keras. yang menegurnya, dengan cara keras dan kekerasan tak dapat menyelesaikan semua masalah sama ada yang meliputi hal rumah tangga. selagi kita mampu berlembut dengan lidah, gunakan kelembutan lidah.

    tekadkan niat, perkukuhkan iman. insya'Allah kita masih mampu menyelamatkan mereka yang masih tercari-cari..

    jangan kita tinggalkan mereka melainkan dua perkara. ajal dan juga Kiamat..

    sedih tengok orang yang komen2 dalam fb tu. membalas dengan cara kasar. gunakan kelembutan dulu..

    memang kita tak sempurna..tapi anggota badan yang diberikan kepada kita adalah sesempurna makhluk ciptaan-Nya melainkan apa yang tidak itu menjadi rahsia-Nya.. gunakan kesempurnaan itu sebaik-baik perkara dan semulia-mulia perbuatan disisi-Nya..

  3. Dasyat betul..mungkin sekarang ni kita berada di zaman fitnah Dajjal..

  4. ... says:

    Alan, wallahu'alam..
    petunjuk dah ada.kita tuggu je petunjuk2 yang lain sambil bersedia memperkukuhkan kiblat hati..

  5. Fyqa says:

    ya Allah.mcm2 la skrng nih. hmm

  6. Moga diri kita diperlihara..sedey sgat bce nie...

  7. Astaghrfirullah.. mcm2 dh brlaku skrng nih... emm.. btol ke diorang tuh islam? atau nih smua muslihat dn mainan yahudi nk memecahbelahkn umat islam? sama2 kita renung dn ambik iktibar...

  8. aliarosli says:

    along, semalam baca kat blog niq pasal makcik nie

    harinie ada lagi, YA ALLAH, siapa sebenarnya dia?

    semoga dibukakan pintu hati dan hidayah kepadanya dan mereka yang masih terpesong

    nak tegur kena berhemah dan bebrlemah lembut, kalau kasar, siapa nak dengar?

    sama je macam kita minta tolong orang dengan kasar, nak ke dia?

    emmmmmm,yang bawah tue tak berani nak bukak, tapi nak tahu

    emmmmmm,along terangkan apa yang ada dalam link tue boleh?

  9. Naddia says:

    tak lame lagi depa kene la balasan tuh..deposit kat dunie..kat akhirat nti lg laa..tggu mase je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...