Sketsaloka Kahwin Si Ujang untuk Pembawa Wacana
Ini kisah Ujang dan isteri
kisah terjadi di petang yang sunyi
Ujang balik dari KLCC
Yana kat bilik tidak menanti
si Ujang berehat di ruang tamu
teringat tentang blognya yang baru
dibuat semalam terburu-buru
mengikut Yana berblog dahulu
terlihat dia entry si Yana
berbaur sinis cemburu bunyinya
apakah sebab apa puncanya
tanda soalan bermain di minda
teringat dia teman barunya
di Sahabat Blogger berlawan kata
berbalas follow dan juga entrynya
sungguh mesra walau seketika
adakah itu punca sebabnya
si Yana merajuk masam mencuka
tidak dilayan suami tercinta
risau dihati Ujang merasa
mula si Ujang melakar kata
ingin memujuk Yana tercinta
dengan susunan dan atur kata
berbentuk pantun berbunyi seloka
Engkau isteri kesayanganku
kulihat gusar tingkah lakumu
adakah ia disebabkan diriku
mula berblog seperti kamu
Engkau gadis kesayanganku
satunya isteri teman hidupku
kini terbit rasa cemburu
kepada mereka teman berblogku
Engkau gadis kesayanganku
wajahmu bujur bermata kuyu
janganlah merajuk melulu-lulu
kusimpan kasih hanya untukmu
sudah tiga pantun diberi
namun diam dari isteri
tidak putus asa suami
terus cuba tidak berhenti
Engkau gadis kesayanganku
entah kenapa diam membisu
membuat hati rasa dipalu
seperti gendang dipukul bertalu
Engkau gadis kesayanganku
amatku sayang amatku rindu
mengapa tak balas pucuk suratku
adakah kau marah benci padaku
datang mesej dari si isteri..
hanya lambang senyuman diberi..
cukup sudah rasa di hati
disambung pantun oleh si suami..
Engkau gadis kesayanganku
telah kau balas patahnya satu
namun sudah cukup bagiku
mengukir senyuman pada bibirku
si Yana diam sahaja
membalas pantun bukan bakatnya
jarinya kaku tidak berdaya
membalas pantun dari suaminya
si Ujang resah ternanti-nanti
menunggu jawapan dari si isteri
adakah marah rasa di hati
membalas pantun dia tak sudi
lalu terbit ilham si suami
mungkin pujukan diminta isteri
maka itu yang akan diberi
pantun cubaan menambat hati
Engkau gadis kesayanganku
sungguh hebat kuasa kasih mu
membuatku senyum cair padamu
cukuplah sudah senyap bisumu
kini si Yana merasa gundah
ingin dibalas tiada termampu
seindah rasa di hati singgah
terus meluru Ujang di tamu
ingin dibalas tiada termampu
seindah rasa di hati singgah
terus meluru Ujang di tamu
cumalah nama yang aku guna
seloka lama kukitar semula
harapkan Ujang bermadah seloka?
jangan haraplah mimpi sahaja
jangan haraplah mimpi sahaja
Ujang dan Yana sudah bertunang
bakal menikah mengikat hubungan
supaya halal berkasih sayang
dalam agama berkurang halangan
kita di tepi hanya berdoa
agar kekal hubungan mereka
semoga meriah majlis terbuka
beranak cucu sampai ke tua
ingin ku tambah madah seloka
takut kan lenguh mata pembaca
lalu ku tutup di sini saja
salah dan silap maaf ku pinta
seloka asal kat sini : seloka asal
penulis kata
kretip
edit dr seloka y dlu
plus cte ujang hehe
along ade gne nme along kat sgmen ni jgk=)
perhhh.. along..
memang terdiam r cik pulau cenggini..
hahaaha...^^,
amboi along...
cam ni leh la jd wkil sape2 ygnk g meminang...
pantun seloka budaya melayu...xde kaum lain yg ade kn...kn..kn
best3..suka giler.. :)
.along , ada bakat jadi wakil meminang nie , nexttt ~
terbaek lah abang adek nii!muahaha
memang bes seloka ni.... terbaik!!