teteman

Kumpulan Gula-Gula dihina haters dibela kakikipas


Masih panas lagi kes gula-gula ni.. kaki kipas diorang pulak nak berceramah...


kalau korang sempat, gi la check kat older post Gulagula Official FB
tapi rasanya post ni takkan dipadam kot.. sebab post ni sokong Gulagula.. hahah..
apepon, korang bace sendiri dan nilai..


der.. daripada korang gigih carik salah orang yang menegur.. baik korang cari salah korang untuk diperbaiki!.. cehhh...
name nak Jepon, padahal melayu, sokong grup perasan Korea pulak.. adeh.. tunggang terbalik dah org kite.. =.=

aku tak tolak teguran yang dimaklumkan tu, tapi tengok balik la, 
ko nak hentam orang yang menegur, guna agama..
tapi ko tak sedar, ko menyokong orang yang terang2 melanggar hukum agama..


mamat Kenzo ni kakikipas tegar dalam fanpage tuh..

ape cer?? ceciter ceciter!


IKLAN PERCUMA Untuk Blog ANDA



tadi ade jumpe iklan untuk mengiklan... hmm... 
sebab??.. hahah.. sebab haku lah yang merobotkan beliau dalam Kaiminator sampai menjadi Terminator 6!


muahahahahah!!! ko kene ingat tu!! :p


dan sebab lain? hmm.. kalau ko tak buat untuk haku, siap la ko Kyerull!! ko akan menyesal!! hahahahaha.. 
haku dah nampak calon2 gambar yang bakal menjadi kerakusan potoshop aku nih... muahahahahahah...


so, kalo ko tanak aku buat bende yang ko akan menyesal seumor idop... baek ko buat ntuk aku!... hahahahaha!!!..


**psstt... jahat tak bunyik?? ade ciri2 cam orang paling jahat dalam citer wonderpet tak?? er.. wonderpet ade org jahat ke??.. emm... hmm.... pape jelah... hahaha.. janji ko buat Kyerul!!.. aku nak!! hahaha..

Admin kumpulan Gula-gula K-pop melayu penakot?


dah tau kewujudan kumpulann k-pop melayu?? dah terjah Fanpage FB dorang??
haha... korang mesti pasan.. semua post2 yang ada kat wall diorang semuanya stok puji2 je... 
satu pon takda yang dok kutuk.. sebab apa?? sebab dorang sangat best ka?? sebab sore diorang sangat sedap ka?? sebab tarian diorang sangat mantop ka?? sebab diorang sangat seksi ka??

BUKAN.. sbabnya...

admin diorang DELETE SEMUA post berunsur negatif..

tak kira lah yang beri teguran, nasihat, komen atau kritikan.. asalkan komen/post tu diorang tak suka, diorang akan delete.. hahah.. korang tak percaya?.. try la terjah skarang ni.. agak2 kalau admin dia blom tido.. jangan harap la komen/wallpost korang yang pedas2 dapat stay lama.. cuma post2 kipas2 kasi naik, post puji memuji, post supportive.. yang baik2 je yang tinggal.. hahah... 

kenapa dia delete?? sebab komen negatif tu salah ka?? komen2 tu tak betul ka?? 
hahaha.. kataorang berani kerana benar.. dan diorang dah terang2 tunjukkan yang diorang TAKUT.. takutkan diri sendiri.. hadoi... sedarlah cepat2 dik oii... kita kat negara Islam..
ada batas agama.. bukan macam kat luar tu... pemikiran diorang dah tentu bebas melampau..
sampai bende yang sangat jijik dijadikan hiburan biasa... =.= 

ape nak jadi la.. apepon.. 
Antara teguran pedas yang selamat ditangkap sebelum dipadam admin 


ni lah wallpost yang along sangat stuju skali.. tapi malang.. dah selamat di delete admin dia.. hm....


Cara-cara meletakkan button like dan send pada entry blog


Assalamualaikum..

haa.. harini along jumpe satu lagi tutorial yang sangat best untuk korang buat pada blog korang supaya para pembaca boleh like DAN SEND entry korang untuk diorang share pada kawan2 facebook diorang skali!..

like : kat wall orang yang like akan keluar notification like entry kite
send : kat inbox org/contact yang kite send akan keluar link entry kite

menarik kan3!!?? haa.. malas nak lengah2 masa.. so, ni step by step yang along buat berdasarkan tutorial yang along jumpa kat >>sini<< cuma along tunjukkan dengan snapshot skali la supaya korang faham kat mana nak taip nak search nak copypaste.. haha... okeh.. malas nak bebel.. kang korang tekan pangkah kat atas tu kang.. along rugi pembaca, korang rugi info.. jom!..
  1. bukak Dashboard>>Design>>EditHtml>> expand widget templates
  2. tekan ctrl+f dan kat bucu browser korang akan keluar kotak carian macam kat dalam gambar tuh..
    dan taipkan data:post.body dan tekan enter
  3. betul2 bawah tulisan yang korang jumpa dalam template korang tu paste kan code kat bawah nicode boleh ambil kat sini : code like & send
    **along tak reti letak code dalam entry.. sape nak ajar??.. =.=
  4. dah??.. jadi tak macam gambar yang along tunjukkan kat bawah ni? Kalau jadi, tekan preview
  5. tengok entry korang, ada tak button like +send ? kalau ada, maka save la template korang... siap!! kalau tak.... undo la laju2.. =p

Selamat mencuba!!



Calon-calon baju Sahabat Blogger diumumkan!


Assalamualaikum geng2 SB yang baik hati sekalian.. :)
tarikh pengumuman rekaan terpilih dah nak tiba.. so, bagi sesiapa yang masih blur2 bab baju Sahabat Blogger yang bakal diumumkan, meh sini meh kite terjah.. hahaha.. dah ada 5 rekaan yang mendapat undian terbanyak setakat ni, dan pihak admin Sahabat Blogger masih memerlukan undian korang untuk menetapkan rekaan dan warna pilihan majoriti untuk baju rasmi ahli Sahabat Blogger nanti. 


antara rekaan tersebut adalah : 












jadi, kepada mana2 ahli Sahabat Blogger yang berhajat nak undi baju mana yang mungkin menjadi baju rasmi Sahabat Blogger nanti.. jemput2 lah undi ye! jadi, kalau nak undi tu, mana2 ahli SB yang blom like fanpage SB meh sini like kat sini : 
Sahabat blogger Fanpage


then undi design & warna t-shirt rasmi yang korang PALING suka kat sini :
Shortlist senarai design & warna


kalau nak tengok contoh design yg along buat siap warna sampel.. meh kat sini ye.. =)





skarang dah ade m-pop dah! Kumpulan igulagula seksi weh!!!


ni lah antara anak2 melayu kite zaman sekarang.. =.=
bile semua bende luar nak ditiru... 
benda yang dilarang jadi biasa..
benda yang jijik dianggap seksi..

tak sanggup nak tengok..
ramai pulak penyokong diorang.. isk...
korang nilai lah sendiri kat sini : FB igulagula blog igulagula

perlu ke dedah sana dedah sini?
perlu ke gedik-gedik joget macam perempuan murahan?
perlu ke berhibur macam dah tak ada batasan?

geli aku tengok... 

pelok bear/patung time prektis boleh kasi feel up..

maaf.. tak tau nak tegur macamana lembut lagi..
harap diorang sedar.. =.=
takutnye dengan tanda-tanda akhir zaman macam ni.. 
kiamat dah dekat.... cepat2 lah kumpul bekalan..

Mengapa sembah Kaabah?




Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky.
lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.


‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."



maka terjawablah persoalan Jacky selama ini. 


dikongsi daripada fan page ini :


jangan mudah hatimu goyah
bila soalan datang menerjah
Tuhan yang satu Dialah Allah
sempurna alam dicipta sudah



Apasal la aku malas sembahyang? - si buta IT



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!


si buta I.T.


** ni puisi yang dibuat seorang teman atas sahutan beliau pada segmen hentam berpantun along tu. oleh sebab beliau tak mahu dikenali, dan taknak puisi ni dipertandingkan, maka along letakkan di sini sebagai ruang rujukan. Semoga kita sama2 mengambil pedoman daripada puisi ini.. insyaAllah..


"SEGMEN PENULIS SENJA TERAKHIR" oleh penulis kata II



yang ni along submit semata2 nak ingatkan kembali teman2 sekalian, supaya tak lemah atas ujian dan dugaan.
semoga kita hadapinya dengan tabah dan penuh hikmah.

maaf ye Penulis Senja, tak sempat dah nak tag 3 orang tu kawan along praktikal.. yang lain nak join silekan.. sempat kot malam ni.. =)





Kebenaran itu pedih..

lebih pedih bila ianya busuk..
lebih pedih bila ianya jijik..
lebih pedih bila ianya kotor..
lebih pedih bila ianya KAMU..

Kebenaran itu manis..

hanya jika ia berita baik..
hanya jika ia menguntungkanmu..
hanya jika ia menyanjung namamu..
hanya jika ia KEHENDAKMU..

andai kebenaran busuk yang kau dapat..

apa yang kau buat?

kau sorokkan dari orang lain..
kau nafikan kebenaran itu..
kau tipu mereka yg persoalkannya..
kau reka cerita baru..
kau berlagak seolah tiada apa yg berlaku..

sampai bila?

sampai bila mampu kau sorokkan?
sampai bila mampu kau nafikan?
sampai bila mampu kau tipu?
sampai bila mampu kau lakonkan?

andai kebenaran baik yang kau dapat..

apa yang kau buat?

kau jaja berita gembira itu..
kau perli mereka yang kecundang..
kau riak dengan kejayaan sementara itu..
kau takbur dengan berita itu..

sedarlah..

sebusuk mana berita itu..
sejijik mana berita itu..
sekotor mana berita itu..

adalah ujian daripada-Nya

agar kau lebih kuat menerima kenyataan..
agar kau lebih bersyukur dikala kau diberi nikmat..
agar kau lebih kerap mengingati-Nya..
agar kau lebih kerap berdoa memohon bantuan daripada-Nya..


sedarlah..
sebaik mana berita itu
sebanyak mana ia menguntungkanmu..
setinggi mana ia menyanjung namamu..

ia juga ujian daripada-Nya

adakah kau lemah tatkala menerima pujian?
adakah kau kufur mendapat keuntungan?
adakah kau hanyut dengan sanjungan?

fikirkanlah.. 
*segala yang baik terjadi berlaku atas kehendak-Nya..
*maka yang buruk berlaku atas pilihan salah dariku..

"SEGMEN PENULIS SENJA TERAKHIR" oleh penulis kata


Along join sebab nak kongsi, salah satu puisi yang penulis kata buat supaya kita sedar siapa diri kita sebenarnya sebelum membuat hukuman melulu kepada orang lain.

maaf ye Penulis Senja, tak sempat dah nak tag 3 orang tu kawan along praktikal.. yang lain nak join silekan.. sempat kot malam ni.. =)



diciptakan tanpa nafsu
berkhidmat menurut Tuhan  yang satu
setiap detik setiap waktu
tetap setia tak pernah jemu

Aku bukan malaikat

berhati suci tiada noda 
bebas daripada nafsu dan dosa
tak pernah timbul niat angkara
hidupnya aman tiada sengketa

Aku bukan malaikat

tak perlu berlakon tak perlu berpura
apa dibuat bersih niatnya
tanpa walau secebis dusta
taat perintah tetapan yang Esa

Aku cuma insan biasa

dicipta tuhan yang Maha Esa
daripada benih yang jijik dan hina
menjadi makhluk tuhan dewasa
di dunia hidup diuji sentiasa

Aku cuma insan biasa

seringkali lalai tak pernah sempurna
dalam meniti hidup manusia
sungguh lemah melawan rasa
terkadang tewas nafsu berkuasa

Aku cuma insan biasa

tidak punya sebarang kuasa
meramal perkara di awal masa
menjangka apa yang org rasa
agar bahagia mereka sentiasa

Aku cuma insan biasa

tidak punya sebarang kuasa
puaskan hati setiap manusia
tapi kucuba elakkan sengketa
namun terkadang terjadi jua

duhai teman duhai saudara
ampun maaf diriku meminta
atas silap dan juga dosa
yang telah, sedang dan mungkin tercipta


penulis kata




entry asal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...