teteman

Kebenaran itu pedih.. kan?


Kebenaran itu pedih..

lebih pedih bila ianya busuk..
lebih pedih bila ianya jijik..
lebih pedih bila ianya kotor..
lebih pedih bila ianya KAMU..

Kebenaran itu manis..

hanya jika ia berita baik..
hanya jika ia menguntungkanmu..
hanya jika ia menyanjung namamu..
hanya jika ia KEHENDAKMU..

andai kebenaran busuk yang kau dapat..

apa yang kau buat?

kau sorokkan dari orang lain..
kau nafikan kebenaran itu..
kau tipu mereka yg persoalkannya..
kau reka cerita baru..
kau berlagak seolah tiada apa yg berlaku..

sampai bila?

sampai bila mampu kau sorokkan?
sampai bila mampu kau nafikan?
sampai bila mampu kau tipu?
sampai bila mampu kau lakonkan?

andai kebenaran baik yang kau dapat..

apa yang kau buat?

kau jaja berita gembira itu..
kau perli mereka yang kecundang..
kau riak dengan kejayaan sementara itu..
kau takbur dengan berita itu..

sedarlah..

sebusuk mana berita itu..
sejijik mana berita itu..
sekotor mana berita itu..

adalah ujian daripada-Nya

agar kau lebih kuat menerima kenyataan..
agar kau lebih bersyukur dikala kau diberi nikmat..
agar kau lebih kerap mengingati-Nya..
agar kau lebih kerap berdoa memohon bantuan daripada-Nya..


sedarlah..
sebaik mana berita itu
sebanyak mana ia menguntungkanmu..
setinggi mana ia menyanjung namamu..

ia juga ujian daripada-Nya

adakah kau lemah tatkala menerima pujian?
adakah kau kufur mendapat keuntungan?
adakah kau hanyut dengan sanjungan?

fikirkanlah.. 

*segala yang baik terjadi berlaku atas kehendak-Nya..
*maka yang buruk berlaku atas pilihan salah dariku..



16 Response to Kebenaran itu pedih.. kan?

  1. benda yang buruk, bukan untuk disorokkan, tapi untuk dibaiki... benda yang kotor bukan untuk dikeji, tapi untuk dibersihkan....
    kalau kita tau perkara yang buruk tu ujian, kenapa tak cuba harungi, mintak tolong kawan2 yang ada kat sekeliling, mintak tolong kat tuhan..tuhan maha mendengar...member bersepah2 kat sebelah2 nak tolong, tinggal nak mintak tolong je

  2. atas sebab tu la kutitipkan ayat2 yg berikutnya..
    kerana ku tahu.. ku sedar.. ku faham.. terima kasih kawan..=)

  3. This comment has been removed by a blog administrator.
  4. This comment has been removed by the author.
  5. kebenaran mmg pedih
    tapi seburuk2 kebenaran, buruk lagi pembohongan

  6. agreed =)

  7. lebih dgn kebenaran wlupun pedih,pahit..kena telan juga~~asam garam hidup...^_^

  8. asam garam hidup ni lah yang mengajar kite menjadi matang.. =)

  9. Dol says:

    bagus sajak ni, peringatan utk diri sendiri agar tidak bangga, menyanjung-nyanjungkan sesuatu yang dianggap hebat serta jgn sesekali memperkotak-katikkan sesuatu yg dianggap remeh~ kerana yang hebat itu ada buruknya dan yang remeh itu ada kekuatannya. :) cayalah along. mendalam sajak ni~

  10. tak reti lagi guna bahasa berat2..

    ni jela yg melurut keluar mse tu.. thnx.. =)

  11. nice :D

  12. hakeem : thnx =)

  13. aku tak tau nak cakap cam ne. tapi kebenaran itu memberi impak dalam hidup kita. kebenaran/kenyataan hidup yup ujian dari-Nya.

  14. fuuh... soddappp betul... huhu.. terpana jap bace.. ehhee

  15. pahit mana pon kena terima jugak.. kan..

    yg pahit tu lah jadik pengajaran kat kita .. :)

  16. Unknown says:

    along nk berguru...

    erk best betol

    ajr den buat seloka long

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...