teteman

#2 Spontaneous Thursday - alongusop *kentut


"Kentut itu nikmat..


























jangan persiakannya..."

#6 2 Wordless Wednesday - alongusop *kuning1




entry rabu tanpa kata2.. sekadar gambar sahaja
 source : wordless wednesdayFB
sape lagi kuning? bagi link kat bawah

#6 Wordless Wednesday - alongusop *gurauan



entry rabu tanpa kata2.. sekadar gambar sahaja
 source : wordless wednesdayFB
sape lagi join? bagi link kat bawah
AinSyafiqaAzmi
HansPunyaBlog

TeratakCikAsfz

merintih


rintih si abu 
"Ali tu anak orang kaya, bapak die belikan ferrarri..aku ni anak gembala kerbau je.. 
nak dapat moto pon susah.."


ape yang Abu dapat dengan merintih sebegitu?
a : die dapat ferrarri daripada bapak Ali 
b : bapak Abu belikan moto untuk Abu
c : ferrari jatoh dari langit depan Abu
d : tibe-tibe ade orang hadiahkan motor kat Abu
e : "pathetic"





emak abah masa depan


pelik kan tengok pada tajuk?? haha.. bi bukan entry tentang mesin masa, tentang bomoh tilik nasib dan yang sewaktu dengannya. aku tak pernah percaya yang kita boleh pergi masa silam atau masa depan, sesungguhnya Allah maha kuasa, kalau dia kata jadi, maka jadilah. Tapi perkara ni tak mungkin berlaku, sebabnya, Allah dah cipta syurga neraka, untuk membalas amal ibadah atau perbuatan yang kita lakukan betul? Jadi apa gunanya kalau kita boleh balik ke masa silam? kalau tak faham sudah.. abaikan..

sebenarnya along nak cerita pasal satu topik yang dah dibuka oleh sorang makcik nih,

die ade post


maka.. along pon buat post baru...








*pendapat korang macam mana?
ada sebarang bantahan? penambahan? 

Khutbah Jumaat : pengenalan


Assalamualaikum,


menemui teman-teman penulis sekalian,


Majoriti kita maklum mengenai fenomena baru wordless wednesday, spontaneous thursday, dan mungkin ada banyak lagi hari-hari khusus untuk genre atau jenis entry yang dibuat oleh setiap blogger. Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari, along rasa, ada baiknya kita berkongsi sesuatu artikel yang dapat muhasabah diri kita dan rakan-rakan sambil berdakwah.


Jadi, wujudnya page ini adalah adalah untuk mengajak teman-teman blogger lelaki sekalian untuk sama-sama berkongsi entry ringkas tentang khutbah jumaat di masjid masing-masing.
Sambil-sambil kita berkongsi apa yang kita dengar, insyaAllah ilmu yang dikongsikan itu akan dapat memberi kebaikan kepada para pembaca blog kita kan.


Bagi blogger wanita atau blogger yang terlepas khutbah Jumaat, bolehlah berkongsi sebarang artikel berunsur dakwah, nasihat dan teguran. Yela, kan ramai blogger yang gemar berkongsi artikel-artikel berunsur dawah, teguran, nasihat, hadis dan sunah Rasulullah s.a.w.. Semoga ruangan ini jadi ruang rujukan teman-teman. Apa yang diharapkan, pada setiap hari Jumaat, akan ada link artikel yang berunsur dakwah dikongsikan di wall page ini


Tidak kira bagaimana post yang dibuat, dalam bentuk apa pun, dalam gaya bahasa bagaimana sekalipun, kami sentiasa alu-alukan sebarang hasil perkongsian daripada penulis sekalian.  


Semoga kita dapat sama-sama berkongsi ilmu antara kita.
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London


entry contest. ye laa.. aku takde idea nak buat entry best2 macam korang... asek2 contest.. asek2 blogosphere.. asek2 segmen.. mahap ye kengkawan.. hahah.. harini ade ole-ole-ole yang nak diberi oleh incek Ady Budiyangbaikdikenangjua eh silap.. Ady Budika. ahah.. jangan marah.. =p


nak join?.. klik kat header bawah ni.. 


*siyes... along rase, ni lah 1st time along letak link kat gambar.. 
baru hari ni tau cemane.. noobnyer diri terasa..


Macam mana jumpe dan kenal diri beliau? takdir menemukan kami, semasa along tengh angau nak bercangkerama dengan uncle Zulfikar buat cerita yang tak akan wujud dalam dunia menjadi sangat hidup sampai kitorang er.. jadi mak hayam.. lalu muncul la Ady budika yang tak semena-mena nyaris nyaris kene rogol... dalam kisah perbalahan mak hayam yang hot giler tu lah... PCM pon sempat terjah.. tapi sekejap je.. pastu die larik.. ish3...




nak flashback??.. tekan >>sini<< 




*okeh.. dah buat entry join.. tak sabar nak buat entry penghargaan bile dapat ole-ole dari Ady nanti.. ;)

Mat Gebu mengamuk! pecah batu die tumbuk


hah ngko hamek.. 
ade sape sape brani kacau PCM?.. nak try kuat tak kuat nye die nih, sampai pecah batu die tumbuk tadi..
perghh.. memang urat dawai otot konkrit jela mampu tumbuk batu sampai pecah ni kan..
kesian aku tengok kat batu tu.. abes terkeluar isik2 die kene tumbuk dengan PCM...


gambar mangsa...




oh... tu metafora je... gambar sebenar ade kat bawah...






































































ish3... kesian batu tu...jadi mangsa keganasan PCM... =.=


*cepat2 la PCM pegi beli baru ye..  :P

#1 Spontaneous Thursday - alongusop


dengan spontannye aku cilok post ni dekat sb..
dengan spontannye aku buat entry.
tak kire pon peraturan sebenar spontan spontan ni..



Ammar Rusydi :
weh ko jd follower aku ke 122 eh? 

aku plak follower ko yg ke 122.. adesss.. cmne leh same nie.. haha
5 minutes ago · Unlike · 2 people


Milo Ais Tabur :
a ah ak pn prasan..rasa lawak je..hihi

4 minutes ago · Like · 1 person


Ammar Rusydi :
takdir menentukan, pasrah segalanya.. LOL

4 minutes ago · Like

Yusuf Rosli :
setel..

aku follower ke 123
korang 2 2 skali.. hahahaha
santek btol no nih.. ;0
12 minutes ago · Like






*kecik je dunia ni, kadang2 kite sendiri tak jangka boleh jumpe kawan lama kita sendiri kat alam maya.
**jumpe Norden, member kamceng skolah rendah dulu kat dalam blog Faizal Harnis
**jumpe Ishak member matrik dulu sebab kak Adish Shida bgtau

**jumpe Adwa budak fakulti aku.. siyes aku baru tau.. padahal dah bape lame satu fak.. =.=

jalan mati


dalam perjalanan ini
kini sampai ke jalan mati
sedang yang lain memecut ke destinasi
kau sesat seorang diri
dalam laluan yang kau buat sendiri
apa kau nak buat kini?
jalan lain baru kau nak cari?
tapi siapa yang sudi?
tolong orang sesat yang tinggi diri?
bodoh sombong tak sedar diri.
kau ingat orang nak peduli?
dulu orang nasihat, kau tuli
jangan buat itu ini 
tapi tu jugak yang kau cari
sekarang kau dah sesat sampai sini
baru lah kau sedar, tinggi rendah langit bumi.

kawan, mari sini,
aku nak pesan, tu pon kalau kau sudi
carilah simpang yang baru biarpun berjalan kaki
perjalanan kau bukan setakat disini
pasti akan ada jalan baru, tuhan akan bagi
tapi kau kena lah sedar diri
jangan benda lama kau buat lagi
kalau tak ubah nanti,
bagi jalan mane pon, mesti sesat lagi.
jadikan semua ni pengingat diri
ubah pemikiran, cuba kawal diri
guna akal iman yang tuhan dah beri
insyaAllah, semuanya akan baik kemudian hari
kalau kau ikhlas nak ubah nak kembali
kena lah bersungguh-sungguh jangan mudah berhenti
jangan cepat mengeluh, itu bukan solusi
usaha kena jalan, doa ibadat tak boleh berhenti
doa usaha ikhtiar tawakal, tu 'duit' tambang ke destinasi

semoga berjaya mencari
walau jauh mana destinasi
walau jalan mana yang dah kau tempuhi
walau banyak mana pun masa yang kau dah rugi
ingatlah Allah sentiasa di sisi
Raqib Atid ada kanan kiri
mak ayah dah banyak korban itu ini
ingatlah.. jangan sesat lagi..


penulis kata

#5 Wordless Wednesday - alongusop




 entry rabu tanpa kata2.. sekadar gambar sahaja
 source : wordless wednesday. FB
sape lagi join? bagi link kat bawah

hipokrit


dulu lidah manis janji manifesto seteguh kokrit
nak kongsi suka duka pedih perit
kasih sejati abadi walaupon takde duit
tak kisah ape orang kate walaupon semuanya pahit
oh dem.. kata-katamu sungguh sweet
terhayun kejap dengan setiap bait
tak lama kau tahan ikrar janji... chaiitttt
godaan datang kiri kanan semua kau nak kait
hukum tuhan halal haram kau campak dalam parit
memang........ hipokrit


*gambar hiasan dari sini


*sekadar memeriahkan topik perbualan
bukan luahan hati perasaan

Jom Jualbeli pantun - Gejala Sosial


ini sticky post!! entry baru ade kat bawah


Salam semua.. along ade stok baru pantun nak jual ni. harap-harap ada yang sudi nak beli.
em.. tapi kalau ada yang nak beli pantun ibu, boleh rujuk sini. cuma kali ni along nak sentuh isu berat sikit. oke.. pendekkan intro, terus ke isi.. 

Selamat Hari Bapa, Abah..


dia ayahku suami ibuku
pendidik agama jalan hidupku
waktu bergurau tak henti tawaku
berbalas geletek nak menang tak mampu


hidup tak mewah bersederhana
tinggallah kami di Felda sahaja
aman di kampung berjiran tetangga
kerjamu "Jaga" kau tetap raja


hujung minggu semua kau kerah
bergotong royong bersihkan rumah
perabot rumah habis dipindah
rumah berseri terbalas lelah


rajin dirimu minat bertukang
besarnya reban kau bina di belakang
ayam itik arnab duduk bersarang
angsa dan merpati pon pernah bertandang


belum pun kami bersekolah rendah
diajar mukadam oleh mak abah
terkenang si angah diajar abah
menangis berhingus tak sudah-sudah


jauh kau bawa di cuti sekolah
Port dickson, Melaka, Sagil pon pernah
bahagia terasa kenangan indah
rindu terasa zaman yang sudah


teringat sekolah di darjah enamku
tinggi harapmu pada diriku
sasar lima 'A' hadiah dah tunggu
tapi kecewa sebab kurang satu


waktu keputusan ku tunduk malu
balik ke rumah hatiku pilu
kau cuma diam terus membisu
kau keluar rumah, nak ikut ku malu


tinggallah aku bersama emak
mengadu nasib, takutkan abah
hadiah dijanji aku dah tak nak
tak duduk diam, hatiku gundah


lewat petangnya kau tiba dirumah
kulihat angah tersenyum girang
baru kutahu kau bawa hadiah
lembut hatimu walaupun garang


sulit hidupmu sebagai Abah
pada diriku adik dan angah
keras perihmu kau tetap tabah
kental jiwamu menangis tak pernah


besar bebanmu sebagai abah
mendidik menyara kami serumah
sayang kasihmu takkan berubah
ampunkan aku atas silap salah


Selamat Hari Bapa, Abah..




tak dipedulikan?


Penat dah. penat aku nengok kat wall group blogger kat fb nuh, punye la ramai kawan2 yang ade kat situ,
pastu post buat ayat2 nada sedih, tacing

"bile orang femes post, sume nak layan, newbie cam aku ni sape nak layan??"

"yelah, aku newbie, sape la aku kan.."
"aku bukan sape-sape, takde orang kenal.. "
"takbest la kat sini, korang sombong!tak layan aku pon!"


makin ramai yang rae tersisih pastu buat ayat tacing pasal orang tak layan... ni contoh kecik je ni, aku sendiri pon slalu je kene..

  • buat post orang tak komen
  • geng lame buat gath tak roger
  • member lame ade topik best, tapi tak ajak borak

tapi tu sume bende biase la dalam hidup..kite ada kehidupan masing-masing
bukan nak mengadap kawan kite yang satu ni je..masing2 ade famly, ade kawan2 lain nak dilayan..ade kroni-kroni dari cabang lain nak ditegur.. kan??


jadi, kalau terlepas pandang tak terlayan member tu memang adat la..
cume mase kite ingat kat membe kite, tegur la, tayah sombong ngan orang..
sama-sama ingat kawan, tak boleh la asyik nak harap orang tegur kita.. k?
rasa macam dah buat entry pasal nih banyak kali dah... latest pasal Along di SB kot...hmm...



kuatkan hati jangan mengeluh
bila sendiri tidak ditegur
kawan bersuka berpuluh-puluh
teman sejati tak pernah gugur

dalam berkawan sesama insan
kita tak lari dari kesilapan
andai terabai tolong ingatkan
sekadar sibuk bukan melupakan


selagi boleh cuba elakkan
meminggir diri daripada teman
rajinkan diri melayan rakan
kalau teringin sangat dilayan


yang bulat tak datang bergolek
yang pipih tak datang melayang
tak ditegur jangan kau pelik
kalau sendiri tak tegur orang


dalam sendiri bila terabai
luangkan masa muhasabah diri
Dia di sana tak pernah lalai
panjatkan doa bersihkan diri




*cukuplah tu kot.. bebel panjang pon... 
bukan semua bace ape aku tulis nih.. kan?.. hmm..

duhai gadis permata dunia..


pagi tadi.. tengah sibuk2 ping entry kat group blog, terbace salah satu puisi yang baru di ping kan oleh
seorang kakak, sahabat, guru, ustazah yang tak pernah sunyi dengan usaha beliau mengajar adik2 
dalam bentuk dan cara beliau sendiri. Puisi, dan drama yang beliau selitkan kat blog beliau tak pernah sunyi daripada teguran dan didikan halus yang berkesan. dan yang baru ni, puisi beliau. selamat berkongsi :)




Satu dalam berjuta


Wahai wanita
Jadikan dirimu
Yang terindah
Antara yang terindah


Santun akhlakmu biar terjaga
Tutur bicaramu biar terpelihara
Aurat mahkotamu biar tersimpan rapi
Peribadi dirimu biar terhias iman


Walaupun mungkin
Kau akan jadi yang terasing
Berbeza dan tidak sama
Namun dirimu bernilai
Sebutir mutiara indah
Satu dalam berjuta


laman asal


kak sunah menegur, lembut dalam puisi
teman sejantina, muga dapat kongsi
ilmu takkan gugur, takkan juga basi
manfaat akal iman, yang dah Tuhan beri


ringkas tapi padu, dalam mengingatkan
kata nasihatmu, untuk teman-teman
jangan kamu malu, untuk memulakan
sama ganding bahu, buat perubahan






**kalau korang perasan, seloka along baru2 ni ayat die panjang2 kan.. tu sebab along buat gaye dikir barat

Zine Satu Malam : Kartun


Menyahut cabaran geng Zine Satu Malam untuk buat artikel tentang kartun kegemaran, maka  aku pon buat lah seloka pendek ni. Mua-mula macam malas nak buat tapi, tiba-tiba terrajin pulak. Sorrylah kalau tak best. Tapi, dah alang-alang korang terbuka bahagian ni, baca je la sampai habis ye... sile2..


Jepun ada Otromen, Kamen raider, Sailormoon
Amarika ada Superman, Batman, sebutkan
Kita ada Adiwira, tak gentar dikerumun
depan belakang kiri kanan, musuh dikalahkan


duduk rumah sakit jiwa, makan suap berak cangkung
malam-malam dia keluar, jaga kota bandaraya
dalam sengal-sengal ubi, gila mintak pelangkung
tapi hati ada taman, air pancut bungaraya


standard cerita ada hero, sidekick mesti ada
nak bagi cerita best, tak bosan orang tengok
datang sorang tawar diri, nak ikut meronda
hati sama-sama murni, kepala pon tak bongok


itu dia hero kita, Borhan si Keluangman
dengan sidekick gila dia, itu Tiongman
name skema tahap dewa, nak canggih tambah je "-man"
tapi hati murni gila, kalahkan yang siuman


cakap lebih pon tak guna, jom layan lagu tema
korang search lah sendiri, kat youtube kan ada
aku bagi lirik saje, boleh nyanyi sama-sama
piching lari pon tak apa, kiri kanan orang takda


--Lirik OST KeluangMan--


--Keluang Man - Krisya--


Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yg tiada upaya


Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara
Dialah satria


Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia


Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera


Keluang man 3x




*oh.. poster ni sangat ohsemmm...... 
*oh aku gune ejaan penuh ka?.. =p

Segmen Blogger Kental


lame dah tak join segmen2 kontes2 nih.. tetibe malam ni jumpe satu segmen cambest lak kan..
simple plak tuh.. tak membebankan line tenet yang tengah kemut tahap sembelet doblas minggu..
fuhhh... em.. kalau korang pon nak join.. meh klik kat >>sini<<

kata-kata kental:
Kalau tak kental takde lah sampai 300 entry dah publish dalam blog nih.
Okey, ade antara korang lagi banyak?.. So?..

Antara pemenang segmen seloka - CikDuyung


Segmen berpantun pernah ku buka 
tak lama dulu untuk semua
pantun dibuatnya amat ku suka
antara lima terpilih jua



Cik Duyung itu nama fantasi
nama pena di alam maya
siap fan page blog ada kat sini
kalau sudi sile lah "like" ya


terjah CikDuyung berpantun seloka
diajak daku berlawan bicara
antara butir dan tutur kata
alam blogger punya ceritera


Dua bulan kutangguh janji
seloka khusus untuk pemenang
maafkan along terlalu bizi
perbagai program tak henti datang

internet slow loading blog berat

review dibuat tergaru-garu
comel sungguh header dibuat
along pon jeles tak terer nak tiru


nak tempek header along tak dapat
dah kene kunci dengan cik duyung
nak printscreen kang upload pulak lambat
salahkan brokbeng lembab ngalahkan dugung


setakat ini review ku mampu
malas nak cerita panjang berjela
kalau korang teringin sangat nak tahu
link along dah bagi dah tekan jela 



#4 Wordless Wednesday - alongusop




 : etry rabu tanpa kata2.. gambar sahaja
sape lagi join? bagi link kat bawah
CikPulau
Zana

mengapa kau ragu


mengapa kau ragu
kasihku untukmu
mengapa kau ragu
setiaku untukmu
mengapa kau ragu
ku tunggu dirimu
mengapa kau ragu
kumahu hanya kamu


mereka tahu
aku beritahu
engkau tahu
semua akan tahu


itu impian aku





*shhhhhhhhhhh... kite-kite aje...

blajar nombor jap.. hmmm


pelan2 kayuh... akhernya.. dah capai pon nombor nih..
apepon.. tanpe korang sume.. 
takkan cukup 1234 orang yang sudi klik button follow kat atas tuh..
thanx korang!.. :)


tapikan.. sape ek yang pegang no btuah tu??...
along puas nak jengah.. tak lepas.. =.=
tenet selow sangat.. huhuhkk...

fuh3... tadi kak Adish Shida roger...
blogger bertuah yang ke 1234 tu adalah Mrs Farman nih.. =p
thnx.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...