penat yang bakal bertambah
penat? harus. wajib. balik pukul 8, sebab uruskan penutupan till dan tukar shift.
sampai bilik penat, kalau tak ada urusan, mesti dah terbungkang atas katil sampai petang.
kalau mata celik, mesti online sampai ngantuk. tido. solat pon hujung waktu.
tup tup dah pukul tujuh balik. dah kena masuk next shift.
wah.. penat. harap-harap tak ada tolak gaji. sebab gaji asal pon tak banyak mana.
sebelah hati sudah pergi. salah aku. tak jaga elok-elok. padan muka aku.
minggu ni, minggu meratap. bagus. setiap lagu jiwang aku dengar, aku sentap sendiri.
ibaratnya, semua isinya tertuju padaku, atas kisah aku.
setiap bait ayat liriknya aku faham, aku rasa aku jahat, bodoh.
teruknya aku, hingga hati itu kini tak mahu toleh ke belakang,
teruknya aku, hingga hati itu tak mahu kembali
riang aku menemui teman-teman, itu yang mereka nampak
pedih aku dalam hati, hanya segelintir yang dapat tangkap.
semoga jalan baru yang dipilih, adalah lebih baik daripada jalan busuk bersamaku.
semoga jalan itu, mengajar aku, tidak menjadi sampah seperti itu lagi.
aku cuma mampu berharap, berdoa, dan bermimpi
perlu berubah, itu mesti aku buat.
semoga hari "nanti" akan menjadi realiti di suatu hari.
semoga aku mampu menjadi lelaki yang layak untuk itu.