teteman

Alahai Menantu masuk Festival Teater Selangor


Alhamdulillah, produksi kali ini mendapat sambutan baik daripada para alumni. Beruntung adik-adik Kelab Teater Rimba dapat join team produksi dengan diorang. dan malam ni, hasil segala persiapan akan dipertaruhkan di Panggung Percubaan UPM Serdang. Selamat Menonton!



sedutan babak


tak puas tengok? gledah kat sini
nak lagi puas datang tonton show kami

untuk maklumat lanjut : rujuk sini


tengok tau jangan tak tengok!


Teater Komedi Dialek Alahai Menantu


Kelab Teater Rimba kembali beraksi
pada 31 Mei ini, di Panggung Seni, UKM
jam 8.30 malam

#AlahaiMenantu merupakan sebuah persembahan Komedi Dialek yang menggunakan dialek Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Jawa dan Minang.



Sinopsis

Pak Usop dan Mak Bibah tinggal sendirian semenjak anak bujang mereka melanjutkan pengajian di London. Setelah sekian lama menyepi, tiba-tiba anak mereka Judin mengutuskan surat dari London menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung. Namun, Judin menyatakan dia tidak pulang sendirian. Isteri yang baru dikahwini ketika di London akan ikut bersama. Bagaimanakah mereka menerima hakikat ini? Apakah menantu mereka itu mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung? Bagaimana pula reaksi orang kampung dengan berita ini? Sama-sama kita saksikan!

Arahan: Nuex Rosli dan Yusuf Rosli


Senarai Pelakon:

Pak Usop - Yusuf Rosli
Mak Bibah - Cagalli Psychedelic
Judin - Saiful Islam
Mary - Jessica Azure

PakLang Amer - Nohman Isa
Mak Kiah - Ain Syakirah
Normah - Siti Norain Zanowi

Dolah - Pangeran Lautan
Budin - Put Marley
Sudin - Syahmi Elias
Peah - Balqish Manap
Bella - Are-sooy Ziziey Hyowai

Penampilan Istimewa
Tok Kadi - MohdDiani Kancil (Bung)


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi

wahab
0127935618
faqiha
0145165024



Jangan Tinggalkan - Zharif Salehudin ft Nana Hassan (lirik)





di malam ini
aku sepi sendiri
dari kamar yang sunyi
aku teguh berdiri
mengharapkan rembulan
kan datang menyinari
menghanyutkan simpati

sedalam rindu
engkau takkan mengerti
betapanya ku ingin
kasihmu di hati
setitis airmata
jatuh terus ke bumi
mengharap kau kembali

jangan kau tinggalkan aku
akan hancur hatiku
akan teringatkan dirimu
hanya kerna kau yang begitu sempurna
hanya kerna kaulah cintaku

kucuba lupakan kamu
tetapku kan merindu 
setiap detik bersamamu
ku doa kau kan bahagia selalu
walau tiada ku di sampingmu

terjaga aku dari sebuah mimpi
mimpi yang sering hadir
setelah engkau pergi

wajahmu ku terbayang
suaramu yang terawang
dirimu yang ku sayang

melayang

tak mungkin 
tak mungkin
akudapat bersamamu

tak akan
tak akan 
kau kembali kepadaku

kubiar
kau berlalu
kerna apalah dayaku

oh mengertilah

maaf ku tinggalkan kamu
tapi bukan niatku 
langkah terus pergi berlalu
tuk tinggal kau yang begitu sempurna

hanya kerna kaulah cintaku

kucuba lupakan kamu (kamu)
tetapku kan merindu
setiap detik bersamamu
ku doa kau kan bahagia selalu
walau tiadaku di sampingmu

jangan kau tinggalkan aku
akan hancur hatiku
akan teringatkan dirimu 
hanya kau yang begitu sempurna

hanya kerna kaulah cintaku

sayangku



penyanyi - zharif salehudin & nana hassan
komposer - nana hassan & ekey najlyn
lirik/lagu - nana hassan & ekey najlyn




Bergerak atas


Aku dah gerak atas
Mudah lidah mengucap tangkas
Saat hati masih berbekas
Memori lama melekat keras

Aku dah gerak atas
Ayat diungkap mohon dilepas
Soalan teman datang melemas
Bila terungkit tentang si bekas

Namun diriku terasa kebas
Tika berdepan dengan si bekas
Entah bila dapat kulepas
Rasa yang pernah hatiku ramas

Bagaimana ingin bergerak atas?
Kalau bayangnya berlegar bebas
Datang dan pergi buatku rimas
Rindu padanya buatku lemas

Mana arahku bergerak atas?
Tanpa dahan berpaut kemas
Tanganku licin tiada beralas
Melurut turun ke dahan berbekas

Aku ingin bergerak atas
Namun perlahan aku tertewas
Tersepit dalam deduri ganas
Sampai bila terusku tumpas?

Mampukah aku bergerak atas?
Atau aku tak perlu ke atas?
Namun tak mudah aku memangkas
Dedahan lepas yang tumbuh keras

Duhai dikau yang sudah di atas
Mohon diizin tangan dilepas
Mungkin puncakku bukan di atas
Pohon yang lama harusku lepas

Walau tangan masih berbekas
Dengan memori genggaman kemas
Semoga terpadam garisan jelas
Di pohon baru ku gerak atas

Pohon baru masih bertunas
Akan ku tunggu tumbuhmu keras
Akan ku latih genggamku kemas
Agar capaiku nanti tak lepas

Saat itu, aku di atas

Penulis kata

guru, jangan jadi pelita yang tertutup


PELITA GELAP

lampu pelita bertutup legap
mata melihat ditutup rapat
dah la sombong tak boleh harap
murid belajar ape pun tak dapat



guru

mulia tugasmu 
menyusun corak baris warna dunia
untuk tatapan insan penagih ilmu

agar kenal garis bengkok dan lurus
agar kenal warna gelap dan terang
agar kenal fitnah dan sahih

pilihannya pada acuan yang kau bentukkan

insan muda ini
mungkin jadi pelukis
mungkin juga jadi kudis
mungkin jadi guru
mungkin juga jadi peniru
mungkin jadi pemimpin
mungkin juga jadi macai kempen

pilihannya pada acuan yang kau bentukkan

siapa guru

adakah hanya layak digelar kepada 
pencoret papan dengan kapur putih?
penghadap murid tak kenal letih?
atau siapa-siapa yang kita rasa boleh?

siapa pun kau

tugasmu jelas
cuma kadang tercemar rasa malas
niatmu ikhlas
cuma kadang ditutup tindak keras
ajarmu melimpah
cuma kadang ditutup nafsu amarah

dan sepertimana pisang setandan
ada buruk ada cantik
golonganmu tak semua ikhlas mendidik

jadi pelita bertutup gelap
mata melihat kau tutup rapat

jangan jadi ketam
anakmu kan jalan mengiring
jadilah hering
anakmu kan jadi pejuang pesaing




penulis kata

bagaimana aku yang salah?


cuba kau jawab
bagaimana aku yang salah?

kuakui ramai yang singgah
tapi belum sempat terbina rumah
perlahan pergi kaki melangkah
apakah, dimanakah, bagaimanakah aku salah?

mungkinkah tanpa harta
gayaku tak ikut semasa
caraku tak padan mereka
tingkahku memalukan dia?

saat awal tumbuh perasaan
mesra hubungan senyum menawan
makan mandi tidur berangan
menanti tarikh bila disatukan

kalau cinta itu sejati
kalau cinta itu pasti
kalau cinta itu mesti
mengapa tidak dibawa mati?

bosan itu alasan
sunyi juga alasan
sedang dulu kau boleh layan
gayut berejam tak ingat makan

sedang aku resah gelisah
ingin bertegur kau buat tak endah
bila bertegur kau cepat nak sudah
lalu ku senyap kau kata aku salah

cuba kau jawab
bagaimana aku yang salah?

saat kata putus kau pinta
hati remuk dihentam berita
sedang tangan ku bawa bunga
hancur berderai ku genggam jua

lama ku fikir mana silapku
akhirnya balik tertuju padamu
lama ku ambil melupakanmu
mujur ada teman sediakan bahu

dan bila aku bahagia sendiri
sibukkan diri ke sana ke mari
limpahkan minat seni pada yang sudi
tiba-tiba kau tegur hiriskan duri

apa mahumu aku tak tahu
rosakkan hidupku itu kesukaanmu?
apa salahku pada dirimu?
sehingga kau kejam menghina diriku

cuba kau jawab
bagaimana aku yang salah?


Penulis kata

kalau hati sudah bertaut





kalau hati sudah bertaut
namun peluang tidak kurebut
bukan bermakna aku pengecut
pada rasa yang mungkin bersahut

cuma

ini cara aku
menjaga rasa suci bak salju
tanpa perkara yang tidak perlu
insyaAllah jodoh pasti bersatu.


penulis kata


sebagai ungkapan balas puisi indah Rachmat Hidayat dalam puisinya berjudul:
Untuk Seseorang

"Lagi, kau datang lagi membingkai cantik hariku yang kusut. Entah, kau selalu saja tahu kapan diriku dirambat sepi, dan tiba-tiba kamu masuk di sela-sela keheningan tak bertuan.

Bodoh, aku suka kamu, bodoh. Iya sih, mata kita memang jarang saling memandang, kuping kita juga jarang saling mengerti, tetapi ada sesuatu yang kau ikat dalam tubuhku, sesuatu yang kau simpul manis membuatku tersipu kaku."

baca lagi





Kekasihku kaca



Segumpal daging bernama hati
mencari teman pengibur diri
dikala sedih bahu diberi
dikala suka sama berkongsi

Saat suka mula berbalas
hati berbunga senyumnya jelas
masa terluang bayang melintas
asyik terkenang tak mahu lepas

Semakin lama semakin rapat
hati bertaut semakin erat
cinta bersemi semakin pekat
terasa syurga semakin dekat

Sedang asmara kian membara
ribut mendatang menghempas jiwa
timbang dan rasa bertukar gempa
tangan dan kaki ringan ke muka

Di mana janji kasih setia
berkongsi sedih suka dan duka
belum pun nikah sudah tersiksa
korban ditabur semuanya lupa

Di mana letak nilai dirimu
kekasih kaca atau permata
kalau permata harga tetapmu
jangan berlagak seperti kaca

Kekasih kaca atau permata
engkau yang pilih engkau yang rasa
untung dikongsi bersama-sama
cela dicanai padam semua


Penulis kata

Bintang Mencari Bintang minggu 1



Hyep! Assalamualaikum semua..

Agak lame jugak along tak membebel dalam blog ni rasenye.
Mungkin ade yang dah tak ikut blog cipisan macam along ni. Berbalik kepada tajuk, along tertearik dengan satu rancangan realiti baru ni, Bintang Mencari Bintang. Kalau dulu ada One In A Million, Akedemi Fantasia, Mentor, Audition, Pilih Kasih, Raja Lawak, Maharaja lawak, semua dengan misi masing-masing mencari bakat untuk diketengahkan dalam bidang nyanyian, lakonan dan sketsa. Tapi yang BMB ni pulak cari yang boleh buat sketsa lawak DAN boleh menyanyi. Susah nak cari orang yang ade pakej macam ni, setakat ni Jozan, dengan Sepah je yang ade semua tu.

Along pun sebenarnye teringin jugak pergi audition skali dengan teman-teman seperjuanga dari program ProjekAktor di Putrajaya dulu, tapi along sedar, suare along tak cukup takat lagi untuk menyanyi, jadi, along terpaksa batalkan hajat tu. Tapi ade la sorang dua kenalan yang lulus ujibakat tu, alhamdulillah. Rezeki diorang. 
Kenapa Senario dipilih jadi Sifu?
Memang tak dinafikan, mereka suatu masa dulu pernah jadi fenomena lawak negara, sampai keluar banyak filem atas nama mereka. Tapi sekarang, kite sendiri boleh tengok prestasi lawak mereka dah 'basi' dan tenggelam dengan pelawak-pelawak baru dan otai-otai lain yang masih berbisa macam Jozan, Sepah, Boboi, Osbon dan lain-lain. Kalau lawak mereka sendiri pun tak laku, macamana mereka nak bimbing orang baru untuk melawak?

Tak bantah FBI jadi Sifu.
Walaupun FBI bukan asalnya dari pelawak, tapi dia punya pakej penghibur yang boleh melawak dan menyanyi. Korang sendiri boleh dengar bagaimana dia mengacarakan majlis dan radio, bagaimana dia parodi kan lagu kan? Tak perlu banyak cerita, kita tau dia mampu.

Sokong Afdlin, Harun Salim Bachik, Sabri Yunus jadi Sifu.
Tak perlu cakap banyak. semua dah tau berapa lama diorang bertapak dalam industri hiburan, betapa hebat dan "otai"nye diorang.
Cadangan Sifu lain?
Tapi kan, kalau ada sifu lain yang sama-sama meriahkan lagi program ni mesti lagi gempak kan? Bayangkan kalau Jozan, Sepah,Osbon, Adlin AR, AR Badul, Abon, dan otai-otai lain turut turun padang.. mesti meletop-letop idea para peserta nanti. Tak rugi pun jemput diorang. Peserta mantap, penonton hadap, rating meluap, penganjur jugak yang sedap. hahah..
Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang:
1. Sifu: Sabri Yunus
M1 Titan: Azizul Ammar Abu Hassan & Fazlisham Mat Hussin
M2
Bog Too: Nor Alif Mohd Mokhtar & Mohamad Shafiq Raside
2. Sifu: Raja Azura
M1 Awok: Filzah Azmi & Nurul Ain Othman
M2
Kelawak: Syed Atiq Wan Long & Muhd Maaruf Zamani
3. Sifu: Afdlin Shauki
M1 Bocik: Mohd Fadlie Mohd Nizam & Syed Umar Mokhtar
M2
Bowl: Mohd Danial Lee & Syed Ali Mubarak
4. Sifu: Faizal Ismail
M1 Tapaw: Mohd Shahrizal Sulaiman & Khairul Faiz Sulaiman
M2
Ajo: Wan Azrul Azizan
5. Sifu: Harun Salim Bachik
M1 Achey: Mohd Nasir Hamzah
M2
Xoxo: Mohd Hazwan Azani & Hazmeer Hassan
6. Sifu: Kumpulan Senario
M1 Tocai: Mohamad Tarmizi Mustafa & Mohd Faizal Mat Saat
M2
Gegau: Mohd Saffuan Samsuddin & Faizal Ibrahim


Along tak sempat tengok live BMB haritu, tengok pon kat tonton.my je, tapi setakat yang along tengok,
TITAN dah agak selesa dengan pentas, lawaknye ade, kadang2 punch tak kuat. tapi nyanyi sedap dah.
AWOK bab lawak die tak kuat, taktau tang mane yang silap. tapi bile nyanyi nauzubillah.. terbang serban pak aji
BOCIK pon dah selesa dengan pentas, lawak ade, punch tak firm.. nyanyi sedap dah..
TAPAW lagi la, pernah masuk raja lawak kan? haha.. cuma jangan selesa sangat la
TOCAI ni pulak macam segan-segan lagi, tapi kite tak tau macamane die perform nanti..
ACHEY memang best! along minat die ni sejak tertengok audition lagi. orang Segamat oke! haha
itu setakat yang along sempat tengok la, lagi separuh peserta akan dipentaskan minggu depan, so, minggu depan la komennye yep.. InsyaALlah.. minggu ni sorang member dah perform, minggu depan member lagi sorang pulak. tak sabar nak tengok sifu teater atas pentas dalam tv nanti.. hahah!



TARIQ AS-SADIQ




TARIQ AS-SADIQ 


Bingung , aku bingung 

Dimana silapnya cintaku padamu 

Bertahun aku mencarimu 

Sejak celik mataku 

melihat kuasa cintamu 

pada alam yang kau ciptakan 

pada makhluk yang kau hidupkan 

pada rezeki yang kau limpahkan 

pada segala yang kau tetapkan. 



Aku hanyut mencintaimu 

Tanpa soal, aku turut perintahmu 

Tanpa guru, aku belajar mengenalimu 

Tanpa ragu, aku kejar kasih sayangmu 



Hingga sekarang 

Aku terdampar di pulau yang kosong 

Tak berpenghuni. 



Kini aku merasakan kau seolah-olah bersembunyi dariku 

Namun aku tetap tegar mencarimu 

Dan perlahan-lahan 

Mindaku berkecamuk 

Bingung , geram , resah , gelisah 

Sunyi, 

kerana erti hidupku ini terlalu kosong 

Kosong 

seperti orang buta 

Yang cuba mencari arah 

Di tengah-tengah pulau nan sepi 

Ke mana hendak ku pergi?

Apa perluku di sini?

bagaimana ingin ku teruskan hidup begini? 

Segala macam persoalan membiak menyesakkan mindaku. 


Dimana kau 

Saat aku memerlukan cahaya 

Dalam hitam pekat kekosonganku ini 




Matinya hati



melalui hujung-hujung waktu
aku bangkit dari hidup
melihat karenah manusia
hingar bingar

pekak menebali hidup
menonton manusia sugul
mencari arah entah kemana
selamanya entah kemana

kerana bungkusan hati busuk
meluruh menjadi hati senja

menanti terbit mentari pagi
ah! manusia kini bukan manusia

ada tangan tetapi kudung
ada kaki tetapi tempang
ada mulut tetapi bisu
ada telinga tetapi tuli
ada mata tetapi buta
ada hati tetapi mati

tololnya berlari memijak duri
tetapi sombong berkaki ayam
lantas luka semakin dalam
bisa membiak memakan diri




penulis kata



Mandilah sebelum dimandikan



Mandilah sebelum dimandikan.

Mandi itu suatu proses membersihkan diri.
Kita mandi untuk buang daki dan peluh yang terhasil saat kita tidur malam.
Kita mandi untuk buang kotoran yang hinggap setelah seharian terdedah dengan alam.
Kita mandi untuk buang bau badan luar dan dalam.

Kita berus gigi untuk bunuh kuman dan bau mulut.
Kita bersyampu untuk cantikkan dan jaga rambut.
Kita bersabun untuk buang bau badan dan jaga kulit daripada berlumut.

Mandi buat kita segar.
Mandi buat kita wangi.
Mandi buat kita yakin.
Mandi buat kita suci.

Dan mandi bukan hanya untuk tubuh badan sahaja.
Iman kita, akhlak kita, amalan kita, akidah kita, hati kita, juga perlu mandi.

Sedar atau tak, kita terdedah dengan bermacam-macam "kotoran".
Dan dek kerana ramai yang dah terlalu lama terdedah, mereka jadi selesa dengan kotoran dan baunya.

Jadi bagaimana kita mahu yakin yang kita cukup wangi, segar dan suci bila kita mengadap Dia?

Cium dirimu,
Anda yakin anda tak perlu mandi?

Penulis kata

Yahudi dan sup matzonya.


Aku di rumah tonton siaran FoodNetwork-Unwrapped: Matzo Soup.

Sup matzo ni macam bakso orang yahudi. Katanya sup ni macam penisilin org yahudi. Kat sana ada syarikat yang dah buat kilang untuk buat sup ni.

Dalam episod ni terang2 die tunjuk yang orang yahudi ni orang yang paling tinggi darjatnya.
Masak dalam kilang pun rabai yang pantau, nak jaga standard org yahudi katenye.
Wow.

Jadi sebab darjat die tggi sangat, orang lain boleh dibuat sesuka hatilah kan?
Tu mindset yang diorang tanam dalam diri diorang.
Jadilah ape yang jadi skarang.

Diorang bijak. Perancangan rapi dari zaman nabi lagi. Dari tak ada tanah, sekarang dah ada dalam peta. Dari golongan minoriti, sekarang dah ramai jadi artis masuk tv.

Dalam Quran dah sebut tentang diorang.
Hitler pun ada sebut ttg diorang.
Memang terang diorang ni bangsa yang bukan calang-calang.
Sebab tu die serang negara orang senang-senang. Kemudian putar cerita kat semua orang.
Dunia pun telan bulat-bulat cerita yang diorang karang.

Jadi kita perlu buat apa?

Duduk tunggu kiamat?

Apa kita mampu?

Tidur sampai kiamat?

Allahuakbar..

Bulan dingin tak berpenghuni




Semakin hari semakin jauh
apakah sebab apakah punca

mahukan emas aku tak mampu
tercarik nyawa perak ku hulur

dingin terasa angin dari sana
bak bulan yang sepi tak berpenghuni

jadi dimana harusku bertapak
bagai pungguk tersengguk duduk

mungkin aku buta hati
dia terguris atas tingkahku

aku dah cuba semampu kudrat
walau diriku nak putus urat

mana tariku yang silap bencong
yang buat engkau marah tersinggung?

semakin hari semakin jauh
pungguk menanti kan sampai mati



penulis kata

Syair si Raja Haji



Dengar sini rakyat jelata
Syair hamba gurindam rasa
Syair tentang seorang raja
Raja Haji panglima tua.

...

Terendak berjari-jari
Sikejang bunga sa pagi
Inilah perbuatan si Raja Haji
Seperti anjing dengan babi

Sikejang bunga sa pagi
Tetak batang dalam padi
Fa'il bagai anjing dan babi
Tidak berani masuk negeri

#Arka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...