teteman

Gadis Ego Putih


Vroooooooomm!!!.. bunyi padu menderu keluar daripada batang ekzos motorsikal kesayangannya - 
Cik Nan. Sebuah motorsikal Honda CBR 1000 RR Fireblade yang sentiasa menjadi kuda tunggangannya memecut, bersiar-siar, dan ke mana sahaja perlu. Gagah merentas lebuh raya, namun dipanggil "Cik Nan" merujuk pada keayuannya serta abjad nombor pendaftarannya - NAN *nombor dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.


Dia Yusuf, bukan nama sebenar, baru sahaja pulang dari bengkel motorsikal di Sungai Chua, ada beberapa bahagian yang perlu ditukar, termasuklah minyak pelincir enjin. Namun kisah ini bukan tentang motorsikal itu, tapi gadis yang digambarkan seperti tajuk yang tertera di atas. Semuanya bermula saat Yusuf singgah di sebuah stesen minyak untuk membeli kad prabayar telefon bimbitnya *nombor dirahsiakan atas sebab tertentu.


Sejurus selepas memarkirkan motorsikalnya, Yusuf mematikan enjin, lalu terus ke kaunter pertanyaan eh kaunter bayaran untuk meminta kad prabayar yang diperlukannya. Banyak urusan penting yang perlu diuruskan, kalau menggunakan pelan pascabayar, silap tekan aplikasi internet nanti mesti pening kepala bila bil melambung. Lebih baik guna pelan prabayar, habis kredit boleh topap - bisik hatinya.


"Selkom sepuluh, Meksis sepuluh"
"Topap habis bang"
"Laaaa, gigih aku datang kat sini takkan takde? Baik aku beli kat stesen blakang sane tadi.."
"Hahaha rilek ar bro, ade la.. nah selkom.. "
"Tau takot.. Meksis mane? "
"Oh, Lupe, jap.. Nah, eh shift ko malam ni pukul sebelas datang awal tau!"
"Aku tau la.. hahaha.. aku lewat pon 5 minit je.. hahaha"


Lalu terbit dihati penulis - Eh! bukanke aku nak cerita tentang awek ops Gadis Ego Putih tu ke?
segelintir pembaca yang kebingungan, kebengangan dan kebengkekan terhadap penulis turut merasa geram.
Chak!! Tiba-tiba seorang gadis muncul, *penulis cepat2 masukkan heroin sebelum ade pembace yang tekan butang pangkah kat atas. Bujur wajahnya bertudung bawal, manis rupanya, berbaju-T dan seluar track, dia menolak daun pintu kedai Mesra sebelum melangkah masuk.


Yusuf yang berada di kaunter pertanyaan pembayaran tiba-tiba terpandang padanya, dan mereka saling bertentang mata. Kelu, kaku. Segala bibit ayat perbualannya bersama staff petronas tadi terpadam tiba-tiba.
Yusuf tidak mampu berkata apa-apa, gadis itu juga sama. Mereka diam.


"Hai~ " tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Yusuf.
"..... " gadis itu tidak bersuara.




Namun diikuti dengan senyuman mesra tanpa sebarang maksud - dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya. Gadis itu turut membalas senyuman mesranya. Bagai kenalan yang sudah lama terpisah - mereka terpaku. 
Atau ini yang disebut cinta pandang pertama? Tiada siapa antara mereka yang tahu. Lalu gadis itu terus bergerak masuk ke kedai. Tinggal Yusuf di hadapan kaunter sendirian bermonolog.





"Aku kenal ke die? Die kenal ke aku? hmmm.. ke... ini yang orang kata cinta pandang pertama?"
"Bro, topap dah ambik, duitnye mane?"
"Ahahah, termengelamun jap.. ampun.. nah doploh hengget. Keep the change. "





selesai urusniaga tersebut, bergeraklah Yusuf ke motosrikalnya namun matanya sempat melirik kepada staff dari Bangladesh yang sering saja meminta Yusuf untuk meminjamkan motorsikal itu padanya. Dia nampak staff tu memberi isyarat ingin meminjam. "Mana boleh, sayang beb!" getus hatinya. Enjin dihidupkan, motorsikal ditegakkan, dia sudah bersedia.


Tiba-tiba. Gadis tadi muncul semula dihadapannya.


".... " gadis itu senyum. Manis wajahnya. Angguk sebagai sapaan.
".... " Yusuf hanya mampu membalas dengan senyuman. Angguk juga - perlahan. Kelu. 

"Hai, manis senyuman awak. Kita kenalkah? " - ayat di sebelah ini bukanlah kata-kata yang diluahkan. 




Yusuf terlalu pemalu untuk bertegur sapa dengan gadis yang baru ditemuinya ini. Namun hatinya terus berbunga dari itu. 




"Ego Putih. Motorsikal yang ditunggangi gadis itu. Comel, sesuai dengan penunggangnya. " getus hatinya.
namun sebelum dianggap pelik kerana terlalu lama merenung gadis itu. Yusuf menarik tuil klac, memasukkan gear satu, lalu dipulas pendikit minyak memacu motorsikalnya meninggalkan stesen. Tersenyum, mengenangkan segala keindahan yang berlaku sebentar tadi.




VROOOOOOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMM!!!



13 Response to Gadis Ego Putih

  1. kirim salam ye. weeee~~ :P

  2. Bkn bunyi preeennnggg ke

    ish


    alaaaaa along

    sambung pliz wakaka

  3. hahhahha, along dari petang tadi eksited dapat jumpe awek... kelaka la along nie...

  4. nadh : kalau la jumpe smula hahah..

    iffah : ala.. nak berangan muto besau.. bia laa.. heheh..

    alia : wekkkk!! bia la kite syok sdri!! hahahaha

  5. sambung cite yeee . tergantung laa . excited nak tau ape seterusnya . arggh

  6. banyak betol unsor2 propa dlm ni

  7. hahahaha sambung la tulis apa hajat penulis tue.. kihkihkih

  8. NAN?? nnt aku carik.. tpi aku gadis ego hitam la.. hahahah


    ermm, apa kesudahan citer ni??

  9. kak kira :
    sambung part tu.. hahah.. bley je.. tapi risau jadi bosan.. huhu..

    mizzkechique :
    heheh.. sile carik.. kalau jumpe nanti hon2 la.. haha..

    kesudahan? penulis pon tatau lg :P

  10. LAIN KALI HAFAL NUM PLAT SEKALI..SENANG KALAU JUMPA KAT MANA2 PUN...HEHEE

  11. FiqFidaiy says:

    memang nak tekan butang pangkah dah tadii. hahaha xD

    best citerr, sambungannyaaa bilerr? =P

  12. Raden says:

    along...along cerita pasal angah ke ni? wajah manis brtudung bawal..angah tetibe perasaan. nsib baik angah tak naik moto. angah suke lelaki berkerete. eh.. lasernye statement nie

  13. kak shida : haha.. nak skodeng num plate die pun segan.. takut die nampak nanti die ingat along nak ikut die pulak nanti..

    fiqfaidy : baru je kuar tadi.. huhu

    angah : hahaha, tunggu episod lepas-lepas ni, Yusuf beli kete pulak.. hahaha.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...