teteman

Pantun tahun baru


Ke Pantai Remis bersama rakan
riang gembira bergurau senda
banyaknya jenis azam tahunan
kerjaya, belajar, jodoh pun ada


berniaga tak laku gulunglah tikar
hutang bersepah belum pun langsai
tahun bertukar azam pun tukar
walau yang lepas belum tercapai



makan sudah minum pun sudah
syukur rezeki tuhan yang esa
apalah guna azamnya megah
andai tersadai tiada usaha



pagi-pagi bangunnya awal
sarapan roti disapu kaya
Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal
cukup semuanya insyaAllah berjaya



ingin berjaya sayangi guru
semoga berkat ilmu diberi
tahun yang baru cabaran pun baru
semoga berjaya kita harungi






*pantun level dak sekolah =.=

6 Response to Pantun tahun baru

  1. Cik Yatt says:

    selamat tahun baru :)

  2. jangan lengah2 kan lagi azam yang terpendam . semoga berjaya !

  3. AL-QASSAM says:

    Jom kita ambil cakna pasal mahasiswa pula di sini:
    Masa untuk Perubahan

  4. miSs aMaL says:

    haha.pndainya brpntun.btw epy new year:)

  5. selamat tahun baru

  6. errrrrr x reti berpantun... hihihihihi :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...