novel jiwang..
huhu..rilek2..ak taw korg pelik sbb ak post novel kali ni..
ngahaha..mesti korg pelik kan?..
haku layan citer jiwang plak tu..
siyesly..
citer ni ak jumpe scre xsgaje kat syok.org..
ingatkan artikel2 bese2 jer..
citer novel rupenye.. haha..
then..
bace punye bace.. da jao dah..
xpat nk lepas dah...
hahaha....
so..
kalo korg ase bosan ke..
dah tade mende nak buat tuh..
bace la citer nih..
tp kalo korg xminat nk wat cmane lak kan?..
anyway..
kredit ntuk tukang tulis.. hoho..
Bahasa Cinta Kita |
Aku menyusuri jalan di sebuah lorong yang sunyi dengan linangan air mata.Air mata yang mengalir di pipi aku kesat kasar.Aku benci akan air mata yang sedang mengalir tanpa henti.Beg pakaian yang aku bawa,aku alihkan pula ke tangan sebelah kanan.Rasa lenguh yang sudah mula mencengkam tangan kiri membuatkan aku mengeluh.Dihambat pula dengan rasa penat,beserta dengan rasa keliru untuk memikirkan di mana aku hendak tidur pada malam ini. “Kalau lu nak selamat,serahkan semua barang-barang lu..”jerkah satu suara lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapan aku sambil memegang sebilah pisau lipat.Aku tercenggang seketika. “Hoi!Lu tak dengar ke apa gua cakap.Gua cakap..kalau lu nak selamat,lu serahkan semua barang-barang lu..”. Aku gigit bibir.Rasa bengang sudah mula aku rasai.Kalau selalu adengan itu aku lihat dalam drama di televisyen,kini aku sendiri sudah mengalaminya.Bravo!Tahniah pada diri aku yang memang bijak sebab lalu di lorong jalan. Beg sandang yang tersangkut elok di tubuh aku,aku tanggalkan dan aku lemparkan tepat di hadapan lelaki tersebut. “Kurang ajar betul lu.Main lempar-lempar pula.Mak bapak lu tak ajar hormat orang ke?”runggut lelaki tersebut.Dia membongkak mengutip beg sandang aku yang berwarna hitam itu. Aku hanya perhatikan sahaja tingkah-laku lelaki yang sedang menyelongkar beg sandang aku.Sedikit pun aku tidak halang ataupun berbuat apa-apa.Lelaki tersebut memandang aku. “Lu jangan jerit.Kalau lu jerit..siap lu”ugut lelaki tersebut. “Kau ada dengar ke aku menjerit?”soal aku pula.Kali ini,aku betul-betul bengang dengan ugutan lelaki tersebut.Dahlah merompak..lepas tu nak main ugut-ugut aku pula.Sekali aku jerit betul-betul karang. “Gua kasi ingatan aje.Itu pun lu nak marah ke?”. Aku buat muka.Lelaki yang berada di hadapan aku ni,aku agak usianya baru dalam lingkungan 20-an.Mungkin sama dengan aku.Mungkin juga nak menghampiri ke usia 30-an.Dengan seluar jeansnya yang terkoyak di bahagian lutut,dan baju t-shirt hitamnya yang memaparkan gambar tengkorak di hadapan.Oh ya..dengan kesan telinganya yang bertindik,dan juga dengan rambutnya yang sekerat hitam dan sekerat perang.Dengan rambut yang terpacak yang mengalahkan duri landak.Dan juga,dengan chewing gum yang daripada tadi aku lihat asyik dikunyahnya.Mungkin dia nak tiru cara artis Barat tapi tak jadi.Aksesori gelengnya yang berwarna hitam di kedua-dua belah tangan,dan cincin tengkorak yang aku lihat terdapat di jari hantunya. “Apa ni?Seringgit aje yang lu ada?”soal dia sambil menayangkan not seringgit.Aku tersentak dan kembali memandang dia. “Ambiklah..itu pun duit juga,bukannya daun pisang”ucap aku selamba. Tersentak aku apabila melihat dia mendekati aku.Air liur aku teguk perlahan.Ahh..nilah padahnya kalau mulut bau macam longkang. Lelaki tersebut berdiri berhadapan dengan aku,dan merenung aku tajam. “Eh!Gua ni perompak lu tahu.Perompak!Bukannya bai jual karpet.Lu tak takut sama gua ke hah?Boleh lu buat muka selamba badak macam ni depan gua”. Kus semangat..aku ingat tadi dia nak toreh pisau belit tu kat muka aku. “Takut?Buat apa aku nak takut sama kau?Sebelum kau rompak aku,aku dah terlebih dahulu kena rompak dengan orang lain.Setakat muka kau yang macam penjual air cendol depan rumah aku ni,aku tak hairanlah..” Yap!Itu kebenarannya.Sebelum aku berjumpa dengan lelaki ni,aku sudah pun dirompak oleh hamba Allah yang lain.Habis semua duit simpanan aku dikebas.Yang ditinggalkan,hanyalah not seringgit.Itu pun mungkin perompak itu tinggalkan sebab kesian tengok aku.Mungkin.. Lelaki tersebut membuntangkan biji matanya.Dia pandang aku,sebelum menjatuhkan pandangannya pada beg pakaian aku yang berada di tepi kaki. “Lu dah kena rompak ke?”. Aku angguk kepala. “Bila?”. “Setengah jam tadi.Sebelum aku lalu lorong ni”jelas aku. “Itulah lu..Lu tahu tak?Ni KL.Kejahatan lelaki.Dekat sini memang banyak orang yang jahat-jahat”. “Macam kaulah..?”soal aku sinis. “Gua tak adalah jahat sangat macam diaorang tu.Nah!Lu ambik baliklah beg sandang lu ni.Harap beg sandang aje yang besar,duitnya cuma seringgit.Banyak lagi duit gua”. “Kalau duit banyak pun,haram nak buat apa”perli aku selamba.Beg sandang yang dihulurkan aku capai.Huhuhu..ringan betul beg aku. “Lu lari dari rumah yea?”soalnya lagi.Aku terdiam sejenak. “Muka aku ada nampak macam muka lari dari rumah ke?”. Dia pula terdiam.Kotak rokok dikeluarkan daripada poketnya.Rokok diambilnya sebatang,sebelum menyalakan dengan lighter.Aku memandang dengan penuh meluat.Meluat melihat ketenangan dirinya ketika menghembus asap rokok tersebut. “Gua nampak muka lu macam lari dari rumah”. “Memang aku lari dari rumah pun”ucap aku lalu terus mengangkat beg pakaian. “Lu nak pergi mana ni?”jerit dia kuat,mematikan langkah aku. “Kenapa?”soal aku. “Yelah..gua saja tanya.Lu nampak muka macam budak kampung.Lepas tu,dahlah lari daripada rumah.Konfem pertama kali datang KL ni kan?Dengan duit seringgit,lu nak pergi mana?”. Aku terdiam.Tidak tahu untuk berkata apa.Betul kata dia.Mana aku nak pergi?Aku bukannya ada sape-sape pun dekat KL ni. Lelaki tersebut mengeluh. “Jomlah!Lu ikut gua.Gua kasi perlindungan dekat lu.Lu nak merayau sorang-sorang dekat KL ni bahaya.Ikut gua okey”ajaknya. Aku kerut dahi.Lelaki tersebut aku pandang ke atas dan ke bawah.Boleh percaya ke ni? “Kenapa?Lu tak percaya sama gua?”soalnya. Aku angguk kepala.Lelaki tersebut ketawa. “Lu ni memang jujurlah.Gua tak buat apa-apa dekat lu.Gua cuma kesian aje.Lu nak ikut ke tak ni?”soalnya sekali lagi. Aku berfikir-fikir.Nak ikut ke tak?Gaya lelaki ni NAMPAK macam baik.Mungkin dia boleh dipercayai.Mungkin juga tak.Apa-apa pun,tawakal sudahlah. Aku angguk kepala.Lelaki tersebut tersengih.Beg pakaian aku dicapai dan dipegangnya. “Jom!Ikut gua.Nama gua Azren.Tapi,lu boleh panggil gua Ren.Lu?”soalnya. “Salha”jawab aku pendek. **************************** Kami berhenti di sebuah rumah teres yang berpagarkan warna hitam.Aku pandang sekilas Ren. “Jom masuk”ajaknya.Namun kaki aku masih lagi tidak bergerak. “Ini rumah gua”. Aku diam.Masih ragu-ragu untuk masuk lagi. “Gua tak tinggal dengan kawan-kawan”. “Ohh..”perkataan tersebut terkeluar.Adakah ini bermakna yang dia hanya tinggal seorang diri?Dan dia nak kasi hint dekat aku yang aku akan selamat bila tinggal dengan dia cuma berdua? “Lu kenapa?Mak gua ada dekat dalamlah”. Aku tersengih.Barulah hati aku terasa lega sedikit.Muka Ren yang tersenyum sinis memandang aku,aku jeling. “Apa?”soalku. “Lu takut kan?”soalnya. Aku mencebik. “Bukan aku takut..cuma aku seram aje.Bukannya aku kenal kau sangat”. “Eleh..lu ingat orang yang dah lu kenal lama tu,baik ke?”. Aku terdiam.Pintu pagar dibukanya. “Masuklah..”ucapnya.Diberi laluan kepada aku ketika pintu rumahnya sudah dibuka. “Assalamualaikum…”jeritnya kuat.Aku kerutkan dahi!Wallawei..mamat yang macam ni pun reti bagi salam juga?Bagus…ada sikit sifat baik dalam diri dia. “Mana mak gua ni?Lu duduk kejap okey.Gua pergi check dalam bilik”.Aku angguk kepala.Sofa yang terletak di ruang tamu aku pandang sekilas sebelum melabuhkan punggung. Tidak lama selepas itu,Ren muncul kembali.Dia melabuhkan punggung berhadapan dengan aku. “Mak gua tengah solatlah.Lu tunggu kejap okey”ucapnya sambil meraup rambut. Aku hanya mampu menanggukkan kepala.Rasa berdebar-debar sudah mula menyelebungi didalam diri.Mintak-mintak,mak Ren ni okey orangnya. *************************** “Mari makan Salha…”ajak Mak Ati ketika aku baru keluar daripada bilik.Aku tersenyum manis.Kerusi makan aku tarik perlahan. “Maaflah mak cik.Salha tak tolong apa pun”ucap aku serba-salah.Mak Ati tersenyum. “Tak apa.Mak cik tak kisah.Salha tentu penat kan,mak cik faham.Makan banyak-banyak Salha.Cuma lauk ni aje yang ada”. Aku perhatikan lauk di atas meja.Nampak menyelerakan. “Ren mana mak cik?”soal aku ketika menyedari yang lelaki itu tidak ada bersama. “Dia keluar jumpa kawan.Kejap lagi baliklah tu.Kita makanlah dulu.Tak payah tunggu dia.Nasib baik Salha ada temankan mak cik.Kalau tak,mak cik makan sorang-soranglah jawabnya.Selalu macam tu”. Aku tersenyum hambar.Tidak tahu hendak memberikan reakreasi yang bagaimana.Muka Mak Ati kelihatan murung.Lauk ikan goreng terus aku capai dan aku bubuh seekor dipinggannya. “Makan yea mak cik.Tak elok sedih-sedih depan rezeki.Ikan tu pun dah tak sabar nak masuk dalam perut mak cik”ujar aku bergurau walaupun aku tahu benda itu tidak melawakkan.Mak Ati ketawa kecil,sebelum kembali menyuap nasinya. ***************************** Aku pusingkan tubuh ke kiri.Terkebil-kebil aku merenung daun pintu.Kemudian,aku kalihkan pula tubuh aku ke kanan.Mata aku merenung dinding yang kaku.Aku mendengus sebelum kembali membalikkan badan aku menatap siling.Akhirnya,aku bangun lalu duduk di atas katil sambil meraup kasar rambut. Pintu bilik aku buka perlahan dan aku melangkah keluar daripada bilik.Aku melangkah lalu duduk di atas sofa diruang tamu yang kelihatan gelap,dan hanya disinari oleh cahaya lampu dapur. Tersentak aku apabila mendapati lampu di ruang tamu menyala terang.Aku pandang Ren yang baru muncul daripada dapur. “Tak boleh tidur?”soal Ren perlahan.Aku hanya mendiamkan diri.Melihat langkahnya yang datang menghampiri aku sambil memegang gelas. “Lu kenapa?”soal Ren sekali lagi. “Tak boleh tidur”jawab aku. Ren ketawa kecil. “Gua tahu lu tak boleh tidur,tapi kenapa lu tak boleh tidur?Lu ada masalah?”. Aku mendiamkan diri.Dia yang sedang meneguk minuman aku pandang.Sekali pandang,aku ras Ren ni kacak orangnya.Meskipun penampilannya agak pelik,namun dia masih ada aura yang tersendiri.Entahlah..mungkin disebabkan aku tak boleh nak tidur,menyebabkan aku mula berfikiran yang bukan-bukan. “Lu ni sebenarnya asal mana?”. Aku tersentak.Bibir aku ketap perlahan. “Johor”ucap aku. Ren angguk kepala. “Kenapa lu lari dari rumah?”soalnya lagi. Aku mendiamkan diri.Kali ini,memang sengaja aku mendiamkan diri. “Kau memang dah lama dah yea buat kerja macam tu?”soal aku pula.Menukar terus topik perbualan. “Umur lu ni berapa?”. Aku mendengus. “Mak kau tahu tak kau buat kerja yang macam tu?”. Kali ini,Ren pula mendengus. “Gua tanya lu,lu tanya gua balik yea”. Aku diam.Membiarkan suasana sepi menyelebungi kami selama beberapa saat. “Esok kau pergi merompak lagi ke?”soal aku. Ren ketawa. “Kenapa?Lu nak ajak gua pergi mana-mana ke?”. “A`ah!Aku nak ajak kau”. “Dating?”soalnya sambil tersengih. “Banyak kau punya dating.Aku nak cari kerjalah esok.Ingat nak mintak kau temankan.Aku tak berapa mahir lagi soal jalan dekat KL ni”. “Lu nak kerja apa?”. “Aku tak kisah.Asalkan halal”.Sengaja perkataan halal itu aku tekankan.Namun,Ren hanya buat muka biasa. “Pukul 10.00”ucapnya lalu terus bangun,dan masuk ke dalam bilik. **************************** Aku menolak pintu Starbucks dengan senyuman yang terukir di bibir.Ren yang sedang bertinggung di tepi longkang sambil menghisap rokok terus bangun. “Macam mana?”soalnya. Aku sengih. “Kau rasa?”soal aku pula. “Gua rasa lu dapat”. “Yap!Pandai pun kau.Memang aku dapat dan aku boleh mula kerja esok”. Ren angguk beberapa kali.Asap rokok dihembusnya beberapa kali.Aku mendengus. “Aku nak hidup lama okey..”. Ren sengih.Rokok dicampak ke tanah. “Nanti bila dah dapat gaji,aku janji aku keluar daripada rumah kau”. “Gua tak suruh lu blah pun”. “Yelah.Memanglah kau tak suruh aku keluar.Tapi,aku tak mahulah nak menyusahkan keluarga kau.Lagipun,aku seganlah duduk lama- lama rumah kau”. “Lu jangan nak fikir yang bukan-bukan.Mak gua okey,gua pun okey aje.Gua tak kisah berapa lama lu nak duduk rumah gua.Rumah gua pun bukannya ada sapa-sapa.Mak gua dengan gua aje.Kalau lu ada,lu boleh temankan mak gua”. Aku pula terdiam.Hanya mengikuti langkahnya yang berjalan di hadapan aku. *************************** Aku mulakan perkerjaan di Starbucks dengan rasa senang hati.Walaupun agak kekok pada mulanya,lama-kelamaan rasa itu dapat aku atasi.Dengan rakan-rakan sekerja yang sanggup untuk membantu aku,sememangnya aku cukup merasa terhutang budi.Dan juga dengan Ren yang setia menunggu aku habis bekerja pada tiap-tiap hari.Bila aku melarang,hanya jawapan ini yang keluar daripada mulut dia. “Alang-alang gua dah lalu sini,biarlah gua tunggu lu..” Dan..aku tak mampu untuk berkata apa-apa lagi kerana kata-kata Ren memang susah hendak dibangkang. “Aku dapat gaji hujung bulan ni”ucap aku memulakan perbualan ketika kami sedang berjalan beriringan. “Jadi?”soalnya sambil memandang aku sekilas. “Aku rasa,hujung bulan ni aku dah boleh keluar dari rumah kau.Kawan sekerja aku dah offer bilik untuk aku tinggal.Sewa boleh tahan”. Langkah Ren terhenti. “Lu betul-betul nak pindah dari rumah gua”. Aku angguk kepala. “Aku dah cukup menyusahkan kau dengan Mak Ati”. Ren mendengus. “Gua tak tahu nak cakap apa.Ikut suka hati lu.Ini hidup lu kan?Gua tak ada hak nak masuk campur”ucapnya. Aku perhatikan langkahnya yang berjalan meninggalkan aku di belakang.Walaupun ayat dia nampak tenang,entah kenapa,aku terasa bagai ada kepedihan di dalam hati aku.Bagaikan ditusuk dengan duri mendengar ayatnya. ********************** “Kenapa lu lari dari rumah”soal Ren ketika kami sedang menunggu bas. “Aku kena jawab ke soalan kau?”. “Gua tak paksa.Kalau lu nak cerita,lu cerita”. Aku mendiamkan Ren.Dapat aku lihat dengan ekor mata muka Ren yang tidak puas hati. “Lu ni memang kan?Suka sangat berahsia dengan gua”. “Tadi kau juga yang cakap yang kau tak paksa kalau aku tak nak cerita”. Ren mendengus. “Ceritalah..gua nak tahu apasal lu lari dari rumah”. “Sebab bapak aku..”jawab aku malas. “Bapak lu?Apasal?Dia nak perkosa lu?”. Aku menjeling wajah Ren yang tersengih.Selisih malaikat 44. “Mulut kau dengan bau loji sama aje kan?”. “Habis..dah lu cerita sekerat-sekerat.Gua tembak ajelah.Apasal dengan bapak lu?”. “Dia paksa aku kahwin”. “Kahwin?”Ren kerut dahi. “Yap!Kahwin dengan kawan dia”. “Kenapa lu tak nak?Kahwin syok apa”.Dan Ren terus ketawa kuat selepas dia menghabiskan ayatnya itu.Dia tersengih penuh gatal ke arah aku. Aku mendengus. “Kalau kau ingat kahwin hanya sebab itu aje,aku katok kepala kau dengan sandal aku ni.Gila kau!Kawan bapak aku tu sama usia dengan bapak aku.Macam tu aku nak kahwin.Sorry..aku tak minat.Aku ada cita-cita dan impian walaupun SPM aku hancur”. Ren ketawa. “Lu umur berapa?”. “25”. “Owh..dua tahun lagi muda daripada gualah kalau macam tu”. “Kau 27?”. Ren angguk kepala.Aku senyum sinis. “Umur dah lanjut pun masih lagi nak buat kerja haram”. “Lu sindir gua?”soalnya sambil mengeluarkan rokok.Aku geleng kepala perlahan.Dalam sehari,agak-agak berapa kali dia ni hisap rokok. “Bukan!Itu kenyataan.Sampai bila kau nak kerja dekat tengah jalan,ugut orang sana-sini.Daripada kau buat macam tu,lebih baik kau cari pekerjaan yang stabil sikit”. Ren ketawa. “Gua memang dah kerja apa”. “Itu kerja yang haram..” “Nope..gua serius.Gua dah memang ada kerja.Gua kerja mekanik”. “Habis..kenapa kau buat kerja haram tu lagi?”. “Itu first time gua cuba tu.Kawan gualah cakap,buat kerja macam tu seronok.Cepat kaya.Gua trylah..Last-last”Dia ketawa lagi. Aku mendengus. “Kau salah pilih mangsalah waktu tu”. “Yap!Nasib gua jumpa lu.Tapi,gua tak kisah sangat.Gua buat kerja tu cuma suka-suka.Lu kiranya mangsa pertama dan mangsa terakhir gua”. Rasa macam nak ketawa aje.Patutlah dia baik dengan aku.Pertama kali buat kerja macam ni rupanya. “Kau ni memang betul sempit akal”kutuk aku. Ren tersengih.Asap rokok dihembusnya. “Gua nak tanya lu satu soalan”. “Apa?”. “Apasal bila tiap kali gua ushar lu,lu tentang mata sekejap aje dengan gua.Lepas tu lu mesti pandang tempat lain.Kenapa?”. Aku terdiam. “Rambut kau tu..buat mata aku sakit.Campur dengan kesan telinga kau yang bertindik”. “Jadi..lu tak suka dengan penampilan gua?”soalnya. Hmm.Aku terdiam.Tak suka ke aku dengan penampilan dia?Aku rasa,aku tak adalah benci sangat tengok penampilan dia.Aku rasa,aku dah boleh terima penampilan dia yang sebegitu.Juga dengan bahasanya yang lu gua tu. *************************** Hari ni hari Sabtu.Aku habiskan masa dengan mengemas rumah.Ren awal pagi lagi sudah lesap.Katanya,dekat bengkel ada banyak kerja.Bingkai gambar yang berwarna coklat itu aku ambil dan aku renung.Gambar seorang perempuan berpelukan penuh mesra dengan seorang lelaki.Lelaki itu aku kenal.Itu Ren!Yang perempuan tu aku tak kenal. “Itu Rissa..anak perempuan mak cik”. Aku tersentak.Mak Ati melangkah ke arah aku perlahan.Dia tersenyum sambil memeluk mesra bahu aku. “Rissa mak cik?Salha tak pernah nampak pun”. Mak Ati mengeluh.Dia duduk di atas sofa sambil merenung aku.Pandangan matanya penuh kesedihan,kesayuan dan kedukaan.Dapat aku lihat itu daripada anak matanya. “Mak cik..”tegur aku perlahan.Bingkai gambar itu aku letak kembali ditempatnya sebelum aku melangkah duduk di sebelah Mak Ati. “Rissa dah tak ada Salha.Dia dah lama meninggal”. Terpana aku seketika.Aku tidak tahu hendak berkata apa. “Salha…..” “Tak apa Salha..tak apa!Mak cik dah boleh terima hakikat yang Rissa dah tak ada.Mak cik dah boleh terima hakikat..”ucap Mak Ati berkali-kali.Disapunya air mata yang mengalir di pipi.Lagi sekali aku terkesima.Apa yang perlu aku lakukan? “Rissa meninggal sebab overdose.Dia ambil dadah.Entahlah..mungkin semua ni salah mak cik.Salah sebab tak pernah bagi sepenuh perhatian dekat dia.Mak cik berdosa dekat dia.Kalaulah mak cik lebih peka akan diri dia..mesti..” “Mak cik..”Aku pegang jemari Mak Ati,mematikan terus bicaranya. “Apa yang berlaku bukan salah mak cik.Semua ni dah ditetapkan.Kita kena terima qada dan qadar walau betapa pedih sekali pun”. Mak Ati tersenyum hambar. “Mak cik tahu!Tapi mak cik kesian dengan Ren.Lepas kematian Rissa,dia terus jadi lain.Kalau dulu,Ren bukan macam tu.Mak cik risau,takut-takut kalau dia pun nak jadi macam Rissa.Mak cik tak nak kehilangan dia.Cukuplah mak cik kehilangan seorang anak perempuan mak cik.Mak cik dah tak sanggup hendak melalui kehilangan yang kedua”. Aku terdiam.Adakah Ren macam tu?Aku yakin,Ren tak macam tu.Cuma pakaiannya aja yang tak senonoh,tapi aku yakin dia takkan lakukan perkara bodoh macam tu.Aku yakin! *********************************** “Lem..betullah lu ni”runggut Ren.Perkataan ‘bap’tidak dituturkan.Aku mendengus.Beg sandang aku sangkut di bahu. “Ada aku suruh kau tunggu aku?”. Ren terdiam. “Eleh..gua cakap macam tu pun lu dah nak sentap!Manja!”. Aku jegilkan biji mata.Malas hendak melawan cakapnya,aku terus melangkah laju. “Tunggulah gua..”jerit Ren kuat.Aku buat pekak badak. Langkah aku terhenti apabila tiba di satu kedai pakaian.Satu senyuman terukir di bibir aku tiba-tiba.Aku berpusing ke belakang.Kelihatan Ren sedang tercunggap-cunggap mengejar aku.Aku pandang dia sambil berpeluk tubuh. “Lu ni..na..nak..jadi pelari pecut negara ke?”soal Ren. Aku mencebik. “Kau ni harap aje lelaki.Tapi taklah gagah mana pun.Dasar lelaki lemah!”. Ren buntangkan biji mata. “Bolehlah lu cakap gua lelaki lemah.Gua punya stok tongkat ali dah habislah.Tunggu gua beli stok baru.Jangan kata pelari pecut,lari sambil kendong lu pun gua boleh tau..”. Aku mendengus mendengar ayatnya.Sungguh kurang sopan! “Jom..” “Jom apa?”soal Ren pelik.Sambil tersengih,terus aku tarik lengan bajunya masuk ke dalam kedai pakaian. “Kalau lu nak shopping..lu pergi dengan mak gualah.Gua tak minatlah shopping-shopping ni semua.Daripada gua shopping,baik gua tolong mak gua mopping lantai rumah.Lagi bagus!”. Aku menuju ke deretan yang menempatkan seluar lelaki. “Sejak bila lu jalani pembedahan bina halkum?Lu tak bagitahu gua pun”. Aku buat muka. “Kau jangan banyak mulut boleh tak?Aku sumbat karang seluar jeans ni dalam mulut kau”. “Eh..lu nak sumbat-sumbat gua pula.Lu ingat gua ni apa?Tauhu sumbat?Lu nak buat apa dekat sini?Nak beli untuk siapa? Boyfriend lu?Betul ke lu dah ada boyfriend?Gua baru ingat nak hantar resume dekat lu..”bebel Ren. Aku buat endah tak endah.Sehelai seluar jeans yang berwarna biru terang aku pamerkan di hadapan Ren. “Lawa kan?”soal aku.Ren meraup rambutnya. “Kalau untuk gua,warna ni macam orang yang kerja kilang aje”. Aku mendengus. “Kau memang..suka sangat pakai warna gelap.Macam berkabung aje”. “Eh..suka hati gua lah.Badan gua!Bukannya gua pinjam body lu..” Aku tarik kembali lengan bajunya menuju ke arah deretan baju kemeja.Sehelai kemeja yang berwarna hijau aku ambil. “Yang ni?”. Ren tayang muka bosan. “Dah macam pendatang asing dah gua tengok lu punya taste ni”. Heh!Pendatang asing?Dia bukan pendatang asing ke?Dengan gaya yang macam tu. “Kau ni banyak commentlah.Habis,kau nak baju yang mana?”. “Eh..gua tak payahlah baju-baju ni semua.Baju dengan seluar gua berlambak dekat rumah.Seluar kecik pun banyak”. “Habis,kalau kau dah banyak sangat pakaian,apesal kau suka sangat pakai seluar jeans yang koyak dekat lutut ni?”. “Biarlah..fesyen!Apa lu tahu.Lu tu buta fesyen”. Huh!Aku dikatanya buta fesyen? “Dahlah!Daripada lu buang duit dekat sini,baik lu belanja gua makan roti naan.Lagi sedap.Perut pun kenyang”. “Bila masa pula aku kata aku nak belanja kau?Aku tolong pilih aje.Kaulah yang bayarkan”. Ren terkejut.Terus dia tarik beg sandang aku keluar daripada kedai tersebut. “Perlahanlah sikit..”bentak aku.Beg sandang aku dia lepaskan.Kalau koyak beg sandang aku,aku saman kau. “Daripada gua bazirkan duit dekat sini,baik gua kumpul duit pergi pinang lu”. Terkesima sebentar aku.Sudah dua kali dia bercakap mengenai perkara ini.Adakah dia nak main-main dengan aku?Aku pandang muka Ren yang tersenyum bangga.Debaran tiba-tiba datang mengetuk pintu hati aku,dan hati aku terasa seperti deras.Muka aku pula kelihatan hangat tiba-tiba.Aku alihkan pandangan ke tempat lain. Dapat aku dengar Ren ketawa.Ren memandang tepat ke dalam anak mata aku.Dia tersengih. “Lu malu ek..”soalnya nakal. Ya Allah!Aku tidak tahu reakreasi bagaimana yang harus aku tonjolkan.Mukanya yang menghalang muka aku,terasa sungguh mengasyikkan.Pandangan matanya,terus menikam jauh ke dalam hati aku.Bahunya aku tolak kuat. “Tepilah..”ucap aku kasar,ingin terus membuang jauh-jauh perasaan `aneh`yang datang bertandang. Ren ketawa kuat. “Cakaplah kalau lu malu.Nak sorok-sorok pula sama gua..”jerit Ren kuat.Aku yang hanya beberapa meter daripadanya hanya mengangkat tinggi tangan yang sudah digenggam menjadi penumbuk. “Diamlah..”jerit aku juga dan terus berjalan laju tanpa menunggu dia. ********************************** “Mak kau ada cerita dekat aku pasal arwah adik kau,Rissa”tutur aku perlahan ketika aku dan dia sedang menunggu bas.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba buka topik pasal itu.Mungkin sebab rimas dengan suasana sepi yang menyelebungi kami meskipun kami sekarang berada di tepi jalan raya. Ren hanya mendiamkan diri.Pandangannya jauh merenung kereta yang bergerak pantas di atas jalan raya.Aku gigit bibir.Rasa macam nak tonyoh mulut sebab gatal-gatal bukak topik pasal itu. “Gua tahu,mak gua sampai sekarang takut gua jadi macam arwah adik gua”. Aku diam.Wajah Ren yang kelihatan tenang ketika menghisap rokok aku pandang.Ren alihkan pandangannya memandang aku. “Gua janji dengan lu,gua takkan buat perkara bodoh macam tu.Gua takkan sentuh alcohol dengan dadah ni semua”. Ren pandang aku dalam,meminta supaya aku percaya akan percakapannya. “Kau janji kau takkan sentuh benda macam tu?”. “Gua janji!Gua janji gua takkan sentuh benda tu semua.Lu percaya cakap gua kan?”. Aku angguk kepala.Ren!Aku percaya dekat kau.Walaupun kita tak berapa kenal,tapi aku yakin kau takkan ambil benda macam tu.Aku yakin dengan kau. ****************************** Beg sandang aku yang berwarna hitam aku usap perlahan.Beg itu,merupakan pemberian emak aku dekat aku masa hari jadi aku yang ke 15.Beg yang menjadi idaman aku.Beg yang selalu aku nampak ketika pergi ke pasar malam di hadapan rumah aku.Sekali lagi beg itu aku usap perlahan.Dan tanpa dijangka,air mata aku menitik perlahan. Sungguh!Aku rindukan emak dan ayah aku.Dan..aku separuh mati rindukan mereka.Mana boleh aku tak rindukan mereka?Mereka kan emak dan ayah aku.Insan yang telah bersusah-payah membesarkan aku. Aku mengeluh.Salah aku ke sebab terlalu mengikut perasaan?Apa salahnya kalau aku berkahwin dengan kawan ayah aku?Pasti aku akan bahagia.Dan ketika itu,hati aku yang lagi satu membangkang kuat cadangan tersebut. Aku tahu,mungkin apa yang aku buat ini salah.Tapi,aku cuma mahukan sedikit keadilan untuk diri aku.Aku tak sanggup hendak habiskan seumur hidup aku dengan lelaki yang boleh aku panggil ayah?Uhh..nak panggil dia ayah pun mungkin aku tak sanggup. Beg sandang itu aku usap sekali lagi.Aku janii,aku akan kirim gaji pertama aku dekat emak dan ayah di kampung.Aku takkan lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak. “Oitt!”… Tersentak aku.Ren yang berada di muka pintu bilik tersengih.Entah bila dia buka pintu tu pun aku tak sedar.Pintu bilik aku hanya kunci bila aku hendak tidur.Tak sangka pula aku yang Ren berani nak buka pintu bilik sebab selama aku berada di dalam rumah dia,tak pernah sekali pun dia berkelakuan macam tu sebab dia jarang ada dekat rumah waktu malam. “Kau tak reti nak bagi salam ke?”soal aku bengang.Air mata aku kesat kasar.Cuba sembunyikan daripada penglihatannya. Ren melangkah masuk ke dalam bilik aku.Aku teguk air liur melihat langkahnya yang semakin menghampiri. “Lu jangan takutlah..gua bukannya nak buat apa-apa”ucapnya lalu duduk di atas lantai menghadap muka aku. “Lu kenapa?Mak gua kata lu tak keluar makan malam.Lu tak sihat?”soalnya. Hohoho..mahu rasanya aku ketawa.Prihatin sungguh lelaki di hadapan aku ini.Walaupun pakaiannya menyakitkan mata,namun perangainya memang lekat di jiwa. “Taklah..aku kenyang”jawab aku. Aku pandang Ren.Pandangannya jatuh ke arah beg sandang aku. “Lu punya beg kenapa?”soalnya. “Kenapa apa?”soal aku. Ren mendengus.Tali beg sandang aku ditariknya.Dia pandang tali tersebut yang sudah putus. “Putus?”. “Tak..terbelah dua”sarkastik aku menjawab.Ren mencebik. “Dah kau tahu,kenapa tanya lagi?”soa aku geram. “Eloklah beg lu putus.Beli beg lain.Daripada mula-mula gua jumpa lu,asyik pakai beg ni aje.Sekali pandang,dah nampak macam lu ni kerja konduktor bas lu tahu”ucapnya lalu bangun. Aku gigit bibir bawah.Kurang asam!Dia kata aku macam konduktor bas. “Diamlah kau..”. “Gua cakap yang betul pun lu nak marah..” Heh!Terus aku tolak kuat badannya supaya keluar daripada bilik tersebut.Ren ketawa kuat melihat aksi aku.Buat beberapa saat,aku buat macam bilik tu aku punya sekejap. ****************************** “Nah..”Ren hulurkan satu bungkusan kepada aku.Aku terkesima. “Apa ni?”soal aku pelik. “Ambik ajelah…” Bungkusan tersebut tidak aku sambut.Ren mendengus. “Lu ingat gua nak bagi lu bom ke?”soalnya. “Manalah tahu…”sinis aku menjawab. “Kalau lu tak nak,gua buang..”.Dia sudah menuju ke arah sebuah tong sampah yang berwarna hitam.Pantas aku menghalang.Bungkusan tersebut aku ambil.Ren senyum panjang. “Good girl..”ucapnya. Aku buka bungkusan tersebut.Bibir aku gigit perlahan.Beg sandang yang berwarna hitam aku keluarkan.Nampak cantik!Nampak elegan!Lagi cantik daripada beg sandang aku yang dulu.Aku kerling sekilas wajah Ren.Dapat aku lihat senyuman kepuasan terukir di bibirnya. “Untuk aku?”. “Bukan..untuk mak gua..” Erk!Berubah raut muka aku.Ren ketawa. “Untuk lu lah.Takkan mak gua nak pakai beg sandang macam ni.Mahu kena katok gua dengan senduk.Ambiklah..gua bagi dekat lu.Kesian lu dah tak ada beg sandang..”. Aku cuba sedaya upaya menahan senyuman.Lelaki di hadapan aku ini benar-benar sudah berjaya menjentik sedikit pintu hati aku selepas aku kecewa kerana budak lelaki yang paling macho di dalam sekolah aku sewaktu aku tingkatan dua telah berpindah ke tempat lain. “Lu suka tak?”soal Ren. Aku angguk kepala perlahan. “Terima kasih yea..”. “Terima kasih aje?”. Aku kerut dahi. “Habis?Kau nak apa?”soal aku pelik.Ahh sudah!Takkan sebab beg sandang yang tidak seberapa ni,aku nak tergadai body pula. Ren sengih gatal.Aku melangkah beberapa tapak ke belakang.Mulutnya dijuihkan ke arah dada aku.Terbuntang biji mata aku.Beg sandang tersebut aku pukul kuat di bahunya.Tindakan yang refleks! “Kalau yang itu kau nak sebagai balasan,kau ambiklah balik beg sandang kau ni..”marah aku. “Woi..woi..”Ren cuba elakkan diri daripada menjadi mangsa pukulan beg sandang tersebut. “Apahal lu ni?Kena sampuk dengan mambang siang?”soalnya geram.Dia mendengus. “Kau tu yang dah kena sampuk dengan syaitan apa?Gatal!Mintak yang bukan-bukan…”. “Apa yang gua buat?”. Apa yang gua buat?Aku meniru kembali ayatnya dengan mimik muka. “Yang kau juih-juih bibir kau dekat dada aku tu apabenda?Apa lagi yang kau nak sebagai balasan kalau kau dah tunjuk dekat dada aku?”. Ren yang pada mulanya nampak blurr,akhirnya meletuskan ketawa kuat.Aku terkejut. “Lu fikir gua nak body lu..?”soalnya,masih lagi ketawa.Dia geleng kepala sambil meraup rambutnya. “Lu ingat gua ni jahat sangat ke?Gua pun pergi sekolah agamalah.Takkan gua nak minta dekat lu benda yang bukan-bukan”. Err…aku terkesima sebentar.Aku rasa macam nak jadi invisible aje ketika ini.Aku sudah salah faham rupanya.Aku pandang sekeliling.Nasib tak ada orang. “Habis..yang kau..”Gagap aku untuk menuturkan ayat.Aku pandang ke bawah.Rasa macam lawa pula jalan raya ni. “Gua maksudkan hati lu lah!Yang lu fikir lain ni kenapa?Otak kuning betullah lu ni..”runggut Ren. Hati aku?Adakah dia kata yang dia nak hati aku?Aku pandang tidak berkelip wajah Ren. “Maksud kau apa?”. “Laaa..sejak bila lu jadi lambat pick-up ni.Gua nak hati lu lah.Takkan lu tak faham lagi?What I want is,your heart,your love..and your soul”. Haa?Apa benda yang dia merepek ni? “Apa kau ni?”soal aku.Muka aku sudah mula merona merah.Ohh..lagi sekali debaran datang tanpa diundang. “Huh?Lu buat-buat tak faham lagi ya?Tak apa.Gua bagi lu masa.Gua bagi lu ruang.Bila lu rasa lu dah jatuh cinta dekat gua,come to papa..baby”. Eeee..aku tunjuk muka geli.Ren ketawa.Terus aku melangkah.Meninggalkan Ren yang masih lagi ketawa. ********************** Aku pandang sekeliling.Mungkin Ren tak datang jemput aku hari ni.Aku pandang lagi sekali.Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam.Akhirnya,selepas lima minit berlalu,aku ambik keputusan untuk pulang sendirian. Aku lewati lorong dengan perasaan yang seram-sejuk.Yelah!Lalu tepi lorong,pada waktu malam.Cuma lorong itu ajelah satu-satunya jalan untuk cepat sampai ke perhentian bas. Aku meneguk air liur apabila melihat sekumpulan pemuda sedang asyik bergelak-sakan.Dapat aku lihat mereka semua memandang aku.Suasana yang tadinya meriah menjadi sunyi seketika.Bunyi siulan nakal sudah kedengaran.Ketika aku melintasi mereka,tiba-tiba mereka bangun dan menghadang jalan aku. “Hello adik manis..nak pergi mana ni malam-malam macam ni?Nak abang-abang yang hensem ni temankan?”soal satu pemuda. Aku mendengus.Adik diaorang panggil aku?Daripada gaya diaorang,aku rasa macam diaorang ni baru aje lepasan SPM.Takpun STPM. “Eh..korang jangan nak kacau aku ek.Aku jerit karang..” “Jerit?Alahai..dia nak jeritlah geng!Haa..jeritlah!Jerit kuat-kuat”sakat satu suara lain,diikuti dengan gelak ketawa yang kuat daripada mereka yang lain. Aku tersentak apabila terasa yang lengan aku ditarik. “Sinilah adik manis..kita seronok-seronok dulu.Nak balik lagi buat apa?Awal lagi ni”. “Eh..janganlah!”jerit aku.Terus aku tendang kuat perut lelaki tersebut menyebabkan lelaki tersebut terjatuh tersungku ke jalan.Rakan-rakannya yang lain terkesima sebentar. “Wallawei..dia main kasarlah geng!Ni yang aku tak boleh nak tahan ni”. Tersentak aku lagi sekali apabila lengan aku dipegang di kedua-dua belah.Aku meronta sekuat hati sebelum tubuh aku ditolak kuat oleh salah seorang daripada mereka.Namun,belum sempat tubuh aku jatuh menyembam ke tanah,terasa tubuh aku ditahan seseorang.Aku kalihkan muka!Ren! “Lu okey?”soal Ren perlahan.Dia memegang bahuku.Aku angguk kepala. “Ni jantan mana pulak interframe ni?”soal mereka kuat.Ren melangkah ke hadapan.Dia menyuruh aku bersembunyi di belakang tubuhnya. “Lu orang tak ada kerja lain ke haa bai?Tak habis-habis nak kacau orang.Sampah masyarakat betul lu orang ni”. Aku gigit bibir apabila mendengar bicara Ren. “Eh bro!Kau jangan nak over.Sekali aku hentak dengan dengan lutut aku ni,mahu ICU kau terus”. Ren ketawa sinis. “Lutut lu orang aje lu orang fikir?Habis?Lutut gua ni apa?Tempurung kelapa?Sekali gua hentak lu orang dengan lutut ni,mahu pecah berderai kepala lu orang.Setakat lu orang badan macam ikan bilis ni,gua tak heranlah.Dah!Lu pergi balik rumah.Baca buku!Jangan nak jahanamkan masa depan lu orang okey.Gua tengok lu orang ni muda lagi”. Aku terasa lengan aku ditarik melewati kumpulan pemuda tersebut.Namun baru beberapa langkah kami menapak,aku ternampak yang seorang pemuda sudah mengangkat tinggi kayu yang entah di mana dikutipnya.Aku menjerit kuat apabila merasa yang bila-bila masa saja,kayu tersebut akan mendarat di muka aku.Namun,Ren tiba-tiba memusingkan badannya dan melindungi muka aku,menyebabkan aku terus tergamam dan hilang kata-kata. Aku rasakan semuanya berlaku terlalu pantas.Sedar-sedar Ren sudah terbaring di atas jalan raya.Aku terkejut hingga menyebabkan aku langsung tidak dapat berkata apa-apa.Yang keluar pada waktu itu,hanyalah air mata.Air mata aku yang lebih memahami apa yang hati aku rasa. Aku pandang Ren yang terbaring di atas tanah.Pasti belakangnya sakit kerana pukulan kayu tersebut.Pukulan yang tidak disangka tersebut menyebabkan semua mereka terkejut,lalu terus melarikan diri. “Ren..kau okey ke?”. “Gua rasa..gua..”Tersekat-sekat suara Ren. “Ren..kau jangan buat aku takut .Jom kita jumpa doktor..” Ren pegang tangan aku,menghalang aku daripada bangun. “Gua rasa..gua dah tak…” Aku geleng kepala.Air mata aku sudah berlinangan. “Tak..kau jangan cakap macam tu.Kau takkan apa-apa.Kena hentak sikit aje kan”. “Salha..kalau gua dah tak ada,lu jangan cari boyfriend lain tau”. Aku yang masih kebingungan hanya mengangguk kepala laju,walaupun aku sendiri pun tidak tahu bila dia jadi boyfriend aku. “Salha..”. Jemari aku dia pegang erat.Aku dapat lihat dia menarik nafasnya secara perlahan-lahan. “Gua..gua..” “Ren..”Aku goyang jemarinya. “Lu janji lu takkan cari boyfriend lain kan?”soalnya lagi sekali.Mata aku yang terasa kabur,aku kesat. “Apa kau merepek ni.Kau akan okeylah..” “Tapi gua rasa…macam gua..dah..”Ayatnya mati di situ. “Gua rasa macam gua dah tak boleh nak tahan gelaklah..”Dan serentak dengan itu,ketawa meledak kuat daripada mulutnya.Aku terpingga-pingga melihat dia bangun lalu duduk bersila di hadapan aku. “Lu nangis?Hahaha..lu sayang juga dekat gua rupanya”. Tidak berkelip mata aku pandang wajah Ren yang masih ketawa.Kami yang sedang duduk di atas jalan merenung antara satu sama lain. “Kau..kau..”Aku bengang.Muka Ren yang masih tersenyum sambil mendongkat dagu dengan tangan dan diletakkan di atas kakinya betul-betul membuat aku berasa bengang. “Lu sayang gua kan?”soal Ren. Huh!Aku mendengus.Kalau nak diikutkan rasa hati,nak aje aku panggil balik budak-budak pengacau tu,pukul dia sampai pengsan.Tangannya yang masih memegang jemari aku,aku rentap kasar.Aku terus bangun dan memandang dia dengan pandangan yang tajam. “Ambik kesempatan!”marah aku.Geram aku dengan perangai dia yang menyakitkan hati aku.Pipi aku yang basah,aku kesat.Terus aku melangkah laju,membiarkan Ren masih duduk bersila di atas jalan raya. “Laa..jawablah dulu soalan gua..”jerit Ren. “Kau diam sebelum aku sendiri pukul kau dengan kayu”jerit aku kuat. ************************** Aku pandang jam di dinding.Rasa geram sudah mula menghantui diri aku.Melampau betul manusia yang bernama Azren ni.Kalau yea pun nak keluar,tak reti-reti ke nak bawa kunci rumah?Dah tahu jenis yang suka balik lewat malam,bawaklah kunci rumah.Ni tak..menyusahkan aku aje. Aku pandang lagi jam di dinding.Sudah pukul 12.30 tengah malam.Aku menguap dan mengeliat.Lenguh rasa satu badan.Dahlah esok aku kena kerja awal pagi.Shift pukul 10.00 pagi pulak tu. Beberapa jam sebelum itu,aku keluar daripada bilik untuk minum air.Ketika itu,aku terlihat Mak Ati sedang berbaring di atas sofa.Selalunya,Mak Ati akan tidur dalam bilik.Dan dihambat dengan perasaan hairan,terus aku kejutkan Mak Ati. “Mak cik risau,Ren tak pernah balik selewat ni.Kalau dia balik lewat pun,dia bagitahu mak cik.Dahlah dia tak bawa kunci rumah.Kalau mak cik tidur,macam mana dia nak masuk rumah?”. Tergiang kembali ayat Mak Ati di telinga aku,bersama dengan riak mukanya yang risau.Dan,terus aku tawarkan diri untuk menunggu Ren.Kesian pada Mak Ati yang aku lihat sudah beberapa kali menguap. Aku bangun lalu merengangkan otot badan.Langkah aku atur menuju ke tingkap.Langsir yang berwarna kuning itu aku selak perlahan.Tidak nampak tanda-tanda Ren akan pulang. Aku kembali duduk di atas sofa sambil memeluk bantal kecik yang berbentuk love.Tersentak aku apabila pintu rumah diketuk.Terus aku membuka pintu.Berkerut dahi aku melihat Ren.Bau yang aneh menerjah masuk ke dalam rerongga hidung aku. “Kau kenapa?”soal aku. Ren mendiamkan diri.Dia masuk ke dalam rumah dengan muka selamba.Aku tidak berpuas hati.Bau yang aneh,yang mengikuti langkahnya membuatkan aku bengang. “Kau mabuk ek?”soal aku lalu menarik lengannya. “Lu kenapa?”. “Kenapa?Kau tu yang patut aku tanya kenapa?Kau mabuk yea?Kau minum?”soal aku bertalu-talu.Ren mendengus.Dia pandang wajah aku. “Apa yang gua buat,tak ada kena-mengena dengan lu,okey”. Hah?Tak ada kena-mengena dengan aku?Tapi..dia kan dah janji dia takkan sentuh benda-benda macam tu? “Kau dah janji dengan aku,yang kau takkan sentuh benda-benda macam tu.Kau dah janji Ren!Kau tak kesian ke dengan mak kau? ”.Nada suara aku naikkan sedikit. “Gua tak minumlah.Lu jangan tuduh gua yang bukan-bukan boleh tak?Gua tak minum..maknanya gua tak minumlah.Lu jangan buat bingit dekat sini”. Aku terdiam.Ren..kenapa kau dah berubah?Kau dah tak macam dulu. “Kalau kau tak minum,kenapa dekat kau ada bau beer?”. Ren terdiam. “Apa yang gua buat,itu gua punya pasal.Tak ada kena-mengena dengan lu.Lu tu cuma menumpang aje dekat sini.Lu sedar diri lu sikit..” Lu tu cuma menumpang aje dekat sini. Lu sedar diri lu tu sikit. Aku berundur beberapa tapak ke belakang.Ayat yang dituturkan Ren bagaikan batu besar yang menghempas kepala aku.Aku lupa siapa diri aku.Ini rumahnya.Ini keluarganya.Aku siapa?Hanya orang luar yang dia jumpa di tengah lorong. Ren yang melihat raut wajah muka aku yang berubah terpana. “Salha..gua..” Aku senyum sinis. “Tak payah!Aku faham..”ucap aku lalu terus menuju masuk ke dalam bilik.Pintu bilik aku tutup perlahan.Ini bukan rumah aku yang aku boleh suka hati nak hempas pintu.Aku bersandar di belakang pintu bilik.Perlahan-lahan,akhirnya lutut aku terasa lembik untuk menampung badan aku,lalu aku jatuh terduduk di lantai bilik. Walaupun ayat yang dituturkan Ren hanya kedengaran biasa,namun pedih bagi aku.Terasa bagaikan ada pisau potong ayam yang sedang melunyat-lunyat hati aku menjadi keping-keping kecil.Aku pandang beg pakaian aku yang tersimpan elok di atas almari.Tanpa berlenggah,terus beg pakaian tersebut aku capai. ********************************** Aku rebahkan badan ke atas katil.Sekarang..aku menyewa di rumah rakan sekerja aku.Tepat pada masanya aku keluar daripada rumah Ren.Hujung bulan!Sudah aku ambil keputusan untuk keluar daripada rumah Ren.Pagi tadi,sempat aku bersalaman dengan Mak Ati.Terkejut Mak Ati melihat aku keluar daripada bilik dengan beg pakaian.Tapi Ren?Tak pula aku jumpa.Mungkin dia sudah keluar.Mungkin dia masih tidur.Mungkin dia masih marahkan aku.Mungkin..Atau aku sendiri yang memang berharap tak nak jumpa lagi dengan dia. “Lu tak ada boyfriend ke?”soal Ren. Aku ketawa.Wajahnya aku kerling sekilas. “Boyfriend?Buang masa aku aje”. Ren mencebik. “Apasal?Lu tak minat sama lelaki?”. “Bukan..cuma aku tak jumpa lagi dengan orang yang sesuai.Lagipun,aku muda lagilah..” “Umur dah 25 tahun,lu kata lu muda lagi..” Aku mencebik. “Sekurang-kurangnya,aku taklah macam kau.Umur dah 27 tahun pun tak ada aweks”. “Eh..sape kata gua tak ada aweks?”. Aku tersentak. “Kau dah ada aweks?”. “Adalah!Apa?Ingat muka gua ni tak laku ke?”soal Ren.Aku terdiam.Air liur aku teguk perlahan.Dia dah ada aweks rupanya.Ahh..biarlah kalau dia dah ada aweks pun,apa kena mengena dengan aku?Soal hati kecil aku. “Sape awek kau?AKu tak pernah nampak pun..” “Lu lah..” Ren ketawa kuat apabila dapat mengenakan aku.Aku mendengus,namun aku terasa macam ada satu perasaan lega yang muncul di dalam hati aku. “Aku kalau nak cari boyfriend,aku takkan cari boyfriend yang panggil aku lu”. “Habis lu nak gua panggil apa?Darling,ling ling,baby,babe,sayang,muah,manje,bucuk-bucuk.Cakap aje.Gua tak ada hal.Gua universal”. Aku terdiam. “Boyfriend aku tak merokok okey”. “Lepas lu jadi aweks gua,gua henti hisap rokok”. “Kalau nak berhenti hisap rokok,berhenti sebab diri sendiri.Bukan sebab orang lain”. “Tapi tak salah kan,kalau gua nak jadikan lu sebab untuk gua berhenti merokok”. “Aku tak suka boyfriend aku bertindik sana sini”. “Ini”Ren pegang telinganya. “Ini kesan dia okey.Gua dah lama dah tak bertindik”. “Aku nak boyfriend aku boleh bimbing aku ke jalan kebaikan”. “Pernah ke gua suruh lu buat benda tak elok selama ni?”soal Ren.Aku terdiam sejenak. “Aku nak boyfriend aku pandai baca doa”. “Gua pandai baca doa apa.Doa makan!”Ren ketawa.Aku mendengus.Geram mendengar tutur ayat yang keluar daripada mulut Ren. “Soal agama bukan main-main Ren”ucap aku tegas.Ketawa Ren mati. “Lu janganlah fikir,gua macam ni,gua tak tahu hukum hakam.Gua tahu,lu pandang hina pada gua.Yelah..gua bertindik,gua pakai macam ni.Lu boleh fikir yang bukan-bukan pasal gua.Tapi,gua kenal diri gua.Kalau lu bagi gua masa,gua yakin gua boleh jadi lelaki yang baik untuk lu.Lagi,apa lagi yang lu tak puas hati pasal gua? Aku terdiam.Apa lagi yang aku tak puas hati dengannya.Rambutnya?Pakaiannya?Sudah boleh aku terima lama-kelamaan.Malah perangainya itu pun sudah aku boleh terima.Bahasanya?Lu gua..walaupun tipikal,namun aku boleh terima. “Lu tak bagi hati lu..gua curi”getus Ren tiba-tiba. Aku ketawa. “Kau ni memang dasar perompak kan?”. “Suka hati lu nak cakap apa.Dulu..gua tak dapat apa-apa dari lu.Sekarang..gua nak hati lu.Lu nak bagi ke tak nak bagi ke,gua tak peduli.Yang pasti,hati lu tu dah ada nama gua.Jangan lu gatal-gatal nak bagi dekat lelaki lain”. Entah kenapa,walaupun baru dua hari aku tak berjumpa dengan Ren,tidak mendengar suaranya,aku sudah mula rindu.Yap!Aku dah mula rindukan dia.Rindukan ayatnya yang kasar.Rindukan wajahnya.Rindukan senyumannya.Rindukan kata sinisnya. Aku mengeluh.Gila!Aku pasti aku sudah gila!Baik aku pejam mata dan tidur.Itukan lebih baik? ******************************** Aku menolak pintu Starbuck.Terbuntang biji mata aku apabila melihat Ren bertinggung di tepi longkang sambil menghisap rokok.Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan dia.Ren yang melihat aku sudah keluar segera bangun,lalu membuang rokoknya ke tanah sebelum memijaknya. “Lu rindu gua tak?”soal Ren,memulakan perbualan.Dia cuba menyaingi langkah aku. “Apa kau nak?”soal aku kasar.Sedikit pun aku tidak memandang mukanya walaupun itu yang paling ingin aku lakukan.Hati!Kuatkanlah dirimu. “Lu blah dari rumah gua,tak bagitahu gua pun.Gua sedih lu tahu”. Langkah aku terhenti.Aku pandang wajah Ren dengan renungan yang tajam. “Bukan kau ke yang cakap dekat aku,yang aku menumpang dekat situ”. Ren terdiam beberapa saat.Aku kembali mengatur langkah. “Tapi..gua gurau aje.Takkan itu pun lu nak ambik hati kot.Lu tak kesian dengan mak gua.Mak gua rindu dekat lu,lu tahu..”. “Kata kat mak kau,aku minta maaf”. “Kat mak gua aje?Habis gua?Lu ingat gua ni apa?Tugu negara?Ke moscot A&W?Gua pun ada hati dan perasaan juga”. Aku senyum sinis. “Aku tak mahu tahu pasal hati dan perasaan kau”. “Salha..gua tahu gua salah.Gua mintak maaf okey.Takkan lu nak marah gua pasal benda kecik ni?”. Benda kecik?Langkah aku kembali terhenti.Aku pusing pandang wajah Ren.Anak matanya yang berwarna hitam pekat itu aku pandang. “Benda kecik yea?Kau khianati janji kau,benda kecik?Kau minum beer,perkara kecik?Memang semua perkara adalah benda kecik bagi kau kan?”. “Salha..” “Dahlah Ren!Kau blahlah dari hidup aku.Aku tak nak ada apa-apa dah kaitan dengan kau.Kau blah,boleh tak?Get lost”ucap aku.Entahlah!Hati aku sendiri terasa sakit ketika menuturkan ayat itu.Tambah-tambah apabila melihat muka tenang Ren. Tidak mahu berlama di situ,aku terus menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu.Biarlah kali ini,duit aku habis sebab menaiki teksi sebab akurasa hati aku sudah tidak mampu hendak bertahan di situ. ************************************** Siulan nakal ketika aku melalui lorong membuatkan aku menyumpah seranah di dalam hati.Aku yakin..pasti siulan tersebut datang daripada kumpulan budak yang hari itu menganggu aku. “Weh..korang jangan ganggu dia.Nanti bodyguard dia datang belasah korang,baru korang tahu”ucap satu suara. “Entah!Korang trylah kacau dia.Tak pasal-pasal aje kena hentak free dengan bodyguard dia”. Aku menghentikan langkah aku.Aku tahu mereka tengah bercakap soal aku.Tapi,siapa bodyguard?Siapa yang kena hentak?Terus aku berpusing dan mengatur langkah ke mereka.Wajah mereka jelas nampak terkejut. “Sorrylah.Kami gurau-gurau aje.Tak ada niat pun nak kacau akak”ucap seorang lelaki yang agak tinggi dan bersuara agak garau. Aku mencebik.Sedar pun diri tu muda.Tahu pula nak panggil aku akak.Ingatkan dah tak ada rasa hormat dah dekat orang yang lagi tua. “Apa yang korang cakap tadi?Bodyguard?Bodyguard apa?”soal aku tidak puas hati.Terus aku straight to the point.Wajah mereka yang kelihatan serba-salah,takut-takut menimbulkan curiga di hati aku. “Ala..bodyguard akaklah!Lelaki yang bertindik,rambut perang sebelah tu.Dia datang belasah kami hari tu”. “Belasah korang?”. “A`ah!Kami tengah sedap-sedap minum dekat tepi lorong ni,dia datang kacau kami.Dahlah penumbuk keras nak mampus”. Aku terdiam. “Korang ada pukul dia tak?”. “Ada!Kami hentak dia dengan botal beer.Bodyguard akak tu kebal ek?Dia tu kuat makan betik ke macam cerita Papaya Man.Hentak tak ada kesan langsung”. “Sorrylah yea akak sebab kacau akak hari tu.Kami gurau-gurau aje.Saja je nak hilangkan bosan”tutur pula seorang lelaki yang agak pendek dan berisi. Aku mencebik. “Lain kali jangan buat lagi.Korang tu kecik lagi.Ada buat kerja tak senonoh macam ni”nasihat aku.Mereka semua tersengih sambil menganggukkan kepala.Aku mengeluh.Sekarang..aku ada masalah besar.Masalah yang sangat besar.Wajah Ren terbayang di fikiran.Oh..adakah aku sudah melakukan satu dosa? ******************************** Aku berdiri di hadapan rumah Ren.Ragu-ragu aku dibuatnya.Fikiran berbelah bahagi samada hendak masuk ataupun tidak. “Apa lu buat depan rumah gua?”. Aku tersentak.Aku kalih ke belakang.Kelihatan Ren bermuka serius menatap aku. “Lu buat apa dekat sini?”. “Err..”Aku hilang suara.Tidak tahu nak cakap apa. “Aku nak minta maaf”. “Minta maaf?”Ren kerut dahi. “Sebab aku tuduh kau yang bukan-bukan.Aku tak sangka yang kau cari balik budak-budak tu” “Dah!Gua tak nak dengar apa-apa.Lu blah sekarang!”ucap Ren. Terpana aku.Aku pandang muka Ren. “Lu tunggu apa lagi.Gua kata blah..blah lah..”. Bagaikan dipukau,terus aku mula mengatur langkah,meninggalkan Ren. “Eh lu!”jerit Ren kuat.Langkah aku termati.Aku pusing ke belakang. “Apa nama penuh lu?”soal Ren.Aku kerut dahi. “Nak buat apa?”soal aku pula. “Gua tanya,lu jawab ajelah”. Terkejut dengan suara Ren yang agak keras,terus aku menjawab; “Siti Salha Binti Mohd Salim”. “Okay..dah!Lu blah sekarang”ucap Ren.Dia membuat isyarat dengan tangannya.Aku berpusing ke hadapan,untuk memulakan kembali langkah. “Siti Salha Binti Mohd Salim”lagi sekali nama aku dipanggil.Namun,kali ini dengan nama penuh.Belum sempat untuk aku mengatur langkah.Aku pusing balik ke belakang. “Lu peluk gua sekali..baru gua maafkan lu!”. Aku mendengus. “Jangan haraplah weh!”. Ren ketawa.Dia melangkah menghampiri aku. “Gua rindu dekat lu.Lu rindu gua tak?”. Aku gigit bibir.Lu,gua,walaupun itu panggilan yang agak brutal,tapi sekarang..aku rasa panggilan itu sangat comel. “Salha..”Ren panggil perlahan.Aku pandang Ren.Kelihatan jemarinya ragu-ragu hendak mengenggam jemariku.Akhirnya,tanpa memandang muka aku,terus dia mengenggam jemariku.Aku tersentak. “Lu tak rindu gua ek?”soal Ren sambil berdehem.Dia alihkan pandangan,memandang muka aku.Kali ini,aku yang tidak berani hendak memandang dia. Aku gelengkan kepala.Ren senyum. “Jadi..lu rindu sama gualah..” Aku angguk kepala juga,walaupun perasaan malu begitu menghambat diri. “Jom..”ajak Ren.Aku kerut dahi. “Jom pergi mana?”. “Jadi awek gua”. Aku gigit bibir. “Jom..”ucap aku pula sambil tersenyum. ************************ “Nanti kita balik jumpa mak bapak lu okey”. “Nak buat apa?”soal aku pelik. “Gua nak masuk minang lu lah.Takkan gua nak ajak mak bapak lu main poco-poco pula”. Aku terdiam.Senyuman cuba aku tahan daripada terukir di bibir.Gengaman tangan yang menyatukan jemari aku dan Ren aku pandang sekilas. “Salha..” “Hmm…” “Gua dah tak hisap rokok dah!Gua dah berhenti semalam”. “Good!”Sungguh aku tak sangka yang dia akan berhenti merokok. “Gua tak tahu samada gua boleh berhenti ke tak.Tapi,demi lu..gua janji gua akan cuba berhenti.Lu bolehkan tolong gua”.Ren pandang aku. Aku membalas pandangan mata Ren.Kepala aku anggukkan,tanda yang aku sanggup membantunya.Ren tersenyum panjang. “Lagi satu..” “Apa?” “Semalam gua dah pakai baju kemeja”. “Yea..”aku sengih. “Tapi..gua rasa gua macam badut aje bila pakai baju kemeja.Jadi,gua tak nak pakai baju kemeja dah.Lu tak marah kan?”. “Tak..Aku hormat keputusan kau”. “Salha..”lagi sekali nama aku dipanggil. “Apa?”. “Kita tak payah guna bahasa lu gua,kau aku okey.Lu panggil gua baby..” Aku kerut dahi.Baby? “Habis kau nak panggil aku apa?”. “Bayi..” Dan serentak dengan itu,kami ketawa bahagia. “Gua sayang lu..”tutur Ren romantis.Mematikan terus ketawa aku. Aku diam.Dapat aku rasakan,bagai semua mata sedang memandang aku walaupun ketika itu,tiada siapa pun di padang permainan berhampiran rumah Ren.Senyuman manis aku terukir di bibir.Ren goyangkan tangan aku.Aku angkat kening. “Lu pulak?”soal Ren tidak puas hati. Senyuman aku akhirnya bertukar menjadi ketawa kecil. “Aku sayang kau juga..”tutur aku. |
Posted by aerolit_gurlz on April 13 2010 01:28:54 |
fuh33..kalo citer ni x best sori la k..
ak amek pon sbb ak kagum keolehan die(yg bkn pnulis pro) tulis citer panjang gini..huhu
0 Response to novel jiwang..
Post a Comment