teteman

kalau hati sudah bertaut





kalau hati sudah bertaut
namun peluang tidak kurebut
bukan bermakna aku pengecut
pada rasa yang mungkin bersahut

cuma

ini cara aku
menjaga rasa suci bak salju
tanpa perkara yang tidak perlu
insyaAllah jodoh pasti bersatu.


penulis kata


sebagai ungkapan balas puisi indah Rachmat Hidayat dalam puisinya berjudul:
Untuk Seseorang

"Lagi, kau datang lagi membingkai cantik hariku yang kusut. Entah, kau selalu saja tahu kapan diriku dirambat sepi, dan tiba-tiba kamu masuk di sela-sela keheningan tak bertuan.

Bodoh, aku suka kamu, bodoh. Iya sih, mata kita memang jarang saling memandang, kuping kita juga jarang saling mengerti, tetapi ada sesuatu yang kau ikat dalam tubuhku, sesuatu yang kau simpul manis membuatku tersipu kaku."

baca lagi





Kekasihku kaca



Segumpal daging bernama hati
mencari teman pengibur diri
dikala sedih bahu diberi
dikala suka sama berkongsi

Saat suka mula berbalas
hati berbunga senyumnya jelas
masa terluang bayang melintas
asyik terkenang tak mahu lepas

Semakin lama semakin rapat
hati bertaut semakin erat
cinta bersemi semakin pekat
terasa syurga semakin dekat

Sedang asmara kian membara
ribut mendatang menghempas jiwa
timbang dan rasa bertukar gempa
tangan dan kaki ringan ke muka

Di mana janji kasih setia
berkongsi sedih suka dan duka
belum pun nikah sudah tersiksa
korban ditabur semuanya lupa

Di mana letak nilai dirimu
kekasih kaca atau permata
kalau permata harga tetapmu
jangan berlagak seperti kaca

Kekasih kaca atau permata
engkau yang pilih engkau yang rasa
untung dikongsi bersama-sama
cela dicanai padam semua


Penulis kata

Bintang Mencari Bintang minggu 1



Hyep! Assalamualaikum semua..

Agak lame jugak along tak membebel dalam blog ni rasenye.
Mungkin ade yang dah tak ikut blog cipisan macam along ni. Berbalik kepada tajuk, along tertearik dengan satu rancangan realiti baru ni, Bintang Mencari Bintang. Kalau dulu ada One In A Million, Akedemi Fantasia, Mentor, Audition, Pilih Kasih, Raja Lawak, Maharaja lawak, semua dengan misi masing-masing mencari bakat untuk diketengahkan dalam bidang nyanyian, lakonan dan sketsa. Tapi yang BMB ni pulak cari yang boleh buat sketsa lawak DAN boleh menyanyi. Susah nak cari orang yang ade pakej macam ni, setakat ni Jozan, dengan Sepah je yang ade semua tu.

Along pun sebenarnye teringin jugak pergi audition skali dengan teman-teman seperjuanga dari program ProjekAktor di Putrajaya dulu, tapi along sedar, suare along tak cukup takat lagi untuk menyanyi, jadi, along terpaksa batalkan hajat tu. Tapi ade la sorang dua kenalan yang lulus ujibakat tu, alhamdulillah. Rezeki diorang. 
Kenapa Senario dipilih jadi Sifu?
Memang tak dinafikan, mereka suatu masa dulu pernah jadi fenomena lawak negara, sampai keluar banyak filem atas nama mereka. Tapi sekarang, kite sendiri boleh tengok prestasi lawak mereka dah 'basi' dan tenggelam dengan pelawak-pelawak baru dan otai-otai lain yang masih berbisa macam Jozan, Sepah, Boboi, Osbon dan lain-lain. Kalau lawak mereka sendiri pun tak laku, macamana mereka nak bimbing orang baru untuk melawak?

Tak bantah FBI jadi Sifu.
Walaupun FBI bukan asalnya dari pelawak, tapi dia punya pakej penghibur yang boleh melawak dan menyanyi. Korang sendiri boleh dengar bagaimana dia mengacarakan majlis dan radio, bagaimana dia parodi kan lagu kan? Tak perlu banyak cerita, kita tau dia mampu.

Sokong Afdlin, Harun Salim Bachik, Sabri Yunus jadi Sifu.
Tak perlu cakap banyak. semua dah tau berapa lama diorang bertapak dalam industri hiburan, betapa hebat dan "otai"nye diorang.
Cadangan Sifu lain?
Tapi kan, kalau ada sifu lain yang sama-sama meriahkan lagi program ni mesti lagi gempak kan? Bayangkan kalau Jozan, Sepah,Osbon, Adlin AR, AR Badul, Abon, dan otai-otai lain turut turun padang.. mesti meletop-letop idea para peserta nanti. Tak rugi pun jemput diorang. Peserta mantap, penonton hadap, rating meluap, penganjur jugak yang sedap. hahah..
Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang:
1. Sifu: Sabri Yunus
M1 Titan: Azizul Ammar Abu Hassan & Fazlisham Mat Hussin
M2
Bog Too: Nor Alif Mohd Mokhtar & Mohamad Shafiq Raside
2. Sifu: Raja Azura
M1 Awok: Filzah Azmi & Nurul Ain Othman
M2
Kelawak: Syed Atiq Wan Long & Muhd Maaruf Zamani
3. Sifu: Afdlin Shauki
M1 Bocik: Mohd Fadlie Mohd Nizam & Syed Umar Mokhtar
M2
Bowl: Mohd Danial Lee & Syed Ali Mubarak
4. Sifu: Faizal Ismail
M1 Tapaw: Mohd Shahrizal Sulaiman & Khairul Faiz Sulaiman
M2
Ajo: Wan Azrul Azizan
5. Sifu: Harun Salim Bachik
M1 Achey: Mohd Nasir Hamzah
M2
Xoxo: Mohd Hazwan Azani & Hazmeer Hassan
6. Sifu: Kumpulan Senario
M1 Tocai: Mohamad Tarmizi Mustafa & Mohd Faizal Mat Saat
M2
Gegau: Mohd Saffuan Samsuddin & Faizal Ibrahim


Along tak sempat tengok live BMB haritu, tengok pon kat tonton.my je, tapi setakat yang along tengok,
TITAN dah agak selesa dengan pentas, lawaknye ade, kadang2 punch tak kuat. tapi nyanyi sedap dah.
AWOK bab lawak die tak kuat, taktau tang mane yang silap. tapi bile nyanyi nauzubillah.. terbang serban pak aji
BOCIK pon dah selesa dengan pentas, lawak ade, punch tak firm.. nyanyi sedap dah..
TAPAW lagi la, pernah masuk raja lawak kan? haha.. cuma jangan selesa sangat la
TOCAI ni pulak macam segan-segan lagi, tapi kite tak tau macamane die perform nanti..
ACHEY memang best! along minat die ni sejak tertengok audition lagi. orang Segamat oke! haha
itu setakat yang along sempat tengok la, lagi separuh peserta akan dipentaskan minggu depan, so, minggu depan la komennye yep.. InsyaALlah.. minggu ni sorang member dah perform, minggu depan member lagi sorang pulak. tak sabar nak tengok sifu teater atas pentas dalam tv nanti.. hahah!



TARIQ AS-SADIQ




TARIQ AS-SADIQ 


Bingung , aku bingung 

Dimana silapnya cintaku padamu 

Bertahun aku mencarimu 

Sejak celik mataku 

melihat kuasa cintamu 

pada alam yang kau ciptakan 

pada makhluk yang kau hidupkan 

pada rezeki yang kau limpahkan 

pada segala yang kau tetapkan. 



Aku hanyut mencintaimu 

Tanpa soal, aku turut perintahmu 

Tanpa guru, aku belajar mengenalimu 

Tanpa ragu, aku kejar kasih sayangmu 



Hingga sekarang 

Aku terdampar di pulau yang kosong 

Tak berpenghuni. 



Kini aku merasakan kau seolah-olah bersembunyi dariku 

Namun aku tetap tegar mencarimu 

Dan perlahan-lahan 

Mindaku berkecamuk 

Bingung , geram , resah , gelisah 

Sunyi, 

kerana erti hidupku ini terlalu kosong 

Kosong 

seperti orang buta 

Yang cuba mencari arah 

Di tengah-tengah pulau nan sepi 

Ke mana hendak ku pergi?

Apa perluku di sini?

bagaimana ingin ku teruskan hidup begini? 

Segala macam persoalan membiak menyesakkan mindaku. 


Dimana kau 

Saat aku memerlukan cahaya 

Dalam hitam pekat kekosonganku ini 




Matinya hati



melalui hujung-hujung waktu
aku bangkit dari hidup
melihat karenah manusia
hingar bingar

pekak menebali hidup
menonton manusia sugul
mencari arah entah kemana
selamanya entah kemana

kerana bungkusan hati busuk
meluruh menjadi hati senja

menanti terbit mentari pagi
ah! manusia kini bukan manusia

ada tangan tetapi kudung
ada kaki tetapi tempang
ada mulut tetapi bisu
ada telinga tetapi tuli
ada mata tetapi buta
ada hati tetapi mati

tololnya berlari memijak duri
tetapi sombong berkaki ayam
lantas luka semakin dalam
bisa membiak memakan diri




penulis kata



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...