teteman

Juara Festival Teater MAKUM 2012 milik Kelab Teater Rimba, UKM


Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis penyampaian hadiah n penutup Festival Teater MAKUM 2012 pada 8 Julai 2012 lepas. Segala penantian sejak berakhirnya persembahan kami pada malam sebelumnya telah terjawab.
Johan Festival Teater MAKUM 2012 milik kami!!



*aku sayang korang semua!!

*besar giler trofi die.. puas aku ciom!! haha



*cilok gambar dari Ana Auni..(lepas show)



akibat terlalu gembira dengan kejayaan kami kali ini, habis semua lagu yang ada dalam teater kami dinyanyikan beramai2. sedangkan peserta lain dah pergi minum malam kat kemah yg disediakan. hohoh.

em.. sebelum hari pementasan kami, pihak kebudayaan UKM ada buat bengkel kesenian, so, masa majlis penutupan tu, kami buat la preview sket.. 



yang intro tu student dari Jepun. nama dia Yukari Noguci atau nama Melayu dia Aisyah. hehe..
dia join kitorang waktu bengkel teater dijalankan. dalam bengkel yang kami ikut tu. Pak Marzuki yang ajar kami tentang teknik pernafasan, olah suara, olah emosi dan macam2 lagi asas teater. walaupun bertindan dengan masa untuk latihan MAKUM, semua tunjuk ajar yang diberi memang sangat2 membantu kami.

dan ini video persembahan kami malam tu. memang banyak silap. tapi bende dah telepas. nerves katenye.. ahah..


Video penuh rakaman "Cinta Seorang Pencuri" daripada DVD yang dibekalkan oleh pihak MAKUM 2012. Kelab Teater Rimba UKM mengolah daripada naskhah Jean Annouilh, "Thieves Carnival". Kami terpaksa mengubah hampir keseluruhan jalan cerita dan gaya persembahan kerana kekangan tenaga produksi, barisan pelakon dan masa latihan. Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana hasil penat lelah kami dan semua senior, alumni, pegawai dan rakan2 yang menghulurkan tangan meringankan beban kami sebagai pelakon DAN produksi berjaya membawa nama Kelab Teater Rimba naik menjadi Johan Keseluruhan Festival Teater MAKUM 2012.
Terlalu banyak kenangan pahit manis kami semua pelakon dan produksi. Semoga hubungan ini kekal bukan hanya disini. amin 



teater Cinta Seorang Pencuri


Assalamualaikum..

thanx sudi jengah blog bersawang nih.. lame sangat dah tak update.
maklumlah bz dengan latihan. lepas je exam aritu latihan terus jalan.
nak meset2 ngan adinda pon kene hold. kesian die. em.

harini kami, Kelab Teater Rimba akan mempersembahkan teater Cinta Seorang Pencuri untuk MAKUM '12 di Panggung Eksperimen, UM pukul 9 malam nanti. kalau korang sudi datang tengok, kitorang sangat2hargai. jemput datang tonton teater komedi romantik kami. 
*ni kali pertama along kene buat babak nanges2.. waaaaaa!!

bawah ni poster yang baru siap. lambat sebab kene buat skali lagi FILE CORRUPTED!!GRRRRR!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...