teteman

Showing posts with label beryngatlah selagi masih ingat. Show all posts
Showing posts with label beryngatlah selagi masih ingat. Show all posts

guru, jangan jadi pelita yang tertutup


PELITA GELAP

lampu pelita bertutup legap
mata melihat ditutup rapat
dah la sombong tak boleh harap
murid belajar ape pun tak dapat



guru

mulia tugasmu 
menyusun corak baris warna dunia
untuk tatapan insan penagih ilmu

agar kenal garis bengkok dan lurus
agar kenal warna gelap dan terang
agar kenal fitnah dan sahih

pilihannya pada acuan yang kau bentukkan

insan muda ini
mungkin jadi pelukis
mungkin juga jadi kudis
mungkin jadi guru
mungkin juga jadi peniru
mungkin jadi pemimpin
mungkin juga jadi macai kempen

pilihannya pada acuan yang kau bentukkan

siapa guru

adakah hanya layak digelar kepada 
pencoret papan dengan kapur putih?
penghadap murid tak kenal letih?
atau siapa-siapa yang kita rasa boleh?

siapa pun kau

tugasmu jelas
cuma kadang tercemar rasa malas
niatmu ikhlas
cuma kadang ditutup tindak keras
ajarmu melimpah
cuma kadang ditutup nafsu amarah

dan sepertimana pisang setandan
ada buruk ada cantik
golonganmu tak semua ikhlas mendidik

jadi pelita bertutup gelap
mata melihat kau tutup rapat

jangan jadi ketam
anakmu kan jalan mengiring
jadilah hering
anakmu kan jadi pejuang pesaing




penulis kata

balik raya di pagi raya


Salam aidilfitri
maaf zahir batin..

mood raya skarang masih lagi meluap-luap, walaupun belum ziarah mana-mana rumah saudara mara pun.
raya taon ni memang lain, sebab along tak sempat solat raya dengan famly. cuti raya along taon ni mula raya pertama sampai raya keempat, lepastu sambung kerja tempat biasa.

sedih gak la sebab malam raya still kene keje, tapi sebab nak drag cuti punye pasal, terpakse la. 
mujur la partner jaga kedai malam tu ngam dengan along, tak la sunyi melampau-lampau.. 
yela, *(tariknafaspanjang) orang lain tengah sibuk duduk rumah bergembira bersama sanak saudara yang datang berkumpul menanti pengumuman raya di kaca televisyen bersama-sama manakala pakcik-pakcik dan brader-brader di masjid bersama bersiap untuk melaungkan takbir raya mengikut imam..fuuuuuuuuuuhhhh.. 
sedangkan yang masih bkerje ni duduk melangut kat tempat kerja menghitung saat dan ketika sebelum pulang beraya.. 

balik kerja dah pukul 12 tengah malam, online jap cek fb(tabiat nih)..
happy dah boleh balik, tapi mengantuk melampau.. yela, balik kerja pukul 8 pagi, siap2 cari tshirt raya adik-adik, barang yang mak pesan, pukul tiga petang masuk kerja semula sampai pukul 12 tengah malam. member dah risau je bile along kate nak rempit balik malam tu jugak. so, untuk mengelakkan ape2 yang tak baik terjadi sekali lagi, along tido la kejap bagi cerah mate ni nak merempit ke rumah nanti.
-along pernah tertido atas motor on the way balik then eksiden sebab termasuk lane sebelah

sedar tak sedar dah terlajak, jam dah pukul 9.45 subuh pun koboi je..tengok hp dah 9 misscall dari abah..
kol balik,
abah : bile nak gerak nih?
along : ni nak gerak la ni (suare baru bangun tido)
abah : yelah tu, tido la tu..
adeh, tak bleh dah nak blakon sebab abah mmg tau sore anak bujang die ni kalau bgun tido cemane. adeh..
bangun2 terus mandi, siap2 pakai baju melayu siap amek gambar snap letak fb haha..

alamak.. gambar ade kabur sket.. camera 2mp sajorr.. haha..

aksi berani eksiden; jangan tiru aksi ini

alhamdulillah, walaupun dah Zohor baru sampai rumah,
along selamat sampai..

Salam Aidilfitri,
maafkan salah silap
keterlanjuran segala bagai
moga kita sejahtera selalu
di dunia dan akhirat..






Hukum merokok kini jelas



 SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!




Tazkirah Jumaat kita pada hari ini. Along ada terbaca dekat fb seorang sahabat.
mengenai
hadis palsu kat bawah ni


Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : 
“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: 
“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : 
“ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : 
“Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
*ingatlah sebelum terlambat* -Zafirah Zaharin

-------------------------------------------------





jadi? kalau hadis kat atas tu palsu, maknanya hukum rokok tu harus/dibolehkan ke?

tak! hukumnya tetap haram, 






Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


Keterangan/Hujah: 

HUJJAH PERTAMA 

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotin dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

HUJJAH KE DUA.

Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

HUJJAH KE TIGA.

Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

HUJJAH KE EMPAT.

Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

HUJJAH KE LIMA.

Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkannas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukandaripada mencari kemaslahatan”




----------------------------------------------


jadi, anda rasa, merokok tu harus kah? halalkah? haram kah?





yang halal haram kian bercampur
dosa pahala semakin kabur
sebelum ajal bawa ke kubur

marilah taubat, selagi ada umur


semasa rokok diragu hukumnya
ramai pertikai mana dalilnya
bila disebut sumber hadisnya
harap tiada dalih olehnya


sekadar mengingatkan.
sebarang keraguan harap dibincang bersama.



Dompetku hilang di Ulu Yam part 1


Imbas semula kisah aku kehilangan dompet baru-baru ni.
nak tau kisah tapi malas bace crite panjang?.. klik >>sini<< dan >>sini<<



em, setibanya kami di Kolej Pendeta Za'ba, UKM Bangi pada jam lima petang selepas mengharungi satu jam setengah tempoh perjalanan dari Ulu Yam, aku pon dengan kemamaian tahap nyawa2 cicak mengatur langkah untuk menuju ke bilik mendapatkan rehat a.k.a TIDO. Mana tak nye, kerja dari pukul 11 mlm sampai 7 pagi tadi pastu terus siap2 nak pergi berjimba dengan geng-geng kelab teater Citra kolej pukul 8.30 pagi nye. Maka bersuka ria lah kami di sana sampai ke petang.




Dalam kemamaian + mate sembab mintak selam bawah slimut doplohpatjam tuh, tiba2 tangan aku tergerak nak raba bontot kanan aku. Er.. nak check dompet ade ke tak, dan seperti yang korang boleh jangka, mase tu dompet aku tak hadir seperti biase, bukan sebab demam, cirit birit, apetah lagi pulang ke kampung sebab bini nak bersalin, tapi sebab aku dah tercicirkan kat mana2 tempat yang aku pergi sepanjang hari ni.


Mula lah aku gelabah macam tunggu bini bsalin, fuh3... mane nak carik nih?? IC aku tu dah lima kali, ulang suara, LIMA kali hilang ye kawan2.. dan ic terbaru aku nih belum pon sampai enam bulan digantikan. Maka, mula lah aku membayangkan duduk mengadap kat pegawai imigresen/pendaftaran negara nanti untuk siasatan. yang lagi pedih, nak keluarkan duit rm300 untuk bayar denda hilangkan ic tu! PERRGHHH!! memang rabak la aku.. gaji keje sambilan ni pon keciput jer.. tolak dende ic, duit ganti lesen, buat tu buat ni kang paling ciput mesti nak rabal dalam rm400 kan? Takkan nak mintak mak abah tolong byar? Dah besar panjang dah, kate orang tua, kalau kawen, anak dah doblas, errr..


nampak tak no 05 tu


Memikirkan implikasi yang bakal aku tempuhi takkan menyelesaikan ketidakhadiran dompet aku tuh, maka aku cuba me'rewind' kembali kejadah perlakuan aku yang mungkin jadi punce dompetku pergi meninggalkan aku sendiri. Suspek kejadian yang pertama adalah posisi tidorku dalam bas tadi yang sangat cumel macam baby dalam buaian.. weeehuu >.< korang dipersilakan muntah kat tempat memasing, aku tanak bertanggungjawab. Mungkin masa tidor tu dompet tu senyap2 meloloskan diri dari poket aku untuk balik kampung bersiap2 sambut deepavali?.. hm..


Pada saat aku tengah sibuk fikir macamana nak hubungi pakcik driver bas tadi, baru lah aku teringat suspek paling utama lagi sahih! Iaitu semasa kami bersiap2 nak pulang ke UKM, kiorang pakat kumpul reramai kat tepi bas nak amek gambar kat bawah ni. Yela, nak mengabadikan ke happy dan an kitorang lepas penat berjimba-jimbu dalam sungai yg sejuk tadi. Oleh yang demikian, member aku si Lieyna mulalah bersiap untuk mengeshoot gegambar kitorang posing ala-ala duta bas Kiffah tu, tapi sebab nak sume orang masuk frame termasuk la tuan punye belalai DSLR tuh, maka, die buat la timer pastu aku pon dengan selambe nye pegi letakkan dompet aku alaskan belalai DSLR tadi tuh bagi kamera seimbang atas bumbung kete sape tah kat situ. Tambah mengharukan, adalah bila aku, Lieyna, mahupun semua yg ade kat situ tak ingat pon si dompet nih diletakkan situ. dek terlalu galak berposing bagai menyenap gambar, aku pun terlupa dompetku belum diambil. =.=


dompet masih di atas kereta
gambar cilok dari fb mokcik ni

dompet dah diabaikan.. tanpa belas kasihan.. =.=

gambar cilok fb org lain

akan bersambung...




#12 Spontaneous Thursday - alongusop *ironi


rakyat disuruh taat pada pemerintah.. 





























tapi pemerintah sendiri tak taat pada Maha Pencipta..

emak abah masa depan


pelik kan tengok pada tajuk?? haha.. bi bukan entry tentang mesin masa, tentang bomoh tilik nasib dan yang sewaktu dengannya. aku tak pernah percaya yang kita boleh pergi masa silam atau masa depan, sesungguhnya Allah maha kuasa, kalau dia kata jadi, maka jadilah. Tapi perkara ni tak mungkin berlaku, sebabnya, Allah dah cipta syurga neraka, untuk membalas amal ibadah atau perbuatan yang kita lakukan betul? Jadi apa gunanya kalau kita boleh balik ke masa silam? kalau tak faham sudah.. abaikan..

sebenarnya along nak cerita pasal satu topik yang dah dibuka oleh sorang makcik nih,

die ade post


maka.. along pon buat post baru...








*pendapat korang macam mana?
ada sebarang bantahan? penambahan? 

Khutbah Jumaat : pengenalan


Assalamualaikum,


menemui teman-teman penulis sekalian,


Majoriti kita maklum mengenai fenomena baru wordless wednesday, spontaneous thursday, dan mungkin ada banyak lagi hari-hari khusus untuk genre atau jenis entry yang dibuat oleh setiap blogger. Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari, along rasa, ada baiknya kita berkongsi sesuatu artikel yang dapat muhasabah diri kita dan rakan-rakan sambil berdakwah.


Jadi, wujudnya page ini adalah adalah untuk mengajak teman-teman blogger lelaki sekalian untuk sama-sama berkongsi entry ringkas tentang khutbah jumaat di masjid masing-masing.
Sambil-sambil kita berkongsi apa yang kita dengar, insyaAllah ilmu yang dikongsikan itu akan dapat memberi kebaikan kepada para pembaca blog kita kan.


Bagi blogger wanita atau blogger yang terlepas khutbah Jumaat, bolehlah berkongsi sebarang artikel berunsur dakwah, nasihat dan teguran. Yela, kan ramai blogger yang gemar berkongsi artikel-artikel berunsur dawah, teguran, nasihat, hadis dan sunah Rasulullah s.a.w.. Semoga ruangan ini jadi ruang rujukan teman-teman. Apa yang diharapkan, pada setiap hari Jumaat, akan ada link artikel yang berunsur dakwah dikongsikan di wall page ini. 


Tidak kira bagaimana post yang dibuat, dalam bentuk apa pun, dalam gaya bahasa bagaimana sekalipun, kami sentiasa alu-alukan sebarang hasil perkongsian daripada penulis sekalian.  


Semoga kita dapat sama-sama berkongsi ilmu antara kita.
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Jom Jualbeli pantun - Gejala Sosial


ini sticky post!! entry baru ade kat bawah


Salam semua.. along ade stok baru pantun nak jual ni. harap-harap ada yang sudi nak beli.
em.. tapi kalau ada yang nak beli pantun ibu, boleh rujuk sini. cuma kali ni along nak sentuh isu berat sikit. oke.. pendekkan intro, terus ke isi.. 

tak dipedulikan?


Penat dah. penat aku nengok kat wall group blogger kat fb nuh, punye la ramai kawan2 yang ade kat situ,
pastu post buat ayat2 nada sedih, tacing

"bile orang femes post, sume nak layan, newbie cam aku ni sape nak layan??"

"yelah, aku newbie, sape la aku kan.."
"aku bukan sape-sape, takde orang kenal.. "
"takbest la kat sini, korang sombong!tak layan aku pon!"


makin ramai yang rae tersisih pastu buat ayat tacing pasal orang tak layan... ni contoh kecik je ni, aku sendiri pon slalu je kene..

  • buat post orang tak komen
  • geng lame buat gath tak roger
  • member lame ade topik best, tapi tak ajak borak

tapi tu sume bende biase la dalam hidup..kite ada kehidupan masing-masing
bukan nak mengadap kawan kite yang satu ni je..masing2 ade famly, ade kawan2 lain nak dilayan..ade kroni-kroni dari cabang lain nak ditegur.. kan??


jadi, kalau terlepas pandang tak terlayan member tu memang adat la..
cume mase kite ingat kat membe kite, tegur la, tayah sombong ngan orang..
sama-sama ingat kawan, tak boleh la asyik nak harap orang tegur kita.. k?
rasa macam dah buat entry pasal nih banyak kali dah... latest pasal Along di SB kot...hmm...



kuatkan hati jangan mengeluh
bila sendiri tidak ditegur
kawan bersuka berpuluh-puluh
teman sejati tak pernah gugur

dalam berkawan sesama insan
kita tak lari dari kesilapan
andai terabai tolong ingatkan
sekadar sibuk bukan melupakan


selagi boleh cuba elakkan
meminggir diri daripada teman
rajinkan diri melayan rakan
kalau teringin sangat dilayan


yang bulat tak datang bergolek
yang pipih tak datang melayang
tak ditegur jangan kau pelik
kalau sendiri tak tegur orang


dalam sendiri bila terabai
luangkan masa muhasabah diri
Dia di sana tak pernah lalai
panjatkan doa bersihkan diri




*cukuplah tu kot.. bebel panjang pon... 
bukan semua bace ape aku tulis nih.. kan?.. hmm..

duhai gadis permata dunia..


pagi tadi.. tengah sibuk2 ping entry kat group blog, terbace salah satu puisi yang baru di ping kan oleh
seorang kakak, sahabat, guru, ustazah yang tak pernah sunyi dengan usaha beliau mengajar adik2 
dalam bentuk dan cara beliau sendiri. Puisi, dan drama yang beliau selitkan kat blog beliau tak pernah sunyi daripada teguran dan didikan halus yang berkesan. dan yang baru ni, puisi beliau. selamat berkongsi :)




Satu dalam berjuta


Wahai wanita
Jadikan dirimu
Yang terindah
Antara yang terindah


Santun akhlakmu biar terjaga
Tutur bicaramu biar terpelihara
Aurat mahkotamu biar tersimpan rapi
Peribadi dirimu biar terhias iman


Walaupun mungkin
Kau akan jadi yang terasing
Berbeza dan tidak sama
Namun dirimu bernilai
Sebutir mutiara indah
Satu dalam berjuta


laman asal


kak sunah menegur, lembut dalam puisi
teman sejantina, muga dapat kongsi
ilmu takkan gugur, takkan juga basi
manfaat akal iman, yang dah Tuhan beri


ringkas tapi padu, dalam mengingatkan
kata nasihatmu, untuk teman-teman
jangan kamu malu, untuk memulakan
sama ganding bahu, buat perubahan






**kalau korang perasan, seloka along baru2 ni ayat die panjang2 kan.. tu sebab along buat gaye dikir barat

VClip Prema Yin - Marilah : lucah geli nak muntah!


ape nak jadi industri hiburan kat negara kita sekarang nih..
tak abis dengan kes gula-gula tiru k-pop..pakai seksi meksi.. tayang peha tayang body..
pastu dengan muncul team 24:7 pulak..
(skang 24:7 dah tuka name dah kot?)

skarang datang lagi satu nak "meriahkan" lagi industri hiburan negara kita nih.. 
tapisilap cara la.. silap.. video klip yang dibuat tu dah keterlaluan.. LUCAH !


nak katakan bukan muslim.. jap nak rujuk produksi die..
producers: Gambit Saifullah & Umair Mohamed
director: Gambit Saifullah
asst director: Faizal Lockman
editor: Amir Rashid Othman
3D & effects: Umair Mohamed
dop: Badrul
asst camera: Yasir
grip: Kecik
runner: Yad
artiste: Shahz Jaszle
hair & makeup: Jaja Radzwan
costumes: Nisa Mazbar
choreographer: Audrey Tan

pergh...... mostly name muslim tu.. nama sedap2 pulak.. =.= fikir-fikirkan lah..

nak tengok?.. ade sini *warning.. sediakan baldi muntah sebelum menonton..


siap ade versi omputeh..



bak kate naz Melodi mase interview die dengan Kumpulan Gula-Gula aritu
"Dalam persada ini kene gila-gila.. baru sensasi! kene kontrovesi baru meriah ye.. "


bila hiburan menjadi agama
benda yang salah semakin kabur
bila nasihat tak mahu terima
jawablah nanti di dalam kubur

video Kumpulan Gula Gula - Suka Gitu (K-Pop Malaysia)


ahahah... aritu punye video yang along share kat sini dah kene delete dengan tukang upload..
ni along jumpe pulak video baru die.. hahah.. wiwit.. suka gitu!..
korang tengok.. nilai sendiri la ye..





hahaha.. dah tengok??..
along tak berani la nak kate pape.. 
komen2 kat youtube pon dah tunjukkan pandangan majoriti pada kumpulan diorang ni..

Kumpulan Gula-Gula dihina haters dibela kakikipas


Masih panas lagi kes gula-gula ni.. kaki kipas diorang pulak nak berceramah...


kalau korang sempat, gi la check kat older post Gulagula Official FB
tapi rasanya post ni takkan dipadam kot.. sebab post ni sokong Gulagula.. hahah..
apepon, korang bace sendiri dan nilai..


der.. daripada korang gigih carik salah orang yang menegur.. baik korang cari salah korang untuk diperbaiki!.. cehhh...
name nak Jepon, padahal melayu, sokong grup perasan Korea pulak.. adeh.. tunggang terbalik dah org kite.. =.=

aku tak tolak teguran yang dimaklumkan tu, tapi tengok balik la, 
ko nak hentam orang yang menegur, guna agama..
tapi ko tak sedar, ko menyokong orang yang terang2 melanggar hukum agama..


mamat Kenzo ni kakikipas tegar dalam fanpage tuh..

ape cer?? ceciter ceciter!


Admin kumpulan Gula-gula K-pop melayu penakot?


dah tau kewujudan kumpulann k-pop melayu?? dah terjah Fanpage FB dorang??
haha... korang mesti pasan.. semua post2 yang ada kat wall diorang semuanya stok puji2 je... 
satu pon takda yang dok kutuk.. sebab apa?? sebab dorang sangat best ka?? sebab sore diorang sangat sedap ka?? sebab tarian diorang sangat mantop ka?? sebab diorang sangat seksi ka??

BUKAN.. sbabnya...

admin diorang DELETE SEMUA post berunsur negatif..

tak kira lah yang beri teguran, nasihat, komen atau kritikan.. asalkan komen/post tu diorang tak suka, diorang akan delete.. hahah.. korang tak percaya?.. try la terjah skarang ni.. agak2 kalau admin dia blom tido.. jangan harap la komen/wallpost korang yang pedas2 dapat stay lama.. cuma post2 kipas2 kasi naik, post puji memuji, post supportive.. yang baik2 je yang tinggal.. hahah... 

kenapa dia delete?? sebab komen negatif tu salah ka?? komen2 tu tak betul ka?? 
hahaha.. kataorang berani kerana benar.. dan diorang dah terang2 tunjukkan yang diorang TAKUT.. takutkan diri sendiri.. hadoi... sedarlah cepat2 dik oii... kita kat negara Islam..
ada batas agama.. bukan macam kat luar tu... pemikiran diorang dah tentu bebas melampau..
sampai bende yang sangat jijik dijadikan hiburan biasa... =.= 

ape nak jadi la.. apepon.. 
Antara teguran pedas yang selamat ditangkap sebelum dipadam admin 


ni lah wallpost yang along sangat stuju skali.. tapi malang.. dah selamat di delete admin dia.. hm....


skarang dah ade m-pop dah! Kumpulan igulagula seksi weh!!!


ni lah antara anak2 melayu kite zaman sekarang.. =.=
bile semua bende luar nak ditiru... 
benda yang dilarang jadi biasa..
benda yang jijik dianggap seksi..

tak sanggup nak tengok..
ramai pulak penyokong diorang.. isk...
korang nilai lah sendiri kat sini : FB igulagula blog igulagula

perlu ke dedah sana dedah sini?
perlu ke gedik-gedik joget macam perempuan murahan?
perlu ke berhibur macam dah tak ada batasan?

geli aku tengok... 

pelok bear/patung time prektis boleh kasi feel up..

maaf.. tak tau nak tegur macamana lembut lagi..
harap diorang sedar.. =.=
takutnye dengan tanda-tanda akhir zaman macam ni.. 
kiamat dah dekat.... cepat2 lah kumpul bekalan..

Mengapa sembah Kaabah?




Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky.
lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.


‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."



maka terjawablah persoalan Jacky selama ini. 


dikongsi daripada fan page ini :


jangan mudah hatimu goyah
bila soalan datang menerjah
Tuhan yang satu Dialah Allah
sempurna alam dicipta sudah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...