masih ingat perlawanan persahabatan antara Harimau Muda Malaysia menentang pasukan Arsenal baru-baru ni?
Perlawanan persahabatan yang akan dihadapi oleh pasukan Harimau Muda Malaysia selepas ini adalah menentang pasukan Liverpool. Tetapi, belum pun perlawanan berlangsung, para peminat pasukan Liverpool dah membanjiri stadium untuk memberi sokongan dan sorakan kepada pasukan tersebut pada sesi latihan mereka.
Kuat semangat mereka, namun apa yang melampau dilakukan adalah tindakan yang diambil oleh segolongan mereka yang tidak segan silu memalukan orang lain. Semua ini dapat dilihat dalam video di bawah.
Dalam kelompok penyokong pasukan Liverpool, terdapat seorang pemuda yang memakai jersi MU turut serta bersama-sama mereka untuk menonton sesi latihan tersebut.
Tapi apa yang memalukannya adalah, apabila muncul nya golongan yang bersorak mengajak penyokong lain memerli pemuda tersebut dan memaksa dia menanggalkan jersi MU yang sedang dipakainya.
Memalukan. Perlukah memalukan orang lain sampai begitu sekali?
Ini kah semangak penyokong yang kita nak banggakan?
kau lantang dalam kelompok
memekik mekik mengutuk yang lain
sampai kau lupa kau nampak bongok
bila dirakan dilihat yang lain
aib orang suka kau hebah
baju dipakai kau suruh tanggalkan
malu dirinya tidak kau endah
asal kau puas menyalak sakan