teteman

Rosakkah kita?


sekadar ingin membuka mata
terhadap perkara dan isu semasa
kian menjadi di sekeliling kita
membendung ia adakah cara?


lihatlah anak-anak muda kita
semakin liar bersuka-ria
muda lagi dah mula bercinta
sampai berani berbuat zina


terlajak berzina mengandunglah dia
nak tutup malu dibuang anaknya
mana letaknya perimanusia
janin nan suci dibunuh mengapa?


kalau dahulu seksi ditegah
tetapi kini terbiasa sudah
hingga terbuat video lucah 
semata mencari publisiti murah


alasan kau beri sangatlah mudah
"bukan untuk pasaran sini lah"
mana kau letak pegangan akidah
yang halal dan haram kau lupa sudah


bila ditegur engkau melatah
kau lepas carutan kata binasa
tidakkah timbul rasa bersalah
terang-terangan kau halalkan dosa


bukan nak cari salah siapa
cuma mengajak berfikir bersama
dari manakah ia bermula
sehingga kini kita terbiasa


mana peranan ibu dan bapa
mendidik anak sebagai keluarga
bila terlalu dibiar dimanja
ibu dan bapa dipijak kepala


dahulu guru disayang dipuja
tetapi kini disaman dicerca
manakah salah mana silapnya
guru? murid? atau ibubapa?


polis peguam menteri dan sebagainya
pagar tempat si padi mengharap
padi lemah terbelakah nasibnya?
kalau rasuah semakin kerap


bila nafsu terlalu diikut
bagaikan tuhan semua diturut
pahala dosa semua luput
habis jahanam semua hanyut


adapun aku bukanlah malaikat
sempurna terhindar berbuat dosa
cuma kumahu menegur yang sempat
sekadar termampu kuluahkan rasa


penulis kata

Along Usop di Sahabat Blogger



printscreen pinjam dari sini.. 
tenet terlalu slow ntuk upload gambar.. =.=

inilah dia Sahabat Blogger
tapak utama diwaktu senggang
tempat berkumpul semua blogger
ade ping entry banyak bersembang

semakin hari semakin ramai
ahli berkunjung tak putus datang
sepuluh ribu tak lame kan sampai 
cuma janganlah kite berperang

adek-adek datang menjengah
menagih perhatian teman dan taulan
tapi post orang malas nak terjah
macam manalah nak tambah kenalan?

kami di sini hati terbuka
pada kenalan baru dan lama
jemputlah tegur beramah mesra
baru lah semua orang kan suka

kita ni blogger insan yang sama
tiada bezanya aku dan dia
orang yang baru mahupun lama
newbie ke otai ke tiada maknanya

cuma ini pesan dariku
janganlah gopoh terburu-buru
bila terabai sedetik waktu
tak usahlah terus pergi berlalu

dunia blogger semakin dipandang
dilihat dalam pelbagai bidang
marilah kita sama berkembang
kualiti ditingkat yang buruk dibuang



10 origami paling best!


Salam uolsz! ha.. arini along nk share satu video yang mak jumpe kat mokcik youtube nuh..
yela.. tengah bohsan2 dok sensorang lam bilik ni.. tu jela antare keje yang along buleh buat..
haha..


korang sume ingat lagi tak zaman2 skolah tadika, skolah rendah dulu.. mase dalam kelas pendidikan seni,
mesti ade cikgu ajar main lipat2 kertas kan3??.. ke takde?.. nasib la korang kalau takde..rugi rugi..
along ingat lagi dulu ade lipat2 kertas buat sampan, buat topi, buat bekas, buat kapalterbang..
macam2 lagi lah.. ha..


tapi dalam video yang along nak share ni, kerja lipat2 kertas ni, dah sampai tahap tertinggi dah ni..
sekali tengok dah whoaaaaaaaaaa!!! ternganga mulut!.. tak dapat nak bayangkan step2 yang die gune
untuk siapkan tiap2 satu origami tu.. tapi jangan takut.. die ade buat tutorial untuk tiap2 satu origami
yang die tunjuk tuh kat sini.. so, intro dah 3 perenggan.. sebelum korang tekan pangkah kat atas tu, baek korang tekan play kat bawah ni.. heheheh..





amacam?.. ade sape2 brani buat?.. 
meh la sini link.. nak tengok.. :)
*along pon cam teringin gak nak blaja buat nih.. heheheh..=p

#3 Wordless Wednesday - alongusop


wordless wednesday : rabu tanpa kata
source sape lagi join? bagi link kat bawah
scarlett
semanisepal
comeykiut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...