teteman

Juara Festival Teater MAKUM 2012 milik Kelab Teater Rimba, UKM


Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis penyampaian hadiah n penutup Festival Teater MAKUM 2012 pada 8 Julai 2012 lepas. Segala penantian sejak berakhirnya persembahan kami pada malam sebelumnya telah terjawab.
Johan Festival Teater MAKUM 2012 milik kami!!



*aku sayang korang semua!!

*besar giler trofi die.. puas aku ciom!! haha



*cilok gambar dari Ana Auni..(lepas show)



akibat terlalu gembira dengan kejayaan kami kali ini, habis semua lagu yang ada dalam teater kami dinyanyikan beramai2. sedangkan peserta lain dah pergi minum malam kat kemah yg disediakan. hohoh.

em.. sebelum hari pementasan kami, pihak kebudayaan UKM ada buat bengkel kesenian, so, masa majlis penutupan tu, kami buat la preview sket.. 



yang intro tu student dari Jepun. nama dia Yukari Noguci atau nama Melayu dia Aisyah. hehe..
dia join kitorang waktu bengkel teater dijalankan. dalam bengkel yang kami ikut tu. Pak Marzuki yang ajar kami tentang teknik pernafasan, olah suara, olah emosi dan macam2 lagi asas teater. walaupun bertindan dengan masa untuk latihan MAKUM, semua tunjuk ajar yang diberi memang sangat2 membantu kami.

dan ini video persembahan kami malam tu. memang banyak silap. tapi bende dah telepas. nerves katenye.. ahah..


Video penuh rakaman "Cinta Seorang Pencuri" daripada DVD yang dibekalkan oleh pihak MAKUM 2012. Kelab Teater Rimba UKM mengolah daripada naskhah Jean Annouilh, "Thieves Carnival". Kami terpaksa mengubah hampir keseluruhan jalan cerita dan gaya persembahan kerana kekangan tenaga produksi, barisan pelakon dan masa latihan. Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana hasil penat lelah kami dan semua senior, alumni, pegawai dan rakan2 yang menghulurkan tangan meringankan beban kami sebagai pelakon DAN produksi berjaya membawa nama Kelab Teater Rimba naik menjadi Johan Keseluruhan Festival Teater MAKUM 2012.
Terlalu banyak kenangan pahit manis kami semua pelakon dan produksi. Semoga hubungan ini kekal bukan hanya disini. amin 



teater Cinta Seorang Pencuri


Assalamualaikum..

thanx sudi jengah blog bersawang nih.. lame sangat dah tak update.
maklumlah bz dengan latihan. lepas je exam aritu latihan terus jalan.
nak meset2 ngan adinda pon kene hold. kesian die. em.

harini kami, Kelab Teater Rimba akan mempersembahkan teater Cinta Seorang Pencuri untuk MAKUM '12 di Panggung Eksperimen, UM pukul 9 malam nanti. kalau korang sudi datang tengok, kitorang sangat2hargai. jemput datang tonton teater komedi romantik kami. 
*ni kali pertama along kene buat babak nanges2.. waaaaaa!!

bawah ni poster yang baru siap. lambat sebab kene buat skali lagi FILE CORRUPTED!!GRRRRR!!!


t- shirt for sale


lai lai lai.. t- shirt for sale.. murah2..
pm kalau nak oder yea..
ade 3 design boleh pilih.. 


Baju ni ada warna mengikut design(rujuk setiap gambar)
lengan pendek rm 20
lengan panjang rm25
size ade blake.. :P


 *kami sedang kumpul dana untuk program kami di korea nanti, harap korang sudi beli :)


Baju ni ada warna hitam dan putih
lengan pendek rm 20
lengan panjang rm25
size ade blake.. :P

Baju ni ada warna merah,putih,kuning,itam,oren
lengan pendek rm 20
lengan panjang rm25
size ade blake.. :P

Baju ni ada warna ni je.. huhu
lengan pendek rm 20
lengan panjang rm25
size ade blake.. :P


kalau berminat boleh pm kat fb along : >>klik sini<<
kalau nak tanya details tentang sume baju ni boleh rujuk >>sini<<


segala sokongan korang kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.
*dah macam ayat surat rasmi pulak kan.. adehh..

apepun, untuk 1st oder, kitorang amek sampai pagi esok(12 JUN 2012)
tapi jualan akan still jalan, kitorang akan still ambil order untuk next batch..
sebarang kemusykilan pm kat fb.. thanx!! 

berharap


berharap itu satu keinginan
dapatkah tidak itu soalnya
berjanji itu satu jaminan
tertunaikah tidak Dia penentunya

jangan cuma memberi harapan
tetapi tidak menunaikannya
kerana perit menunggu jawapan
terkadang hingga menarik nyawa

jangan kita terlalu mengharap
pada sesuatu yang tidak pasti
andai tak dapat yang engkau harap
boleh berbalah teman sejati

apa yang mampu kita harapkan
pada insan tak punya kuasa
kalau Dia tak mahu izinkan
rezeki di mulut terluah semula

Penulis kata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...