teteman

Proton P2-321a dah nak keluar?



Puas dah along mengintai kereta Proton yang dah lama terperam nih. Nak dapat nama rasmi pon tak lepas-lepas lagi. Sampai sekarang masih menggunakan nama kod "Proton Tuah" , "Persona R", ataupun "P2-31a". 

Ciri-ciri dah mantap, kualiti dah makin baik, harga boleh tahan, rekabentuk memang gagah dan kacak. Tapi nak tunggu gambar rasmi, depan belakang luar dalam entah bila boleh dapat. Hm...

Kalau nak tau apekah ciri-ciri yang ada dalam kereta ni, along cadangkan korang google je, tak pun geledah blog funtastickodesigns tuh. Along tak nak panjang sangat post nye nanti. Maklumlah, spesifikasi macam-macam, enjin, saiz, sistem, keselamatan, banyaklah.

Baru-baru ni along jumpa gambar paling jelas kereta yang masih dirahsiakan namanya. Along dapat tau ada beberapa variasi warna yang mungkin akan ditawarkan. Berbekalkan sedikit pengetahuan along menggunakan Photoshop CS5, inilah antara bayangan kereta P2-31a dengan warna-warna tersebut.


Open New Tab kalau nak tengok besa gedabak.

Fiery Red

Tranquility Black

Blue Lagoon

 
Genetic Silver

Himpunan gambar curi sebelum ni
sumber utama : funtastickodesigns


Tolong!! aku tak ingat jadual berkala!


pening kepala nak hafal jadual berkala? 
hahah, meh sini tengok kes budak terlebih hafal jadual berkala :P


*last bace jadual berkala mase kat matrik. sem depan insyaAllah hadap balik.. ngaaa

Pantun tahun baru


Ke Pantai Remis bersama rakan
riang gembira bergurau senda
banyaknya jenis azam tahunan
kerjaya, belajar, jodoh pun ada


berniaga tak laku gulunglah tikar
hutang bersepah belum pun langsai
tahun bertukar azam pun tukar
walau yang lepas belum tercapai



makan sudah minum pun sudah
syukur rezeki tuhan yang esa
apalah guna azamnya megah
andai tersadai tiada usaha



pagi-pagi bangunnya awal
sarapan roti disapu kaya
Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal
cukup semuanya insyaAllah berjaya



ingin berjaya sayangi guru
semoga berkat ilmu diberi
tahun yang baru cabaran pun baru
semoga berjaya kita harungi






*pantun level dak sekolah =.=

Testing


Percubaan posting via emel hp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...