teteman

Gadis Ego Putih


Vroooooooomm!!!.. bunyi padu menderu keluar daripada batang ekzos motorsikal kesayangannya - 
Cik Nan. Sebuah motorsikal Honda CBR 1000 RR Fireblade yang sentiasa menjadi kuda tunggangannya memecut, bersiar-siar, dan ke mana sahaja perlu. Gagah merentas lebuh raya, namun dipanggil "Cik Nan" merujuk pada keayuannya serta abjad nombor pendaftarannya - NAN *nombor dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.


Dia Yusuf, bukan nama sebenar, baru sahaja pulang dari bengkel motorsikal di Sungai Chua, ada beberapa bahagian yang perlu ditukar, termasuklah minyak pelincir enjin. Namun kisah ini bukan tentang motorsikal itu, tapi gadis yang digambarkan seperti tajuk yang tertera di atas. Semuanya bermula saat Yusuf singgah di sebuah stesen minyak untuk membeli kad prabayar telefon bimbitnya *nombor dirahsiakan atas sebab tertentu.


Sejurus selepas memarkirkan motorsikalnya, Yusuf mematikan enjin, lalu terus ke kaunter pertanyaan eh kaunter bayaran untuk meminta kad prabayar yang diperlukannya. Banyak urusan penting yang perlu diuruskan, kalau menggunakan pelan pascabayar, silap tekan aplikasi internet nanti mesti pening kepala bila bil melambung. Lebih baik guna pelan prabayar, habis kredit boleh topap - bisik hatinya.


"Selkom sepuluh, Meksis sepuluh"
"Topap habis bang"
"Laaaa, gigih aku datang kat sini takkan takde? Baik aku beli kat stesen blakang sane tadi.."
"Hahaha rilek ar bro, ade la.. nah selkom.. "
"Tau takot.. Meksis mane? "
"Oh, Lupe, jap.. Nah, eh shift ko malam ni pukul sebelas datang awal tau!"
"Aku tau la.. hahaha.. aku lewat pon 5 minit je.. hahaha"


Lalu terbit dihati penulis - Eh! bukanke aku nak cerita tentang awek ops Gadis Ego Putih tu ke?
segelintir pembaca yang kebingungan, kebengangan dan kebengkekan terhadap penulis turut merasa geram.
Chak!! Tiba-tiba seorang gadis muncul, *penulis cepat2 masukkan heroin sebelum ade pembace yang tekan butang pangkah kat atas. Bujur wajahnya bertudung bawal, manis rupanya, berbaju-T dan seluar track, dia menolak daun pintu kedai Mesra sebelum melangkah masuk.


Yusuf yang berada di kaunter pertanyaan pembayaran tiba-tiba terpandang padanya, dan mereka saling bertentang mata. Kelu, kaku. Segala bibit ayat perbualannya bersama staff petronas tadi terpadam tiba-tiba.
Yusuf tidak mampu berkata apa-apa, gadis itu juga sama. Mereka diam.


"Hai~ " tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Yusuf.
"..... " gadis itu tidak bersuara.




Namun diikuti dengan senyuman mesra tanpa sebarang maksud - dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya. Gadis itu turut membalas senyuman mesranya. Bagai kenalan yang sudah lama terpisah - mereka terpaku. 
Atau ini yang disebut cinta pandang pertama? Tiada siapa antara mereka yang tahu. Lalu gadis itu terus bergerak masuk ke kedai. Tinggal Yusuf di hadapan kaunter sendirian bermonolog.





"Aku kenal ke die? Die kenal ke aku? hmmm.. ke... ini yang orang kata cinta pandang pertama?"
"Bro, topap dah ambik, duitnye mane?"
"Ahahah, termengelamun jap.. ampun.. nah doploh hengget. Keep the change. "





selesai urusniaga tersebut, bergeraklah Yusuf ke motosrikalnya namun matanya sempat melirik kepada staff dari Bangladesh yang sering saja meminta Yusuf untuk meminjamkan motorsikal itu padanya. Dia nampak staff tu memberi isyarat ingin meminjam. "Mana boleh, sayang beb!" getus hatinya. Enjin dihidupkan, motorsikal ditegakkan, dia sudah bersedia.


Tiba-tiba. Gadis tadi muncul semula dihadapannya.


".... " gadis itu senyum. Manis wajahnya. Angguk sebagai sapaan.
".... " Yusuf hanya mampu membalas dengan senyuman. Angguk juga - perlahan. Kelu. 

"Hai, manis senyuman awak. Kita kenalkah? " - ayat di sebelah ini bukanlah kata-kata yang diluahkan. 




Yusuf terlalu pemalu untuk bertegur sapa dengan gadis yang baru ditemuinya ini. Namun hatinya terus berbunga dari itu. 




"Ego Putih. Motorsikal yang ditunggangi gadis itu. Comel, sesuai dengan penunggangnya. " getus hatinya.
namun sebelum dianggap pelik kerana terlalu lama merenung gadis itu. Yusuf menarik tuil klac, memasukkan gear satu, lalu dipulas pendikit minyak memacu motorsikalnya meninggalkan stesen. Tersenyum, mengenangkan segala keindahan yang berlaku sebentar tadi.




VROOOOOOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMM!!!



Ironman 3 bakal muncul?


Assalamualaikum

Heheheh.. lame tak update.. maaf ye pada yg sudi menunggu..
*kalau lah ade kann..
ingat nak cerite pasal Dinner baru-baru nih.. tapi simpan dulu la crite tu..
nah cuci mate.. :)

*klik utk tumbesaran



bawah ni pulak versi khas bersama PCM.. 
korang best kalo korang paham. hahhahaha

*klik utk tumbesaran

okeh.. sudah2 la verangan.. nak balik umah jemput nenek dulu!!
tata!!

rintih si petani




di balik topi jerami itu,
dia senyum
dia ketawa
mengenang nasib

dusunnya tak berbuah
ayamnya tak bertelur
lembunya tak bersusu

dia masih cuba
mencari apa puncanya

namun sepi
tanpa petani untuk ditanya
tanpa peladang untuk dirujuk
hanya sendiri mencari-cari.

suatu hari nanti,
apakah mungkin?

dusunnya berbuah lebat?
ayamnya membiak cepat?
lembunya membesar sihat?

hanya Dia tempat mengadu
memohon petunjuk
berserah nasib

 



 penulis kata

Ayam jantan ayam betina


Assalamualaikum, 


kalini along nak kongsikan sinopsis bagi skrip pementasan yang baru sahaja dipersembahkan pada khamis lalu. Alhamdulillah, kumpulan kami mendapat naib johan keseluruhan dan ketiga bagi tatarias, manakala tiga pelakon kami telah dinobatkan sebagai pelakon pembantu lelaki dan wanita naib johan dan pelakon harapan masing-masing.


-----------------sinopsis-----------------


Suatu nukilan Mazlina Manja, 
penulis skrip yang terkenal dengan tajuk berunsurkan haiwan.
Pementasan ini mengisahkan keluarga Rahim dari golongan pertengahan, 
yang mempunyai konflik dengan 2 keluarga golongan bangsawan.


Kadir, anak lelaki tunggal mereka telah dikesan bercumbu dengan Rohana, 
anak Tuan Dollah dengan Datin Kesum,
manakala Ani, anak perempuan Rahim dan Midah, 

telah menjalinkan hubungan dengan Samson, anak Tuan Mansur.




Bila telur sudaht menetas menjadi ayam, 
lalu mula pandai mencari pasangan, 
riuhlah suasana, 
gamatlah dengan kokokan demi kokokan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...