teteman

rintih si petani




di balik topi jerami itu,
dia senyum
dia ketawa
mengenang nasib

dusunnya tak berbuah
ayamnya tak bertelur
lembunya tak bersusu

dia masih cuba
mencari apa puncanya

namun sepi
tanpa petani untuk ditanya
tanpa peladang untuk dirujuk
hanya sendiri mencari-cari.

suatu hari nanti,
apakah mungkin?

dusunnya berbuah lebat?
ayamnya membiak cepat?
lembunya membesar sihat?

hanya Dia tempat mengadu
memohon petunjuk
berserah nasib

 



 penulis kata

Ayam jantan ayam betina


Assalamualaikum, 


kalini along nak kongsikan sinopsis bagi skrip pementasan yang baru sahaja dipersembahkan pada khamis lalu. Alhamdulillah, kumpulan kami mendapat naib johan keseluruhan dan ketiga bagi tatarias, manakala tiga pelakon kami telah dinobatkan sebagai pelakon pembantu lelaki dan wanita naib johan dan pelakon harapan masing-masing.


-----------------sinopsis-----------------


Suatu nukilan Mazlina Manja, 
penulis skrip yang terkenal dengan tajuk berunsurkan haiwan.
Pementasan ini mengisahkan keluarga Rahim dari golongan pertengahan, 
yang mempunyai konflik dengan 2 keluarga golongan bangsawan.


Kadir, anak lelaki tunggal mereka telah dikesan bercumbu dengan Rohana, 
anak Tuan Dollah dengan Datin Kesum,
manakala Ani, anak perempuan Rahim dan Midah, 

telah menjalinkan hubungan dengan Samson, anak Tuan Mansur.




Bila telur sudaht menetas menjadi ayam, 
lalu mula pandai mencari pasangan, 
riuhlah suasana, 
gamatlah dengan kokokan demi kokokan.



Proton Inspira R3 dengan YES 4g Idamanku *pantun



*gambar hiasan.


Hadiah utama idaman hati

Proton Inspira bodykit R3
siap Ipad sebagai aksesori
bolehlah online dengan YES 4G

Dari utara sampai selatan
YES 4G dah pasang liputan
seronoknye online sambil jalan-jalan
tapi yang memandu tu, sila pandang ke depan! 

Cuma nak menang bukannya senang
sebab pesertanya bukan along je sorang
kalau korang ada masa terluang
sudi-sudilah join along sampai menang

besarnya hajat nak menang no satu
sampai hari-hari kempen benda tu
apa kan daya nak beli belum mampu
harapnya pembaca sudilah membantu


* gambar kereta idaman

*kepada para pembaca yang baik hati kacak cantik hensem macho ayu cun meletops comel dan yang best sekalian, harapnya sudilah semua untuk membantu along dalam peraduan ni. Pleeeaaaseeeeee... 
>>ini link<< untuk join dengan along, terus je klik kat button "Join Now" lepas buka, dan daftar sampai jumpa button "confirm". 

Along nak Proton Inspira dengan Yes 4g tu!!!



Emm.. er... 
assalamualaikum semua..

menemui dashboard blogspotku yang amat kurindui..
hadirnya jemariku mengetuk-ngetuk papan kekunci ini adalah untuk menaip artikel mengenai
penyertaanku di dalam peraduan yang dianjurkan oleh Proton dan Yes 4g

dipendek kan cerita,

Along ada jumpa satu peraduan ni. Hadiah die..
PPeerrgghhh!!!!... best tu!! Kereta Proton Inspira R3 dengan Ipad dibekalkan dengan Broadband YES 4g skali!!..
Siape taknak kan???



oleh yang demikian, along yang muke tak malu ni pon menebalkan lagi muke yg sedia tebal ni lagi doblas inci mintak tolong kat korang..
bantulah daku mendaki rankingsepertimana yang terlihat pada tangkapan gambar di bawah



oleh yang demikian, along memohon kepada kalian yang sudi untuk membantu along memenangi hadiah utama tersebut..

Proton Inspira tu .. sape nak bagii...
pleeasssee



mudahkan sikit pemahaman. rujuk >>sini<< 

nak mudah lagi kite PM ye.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...