“Klak!”..
bunyi penongkat motorsikal dikeluarkan ketika motorsikal
diparkirkan. Dia baru tiba di blok bangunan di mana bilik sewanya berada.
Senyum dibibirnya masih lagi tegang mengingatkan peristiwa tengah hari tadi.
Wajah gadis Ego Putih tadi masih lagi jelas dalam bayangan mindanya. Enjin
dimatikan, helmet ditanggalkan, namun dia masih belum berganjak dari tempat
duduk itu.
“Alahai, kenapa aku tak tegur dia tadi. “Hai” je? Rugi betul..”
Dia mengelamun. Membayangkan pelbagai macam dialog yang mungkin
diluahkan andaikata dia berjaya berbual dengan gadis bertudung bawal itu.
“Ah! Berangan je la ko Usop oii..”
Dia tersentak, ayat itu tiba-tiba muncul mengingatkan dirinya tentang sikapnya
yang pemalu terhadap perempuan. Memang dia dia hanya ada adik beradik lelaki,
tetapi dia belajar di sekolah campur, sehinggalah peringkat universiti.
Setiap kali diberi tugasan bersama kawan perempuan, dia tiada masalah untuk
bekerjasama, tapi dia tidak pernah memulakan perbualan dengan mana-mana
perempuan yang baru belum dikenali selagi ia bukan perkara penting atau
mendesak.
“Woi! mengigau ke Bro? Dari tadi aku tengok ko tak bangkit. Bisul
ke? Hahahaha”
Jamil yang sedang mencuci motorsikalnya ketika itu bingung melihat
keadaan Yusuf yang keras tak bergerak dari tadi. Biasanya Yusuf akan terus naik
ke bilik pada waktu begini ambil perkakas untuk mengilatkan motorsikal besarnya
tu.
“Eh! Ahahahah.. tak perasan pulak ko tadi. Termengelamun kejap. Basuh motor ke
bang?”
Dia terus
menukar topik, malu sendiri kerana tidak menyangka ada orang yang memerhatikan
gelagatnya dari.
“Tak lah, berak.”
“Erkkk.. ko gile ke berak kat luar ni?”
“Buduss! Aku basuh moto la ni, tanye lagi pejadahnye! Hahahaha. Jauh mengelamun
tadi? Teringatkan awek ea?”
“hahahaha. Bile pulak aku ade awek.. K la, aku naik dulu.”
“Ceh, bukannye nak story dengan member”
“Ala, jap lagi aku turun, aku story la..”
“Beress, jangan lambat sangat..”
“Haha, rilek ar bro..”
Malas untuk bertekak panjang, Jamil membiarkan Yusuf ke biliknya.
tangannya yang sibuk memberus tayar motosikalnya itu dilambat-lambatkan.
Menunggu Yusuf untuk bersama-sama mencuci Cik Nan kesayangannya nanti.
“Sabar ye motor ku sayang, jap lagi kite mandi skali dengan Cik
Nan pak Usop tu ye.”
Nampak sangat yang Jamil tengah bosan, dengan motor pon nak bersembang. Selesai
sudah tayar depan dan belakang. Nanti baru teruskan bahagian yang lain. Berus
diletakkan di dalam baldi, berehat seketika sementara menunggu Yusuf turun.
“Usop usop.. orang lain bercinta dengan perempuan, ko tak abis-abis dengan moto
besar ko tu.. haih Cik Nan, tunggu la ko, Usop dah bercinte nanti padan muke
kene tinggal. Hahahahaha”
Bengong jugak Jamil ni kadang-kadang, dengan motor orang pon nak dengki. Jamil
memang cemburu pada Yusuf, muda-muda dah pakai CBR besar, lawa pulak tu.
Yusuf bergegas, tak sabar untuk menceritakan apa yang berlaku
padanya di stesen minyak tadi. Belum pernah dia merasakan perasaan sebegini,
pintu bilik dibuka, helmet diletakkan di atas rak, seluar disalin kepada seluar
pendek Hawaii yang dah semacam seragam untuknya tiap-tiap kali mengelap atau
mencuci motorsikalnya. Berus, kain, syampu dan sabun pencuci dibawa didalam
baldi, kunci bilik dan telefon bimbit turut dibawa turun. Langkahnya laju, tak
mahu Jamil terlalu lama menunggu. Silap-silap nanti Jamil sudah selesai
mencuci.
Setibanya dibawah, dia Jamil masih lagi mengelamun sendirian. Menggentel-gentel
kain cucian yang sarat dengan buih.
“Kesian pulak aku tengok Jamil ni tunggu aku. Takpe-takpe, aku ade
hadiah untuk ko, hehehe”
Yusuf kini berada di belakang Jamil, baldi berisi air sabun yang
digunakan Jamil tadi berada di tangannya, mujur Jamil tak perasan baldinya yang
berada di tepi sudah diangkat. Perlahan-lahan, Yusuf memulakan gerakan..
“MMMMMMmmmmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkk!!!!...
SSsssssejuuuuoookkkkkkk!!!
Kepalahotakk kkauuuuuuuuu siamaaaaaaaangggggg!!!!!”
Spontan mulut Jamil meluahkan kata-kata latahnya, tubuhnya kaku saat Yusuf
mencurahkan air sabun pada kepalanya. Habis satu badan basah lencun. Yusuf tak
dapat menahan ketawa terus berlari sebelum sebarang jurus tak bernama
dilemparkan Jamil yang kian marah.
** ** ** penulis malas, sila gunakan imaginasi masing-masing ** ** **
Puas diorang berkejaran, Yusuf dah tak larat lalu menyerah diri.
Sebagai hukuman, dia turut dimandikan dengan air sabun – padan muke.
“Hahahahaha.. dahsyat latah ko tadi, tak pernah aku tengok refleks
latah orang lain macam yang kau buat siyes!! Hahahaha..”
“Kalau ko nak minom air sabun lepas ni, try la buat lagi”
“Hahaha cukupla denda mandi sabun, mati aku kang sape nak jage CikNan?”
“Ko wasiatkan je kat aku, abes cerita, haha”
“werrrkkkk!!”
“weh.. apekes ko keras balik tadi?”
“bila?”
“tadi la, sebelom ko naik bilik, tadi dah janji nak story kat aku..”
“oh.. pada suatu hari, sang kancil sedang bersiar-siar di tepi kolam..”
“ade jugak budak masuk paper besok mati tertelan berus sabut ni karang..”
“Hahahahaha! oke oke, aku cerite la, gini, petang tadi... bla bla bla.. ”
Maka bersembanglah kedua mereka berkenaan kebuduhan Yusuf
melepaskan peluang keemasan mengurat awek ego putih itu...
babak 3 ??? Jeng jeng jeng!!