kalau hati sudah bertaut
kalau hati sudah bertaut
namun peluang tidak kurebut
bukan bermakna aku pengecut
pada rasa yang mungkin bersahut
cuma
ini cara aku
menjaga rasa suci bak salju
tanpa perkara yang tidak perlu
insyaAllah jodoh pasti bersatu.
penulis kata
sebagai ungkapan balas puisi indah Rachmat Hidayat dalam puisinya berjudul:
Untuk Seseorang
"Lagi, kau datang lagi membingkai cantik hariku yang kusut. Entah, kau selalu saja tahu kapan diriku dirambat sepi, dan tiba-tiba kamu masuk di sela-sela keheningan tak bertuan.
Bodoh, aku suka kamu, bodoh. Iya sih, mata kita memang jarang saling memandang, kuping kita juga jarang saling mengerti, tetapi ada sesuatu yang kau ikat dalam tubuhku, sesuatu yang kau simpul manis membuatku tersipu kaku."
baca lagi
Kekasihku kaca
Segumpal daging bernama hati
mencari teman pengibur diri
dikala sedih bahu diberi
dikala suka sama berkongsi
Saat suka mula berbalas
hati berbunga senyumnya jelas
masa terluang bayang melintas
asyik terkenang tak mahu lepas
Semakin lama semakin rapat
hati bertaut semakin erat
cinta bersemi semakin pekat
terasa syurga semakin dekat
Sedang asmara kian membara
ribut mendatang menghempas jiwa
timbang dan rasa bertukar gempa
tangan dan kaki ringan ke muka
Di mana janji kasih setia
berkongsi sedih suka dan duka
belum pun nikah sudah tersiksa
korban ditabur semuanya lupa
Di mana letak nilai dirimu
kekasih kaca atau permata
kalau permata harga tetapmu
jangan berlagak seperti kaca
Kekasih kaca atau permata
engkau yang pilih engkau yang rasa
untung dikongsi bersama-sama
cela dicanai padam semua
Penulis kata
Bintang Mencari Bintang minggu 1
Agak lame jugak along tak membebel dalam blog ni rasenye.
Mungkin ade yang dah tak ikut blog cipisan macam along ni. Berbalik kepada tajuk, along tertearik dengan satu rancangan realiti baru ni, Bintang Mencari Bintang. Kalau dulu ada One In A Million, Akedemi Fantasia, Mentor, Audition, Pilih Kasih, Raja Lawak, Maharaja lawak, semua dengan misi masing-masing mencari bakat untuk diketengahkan dalam bidang nyanyian, lakonan dan sketsa. Tapi yang BMB ni pulak cari yang boleh buat sketsa lawak DAN boleh menyanyi. Susah nak cari orang yang ade pakej macam ni, setakat ni Jozan, dengan Sepah je yang ade semua tu.
Memang tak dinafikan, mereka suatu masa dulu pernah jadi fenomena lawak negara, sampai keluar banyak filem atas nama mereka. Tapi sekarang, kite sendiri boleh tengok prestasi lawak mereka dah 'basi' dan tenggelam dengan pelawak-pelawak baru dan otai-otai lain yang masih berbisa macam Jozan, Sepah, Boboi, Osbon dan lain-lain. Kalau lawak mereka sendiri pun tak laku, macamana mereka nak bimbing orang baru untuk melawak?
Tak bantah FBI jadi Sifu.
Walaupun FBI bukan asalnya dari pelawak, tapi dia punya pakej penghibur yang boleh melawak dan menyanyi. Korang sendiri boleh dengar bagaimana dia mengacarakan majlis dan radio, bagaimana dia parodi kan lagu kan? Tak perlu banyak cerita, kita tau dia mampu.
Sokong Afdlin, Harun Salim Bachik, Sabri Yunus jadi Sifu.
Tak perlu cakap banyak. semua dah tau berapa lama diorang bertapak dalam industri hiburan, betapa hebat dan "otai"nye diorang.
Tapi kan, kalau ada sifu lain yang sama-sama meriahkan lagi program ni mesti lagi gempak kan? Bayangkan kalau Jozan, Sepah,Osbon, Adlin AR, AR Badul, Abon, dan otai-otai lain turut turun padang.. mesti meletop-letop idea para peserta nanti. Tak rugi pun jemput diorang. Peserta mantap, penonton hadap, rating meluap, penganjur jugak yang sedap. hahah..
M2 Bog Too: Nor Alif Mohd Mokhtar & Mohamad Shafiq Raside
M2 Kelawak: Syed Atiq Wan Long & Muhd Maaruf Zamani
M2 Bowl: Mohd Danial Lee & Syed Ali Mubarak
M2 Ajo: Wan Azrul Azizan
M2 Xoxo: Mohd Hazwan Azani & Hazmeer Hassan
M2 Gegau: Mohd Saffuan Samsuddin & Faizal Ibrahim
TARIQ AS-SADIQ
Matinya hati
melalui hujung-hujung waktu
aku bangkit dari hidup
melihat karenah manusia
hingar bingar
pekak menebali hidup
menonton manusia sugul
mencari arah entah kemana
selamanya entah kemana
kerana bungkusan hati busuk
meluruh menjadi hati senja
menanti terbit mentari pagi
ah! manusia kini bukan manusia
ada tangan tetapi kudung
ada kaki tetapi tempang
ada mulut tetapi bisu
ada telinga tetapi tuli
ada mata tetapi buta
ada hati tetapi mati
tololnya berlari memijak duri
tetapi sombong berkaki ayam
lantas luka semakin dalam
bisa membiak memakan diri
penulis kata