tapi semua tu dah lama aku tak rasa, dua tahun mungkin.
tahun ni, ke-RAYA-an kurang terasa, mungkin sebab nikmat ramadhan yang tak tersemai dalam diri.
maklumlah orang bkerja siang, aku kerja malam, orang mengaji malam, aku membuta siang..
"adik, kerja memang shif malam ke? kenapa tak minta tukar shif siang? rugi tau, "
soalan tu pernah 3 kali ditanyakan padaku oleh pelanggan tetap tempat aku bekerja.
sungguh, aku mahu, tapi situasi tak mengizinkan, aku malu tapi hanya mampu diam berdiri kaku.

mungkin ini ramadhan terakhir aku dengan uniform ni,
aku perlu letakkan keutamaanku pada perkara yang lebih aku cintakan dan lebih aku perlukan.
jari bersusun rapat-rapat
tangan dihulur mohon bersalam
ampun kupohon kepada yang sempat
semoga terhapus dosa-dosa silam
Salam aidilfitri..
Assalamu`alaikum, tak tahu macam mana boleh tersesat kat sini... hehe mungkin sebab sibuk mencari juadah raya. Oh ye alang-alang tersesat, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.
ReplyDeleteahahaa.. yelah mamamurai...
ReplyDeleteselamat rayer..
thanx sudi komen wlaupun sesat kat sini..
ni mesti datang dari blog pakcik tiffinbiru ni kan3?? :P