Selesai sudah majlis penyampaian hadiah n penutup Festival Teater MAKUM 2012 pada 8 Julai 2012 lepas. Segala penantian sejak berakhirnya persembahan kami pada malam sebelumnya telah terjawab.
Johan Festival Teater MAKUM 2012 milik kami!!
*aku sayang korang semua!!
*besar giler trofi die.. puas aku ciom!! haha
akibat terlalu gembira dengan kejayaan kami kali ini, habis semua lagu yang ada dalam teater kami dinyanyikan beramai2. sedangkan peserta lain dah pergi minum malam kat kemah yg disediakan. hohoh.
em.. sebelum hari pementasan kami, pihak kebudayaan UKM ada buat bengkel kesenian, so, masa majlis penutupan tu, kami buat la preview sket..
yang intro tu student dari Jepun. nama dia Yukari Noguci atau nama Melayu dia Aisyah. hehe..
dia join kitorang waktu bengkel teater dijalankan. dalam bengkel yang kami ikut tu. Pak Marzuki yang ajar kami tentang teknik pernafasan, olah suara, olah emosi dan macam2 lagi asas teater. walaupun bertindan dengan masa untuk latihan MAKUM, semua tunjuk ajar yang diberi memang sangat2 membantu kami.
dan ini video persembahan kami malam tu. memang banyak silap. tapi bende dah telepas. nerves katenye.. ahah..
Terlalu banyak kenangan pahit manis kami semua pelakon dan produksi. Semoga hubungan ini kekal bukan hanya disini. amin