Selamat Hari Ibu, Mak

Mak,


engkaulah mak ratu hatiku
berbakti tak putus sepanjang hidupku
hampir putus urat nyawamu
namun kau tahan demi melahirkanku


lahirnya aku bukannya mudah
lama kau tanggung penderitaanmu
namun kasihmu mekar dan indah
kau kandung kau didik selagi mampu


Mak,

pelbagai kerenah diriku ini
sedari kecil hingga dewasa
tak jemu kau layan cuba kau penuhi
kadang keperluan sendiri kau lupa


engkau menangis pabila ku seksa
engkau menangis pabila ku suka
tumpang berduka peneman setia
tumpang gembira bila ku berjaya


segala yang baik kau harap untukku
tak pernah putus dalam doamu
semoga berjaya dalam hidupku
akhirat nanti di syurga denganmu


Mak,

dewasanya aku dikala ini
atas ihsanmu sedari kecilku
jasamu ikhlas ku bawa mati
tak mampu ku balas ke akhir hayatku


malu rendahnnya aku padamu
begitu banyak dosaku padamu
dalam sedar tak sedar diriku
ampun dan maaf kupohon darimu


kuingat padamu duhai ibuku
kuungkap namamu di dalam doaku
mengharapkan Dia membalas baktimu
semoga di syurga berakhir tempatmu


Selamat Hari Ibu, Mak


penulis kata

10 comments: