Aku sudah penat

Aku sudah penat

Aku sudah penat
Dengan layanan dunia padaku
Ayah yang seharusnya menjadi tmpatku bergantung,
mengadu nasib, berkongsi bahagia dan duka,
Hakikatnya cuma musang yang bertopengkan kebahagiaan

Di depanku dia baik, 
lemah lembut, penyayang..
Beri apa sahaja yang aku pinta, 
apa sahaja yang aku perlu..
Namun hakikatnya.. ibu yang merana..

Ibu yang aku sayangi
Yang aku kasihi sepenuh jiwa sepenuh hati
Yang turut menyayangiku melebihi segala-galanya
Merelakan ayah memperlakukannya seperti boneka
Bahagia didepanku, siksa merana di belakangku

Tiap malam, aku terdengar,
Suara musang bertopeng itu mula meninggi
Ibu dilayan ayah ibarat kerbau bajakan disiksa petani
Pedih… aku mendengar teriakannya, tangisannya
Rintihannya, sedunya.. sakitnya, pedihnya
ditengking-tengkingya ibu,
ditangan-tangannya ibu,
sepuas hati melempiaskan nafsunya yang ditahan sepanjang hari

Aku sudah penat
Bertanyakan padanya sebab ibu diperlakukan sebegitu
Namun setiap kali itu ayah berdalih
Memberi pelbagai helah untuk memaksa aku mempercayai ceritanya
Sehinggakan aku muak… muak dengan alas an-alasan itu

Aku sudah penat..
Aku sepatut nya melakukan sesuatu
Untuk menghentikan semua ini
Untuk menyelamatkan ibuku
Untuk menyelamatkan hidupku..

Aku mesti…


penulis kata
*petikan skrip teater..


5 comments:

  1. luahan hati seorang anak.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. as salam..
    erk.
    kisah sapa ni usop?

    >_<

    wah..liku2 yang mencabar..


    meh ziarah sini~ sob2~

    sebenarnya nak kata ni..tapi takut usop terlebih suka~ wahaha~

    ReplyDelete
  3. cettt!! teater rupanya!
    grrr

    >_<

    wahahaha! tengah menghapal ek?
    semoga berjaya~ ekekeke~

    ReplyDelete
  4. hehhehhe, teater rupenye

    cayok-cayok


    psst : vlog along panjang gak ek?

    ReplyDelete